Bab 3

1.9K 46 36
                                    

Di satu ruangan berwarna hitam dan kalis bunyi dilengkapi peralatan senaman termasuk gelanggang tinju, Arlo betulkan sarung tinju di tangannya. Sinar rembulan menusuk masuk melalui celah-celah langsir yang berterbangan disapa angin malam membuatkan ruangan itu nampak terang walaupun lampu di ruangan itu tidak dipasang. Tingkap-tingkap di bilik itu akan dibiarkan terbuka menandakan dia berada di situ.

Arlo yang hanya memakai seluar pendek separas peha berwarna hitam memulakan tumbukannya.

Keheningan malam yang sepi itu terusik saat mendengar pukulan tangan sasanya menghentak samsak yang tergantung bebas di satu sudut ruangan itu.

"Remember that Arlo, his name Emraan. And his daughter Darwina Humairah. You must find him. Take a revenge fom me."

Suara yang tersangkut-sangkut kedengaran di telinganya membuatkan pukulan tangan sasa Arlo semakin laju menghentam samsak.

"No.. Don't leave me, daddy!" 

Tatkala suara budak yang sedang menangis memanggil ayahnya yang sudah tiada bernyawa, Arlo layangkan pula kaki kirinya ke arah samsak.

"Daddy!"

Jeritan suara halus itu membuatkan dia memberi tendangan dan tumbukan bertalu-talu ke arah samsak. Peluh mula membajiri wajahnya sebelum menurun ke leher menuju ke dada dan berakhir pada perutnya yang mempunyai enam lekukan yang cukup sempurna. Belakangnya juga sudah dipenuhi peluh. 

Wajahnya masih serius merenung samsak yang hampir lunyai dia dikerjakan. Pukulannya terhenti saat samsak itu terhempas ke lantai, menandakan talinya sudah putus.

Dada Arlo bergerak naik turun melepaskan nafasnya termengah-mengah. Mata hazelnya pula masih pada samsak yang tidak berdaya di atas lantai. Dia masih belum puas meluahkan perasaannya yang berbuku.

"Arlo!"

Panggilan dari seseorang menyedarkan dia dari peristiwa lalu. Lantas dia berpaling. Wajah Lucas, merangkap orang kanan dan kawan baiknya menyapa pandangan.

Kening dijungkit.

"Why?" Soalnya sambil membuka sarung tinju di tangannya. Rambutnya yang sudah dibasahi peluh diraup ke belakang.

Lucas tunjukkan tab di tangannya kepada Arlo.

"He did it again." Beritahu Lucas.

Arlo hanya tersenyum sinis. Bosan dengan permainan geng Mafia lain di Itali.

"Settle them. I don't want hear anything about Black anymore." Arahan tegas Arlo dibalas dengan anggukan daripada Lucas. Lucas terus berlalu keluar dari situ. 

Mereka semua tahu bila Arlo berada dalam bilik senaman itu bermakna mood Arlo tidak baik. Tidak guna dia berlama-lama di situ memandang wajah bengis dan kelat Arlo.

Arlo sambar botol mineral di atas meja bulat dan diteguk rakus. Air yang diteguknya turut meleleh menuruni lehernya yang sudah sedia basah dengan peluh. Tuala kecil yang tersangkut pada kerusi di depan meja bulat dicapai dan dilap ke wajahnya.

Kaki terus diatur ke arah pintu tengah yang menghubungkan biliknya dengan bilik senaman itu.

Masuk ke bilik, almari kaca yang berisi botol-botol liquor dari pelbagai jenama terkenal dilirik. Langkahnya terhenti, malam ini dia perlukan sesuatu yang keras supaya tidurnya lena. Lantas Chateau Margaux 1787 diambil. Dengan mudah penutup botol itu dicungkil dan cairan yang berwarna coklat kemerahan itu diteguk.

Habis sebotol minuman keras itu diteguk, dia lemparkan botol kaca ke atas lantai sehingga bunyi kaca yang pecah nyaring kedengaran.

Minuman keras itu mula memberikan tindak balas bila langkah kakinya tidak teratur. Terhuyung hayang Arlo masuk ke dalam bilik air yang berada di penjuru kiri bilik tidurnya.

