47💦

4.6K 678 130
                                    

Seperti apa yang telah diimpikan oleh Dahye, selepas sahaja dia tamat pengajian, dia akan menjadi tutor peribadi kepada mana-mana pelajar sekolah yang menginginkan perkhidmatannya. Cuma, hanya di rumah sahajalah. Dia belum boleh keluar ke mana-mana lagi memandangkan Nayeon masih kecil. Sekejap sahaja lagi, umur Nayeon akan menginjak dua tahun. Tinggal beberapa bulan. Masa betul-betul cepat berlalu. 

Dahye duduk di atas kerusi di taman permainan berdekatan dengan kawasan perumahan ibu, sambil melihat Nayeon yang sedang duduk di atas rumput buatan di taman ini. Ada dua tiga orang kanak-kanak mendekati Nayeon. Dalam lingkungan umur 3 sehingga 4 tahun. Nayeon paling kecil sekali. Umur segitu, mustahil Nayeon boleh berlari. Menapak pun ambil masa. Kalau datang mood semangat, barulah laju dia menapak. Cuma bercakap pula yang sedikit pantas. Sebutan semakin jelas, ada dua tiga lagi yang belum Dahye fahami. Ambil masa.

Sejak kemunculan Jungkook di dalam hidupnya, Dahye kerap terfikir dan teringat. Kadang-kala sehingga terbawa-bawa ke mimpi dan menyebabkan Dahye takut untuk tidur. Semua gangguan itu sedikit sebanyak menjentik tangkai hati supaya memberikan Jungkook peluang yang kedua.

Tetapi... dia terlepas kata sewaktu marah dulu.

"Awak kena kahwin. Bukan dengan saya, tapi dengan perempuan pilihan awak."

Dahye meraup wajahnya dengan sebelah tangan. Jujur, dia sedikit menyesal menyuruh Jungkook berbuat begitu dalam keadaan dia mula mahu berbaik dan cuba untuk mulakan semula hubungan baru.

"Dahye.." bahu Dahye sedikit terhincut apabila bahu kanannya disentuh seseorang. Dahye menoleh dan mendongak. Kemudian dia tersenyum kelat.

"Ya, auntie."

"Boleh duduk?"

"Silakan." Dahye tarik nafas panjang. Ini lagi seorang yang memberikannya selalu sakit kepala. Tidak habis-habis mendesak.

"Berdua dengan Nayeon je?" Soal wanita separuh umur itu. Dahye angguk.

"Haah. Dia jelah yang ada dengan saya."

"Baekhyun? Dia bagitahu auntie tadi yang dia nak jumpa Dahye. Tak ada?" Ibu Baekhyun menanya lagi. Dahye mengeluh dan menggeleng. Sebenarnya ada. Tapi dia yang halau. Menyibuk.

"Tak. Dia lupa kut."

"Oh.. macam tu pula dia."

Dahye diam, berkira mahu pergi. Tapi rasa biadab pula bila wanita ini baru sahaja tiba, dia sudah meminta diri untuk pergi. Terlalu jelas bahawa dia tidak sukakan wanita ini. Kuat mendesak supaya menerima lamaran anak lelaki tunggalnya. Memang cukup dia tak berkenan.

"Dahye.." panggil ibu Baekhyun. Dahye menoleh. Dengan hati berharap agar tidak menanya tentang itu.

"Ya?"

"Dah fikir masak-masak?"

Kan dah betul!

"Fikir tentang apa?" Sengaja Dahye buat tak tahu. Ibu Baekhyun tertawa kecil. Tangan Dahye dipegang, kemudian digenggam erat. Dahye diam, menahan hati supaya bersabar.

"Tentang Baekhyun. Setiap hari dia bercerita dengan auntie pasal kamu. Kamu macam mana?"

"Err.. sebenarnya auntie.. saya..." Dahye tolak tangan ibu Baekhyun perlahan-lahan. Dia menyusun kata.

"Sebenarnya apa?"

"Saya dah lama ada hubungan dengan orang lain. Cuma.. sekarang ni tengah..."

"Dengan lelaki yang tinggalkan kamu tu ke?" Dahye jadi terdiam.

"Ma.. mana auntie tahu?"

"Baekhyun beritahu. Dia beritahu semuanya. Dahye, kalau kamu bencikan dia, jangan terima dia lagi. Lelaki macam tu tak guna. Pentingkan nafsu dan kepuasan sendiri je. Mungkin sekarang dia berubah, tapi esok lusa? Manalah tahu dia buat dekat perempuan lain pula? Ditinggalkan kamu lagi?"

[COMPLETED] Faithful Love 충실한 사랑 (Jungkook BTS)Where stories live. Discover now