68💦

7.1K 820 233
                                    

"Boleh kita bercakap sekejap?"

Selera Dahye terus mati tatkala suara Jungkook menyapa telinganya. Makanan yang dimakan ala kadar dipandang sahaja. Kerusi bar yang berada di hadapan matanya kini sudah dihuni oleh suaminya, Jungkook.

"Tentang apa?"

"Kita."

Dahye mengangguk. Tanpa memandang langsung wajah Jungkook. Dia memaksa tekak menelan baki nasi yang tinggal di tekak. Kemudian selesai berbicara, dia akan pergi terus.

"Cakaplah. Apa dia?"

"Tapi saya tak nak cakap dekat sini. Malam ni, kita keluar. Kita pergi jauh. No Nayeon. Just us. Boleh?" Soal Jungkook. Dahye agak lama diam. Berfikir. Hanya mereka berdua?

"Boleh." Jawab Dahye sepatah. Jungkook mengangguk. Nafas panjang terlepas.

"Okey. Malam ni."

******

Lokasi, di satu puncak bukit tinggi. Mereka berdua duduk di atas batu besar. Tetapi begitu jarak. Tidak bersentuhan bahu mahupun tangan. Mata masing-masing memandang ke bawah. Cahaya lampu yang datang dari kesibukan jalan raya mengasyikkan mata.

"So..." Dahye bersuara. "Apa dia yang nak dibincangkan?"

Jungkook menarik nafas panjang. Dia nampak sedikit emosi dari biasa. Matanya sering kali berkaca. Nafasnya sedikit bergetar.

"Siapa saya di hati awak?" Soal Jungkook. Dahye diam, termenung buat beberapa saat.

"Tak ada sesiapa."

Zap!

"Hati saya dah lama mati. Dah berbulan-bulan." Kata Dahye. Jujur sejujurnya.

"Kenyataan yang awak kena terima walaupun agak perit." Kata Dahye lagi. Suaranya tenggelam timbul. Dia tidak sedih. Sikit pun air matanya tak turun.

Jungkook memandang ke arah lain. Matanya yang tadi berkaca terus tumpah manik jernih. Lantas belakang tangan naik ke pipi dan seka kasar.

"Then, apa yang awak nak supaya kita tak macam ni? Saya nak kita bercakap macam dulu. Apa yang saya kena buat?" Soal Jungkook. Dia sudah reda. Segala keputusan berada di tangan Dahye. Dia akan ikut.

"Lepaskan saya." Kata Dahye.

Jungkook sudah dapat mengagak perkara itu. Dia mengangguk-angguk.

"Bila?"

"Secepat yang mungkin." Kata Dahye lagi. Jungkook menarik nafas panjang. Mampukah aku, Tuhan? Aku masih cinta, tapi kerana cinta itu aku terpaksa lepaskan.

"Saya janji, hak awak ke atas Nayeon saya takkan halang. Nayeon anak awak. Bila-bila masa awak boleh jumpa dia. Saya tak kisah." Kata Dahye lagi. Jungkook menunduk. Dia semakin sedih. Langsung tiada apa-apa yang keluar dari mulutnya.

"Saya minta macam ni untuk kebaikan kita, Jungkook. Takdir kita sampai sini je. Kita kena terima." Kata Dahye, perlahan suaranya.

"Tak ada peluang untuk saya?"

"Tak. Ini yang terakhir."

Jungkook diam lagi. Lama dia diam sebelum ada sesuatu kekuatan yang hadir, dia mengangguk.

"Baik. Saya akan siapkan surat penceraian. Dalam masa terdekat ni." Kata Jungkook berat hati. Dahye memandang Jungkook. Air mata lelaki itu seakan-akan menjentik hatinya supaya berubah hati. Tetapi tidak. Semua itu sekadar emosi. Dulu pun begitu. Takkan dia mahu ulang lagi? Dejavu.

"Terima kasih sebab pernah bagi saya rasa bahagia, Jungkook." Ucap Dahye.

"Terima kasih juga.. sebab bagi saya sedar yang saya bukan lelaki yang bertanggungjawab." Kata Jungkook. Dahye tersenyum nipis.

[COMPLETED] Faithful Love 충실한 사랑 (Jungkook BTS)Where stories live. Discover now