Sambil menatap wajah berjambangnya pada cermin di depan sinki, jemari kasarnya mula menanggalkan seluar yang dia pakai tadi. Pantas pili shower dipulas, mahu menyejukkan hatinya yang membara hari ini. Berharap dengan air sejuk gelodak emosinya mampu meluruh seperti luruhnya air pada tubuh kekarnya sekarang.

*****

Darwina rasa tidak selesa seperti ada mata-mata yang menghendapnya. Dua tiga hari ini, hidupnya rasa tak tenang. Ada sahaja masalah yang terjadi.

Dua hari lepas, ada seorang lelaki yang bertshirt hitam dan bertopi hitam mengekorinya. Puas dia cuba lari dari terus diekori dan akhirnya dia nyaris-nyaris dilanggar kereta. Nasib baik umurnya masih panjang. 

Semalam pula ada satu kereta hitam dan bertinted gelap yang terparkir di depan rumah sewanya. Kereta itu nampak mencurigakan kerana semasa dia mahu pulang dari universiti, kereta itu terparkir elok di tempat parking universitinya pula. Nombor plate dan jenis kereta BMW hitam yang sama. Tetapi penumpang atau pemandunya tak pula kelihatan.

Seperti biasa selepas kuliah dia akan berehat di taman sebentar untuk menghubungi Dania sebelum ke cafe Bebeh. Di taman itu juga ada beberapa orang lelaki yang mencurigakan. Cepat-cepat Darwina menamatkan perbualan dengan Dania dan terus ke cafe.

"Bebeh, I think I got followed." Darwina menerpa ke arah Bebeh yang sedang mengelap meja.

"Followed? Who followed you?" Bebeh hentikan kerjanya, mata terpaku pada wajah Darwina yang nampak kemerah-merahan dan termengah-mengah seperti baru lepas dikejar hantu.

"Aku tak tahu. Aku rasa tak sedap hati lah. Macam ada sesuatu yang buruk je bakal terjadi."

"Rileks Wina. Just take a deep breath." Kerusi ditarik dan disuruh Darwina duduk.

Darwina menurut, duduk dilabuhkan ke atas kerusi. Beg galas dan buku rujukannya pula diletakkan ke atas meja.

"Calm down, I go get some warm water for you." Bebeh berlalu ke dapur. Seminit, dia datang semula dengan menatang satu dulang yang berisi air suam dan sebungkus coklat.

"Drink and eat this." Bebeh letakkan dulang ke depan Darwina.

Lantas Darwina mencapai gelas yang disua Bebeh. Bibir gelas dihala ke bibirnya sebelum air itu diteguk perlahan. 

"Ada orang ikut aku, Bebeh. Aku tak tahu siapa, aku takut." Luah Darwina setelah menghabiskan segelas air suam.

"Kau nat buat report police? Boleh aku temankan."

"I don't think so. What can I say? I got followed by a black dressed man?" Darwina menggeleng. Langsung tak masuk akal dan rasanya polis pun tak akan melayan.

"It's that Arlo man?" Serkap Bebeh. Biasanya kalau yang bersut hitam tu mesti geng mafia.

"Arlo? Berkerut kening Darwina.

"I have no relationship with him. And I don't know him." Sambung Darwina kemudiannya. Dia juga tak pernah ceritakan yang Arlo pernah menegurnya dengan panggilan tesoro. Tak tahu apa reaksi Bebeh kalau Bebeh dapat tahu.

Bebeh termenung. Wajah Darwina direnung lama. Sedikit sebanyak, dia turut risaukan keselamatan Darwina.

"I hope they are not Arlo men, otherwise you're in big trouble Wina." Bebeh menarik jemari Darwina dan ditepuk perlahan.

"Try to skip class for tomorrow and the day after tomorrow. Who knows, they stop following you after this."

Darwina mengangguk. Itu juga yang dia rasakan sekarang. Takut nak keluar rumah seorang diri.

"I also feel like that, Bebeh. Tomorrow wednesday. Skip two days and I can rest for four days." Darwina senyum segarit. Pelajar mana yang tak suka cuti, namun cutinya kali ini bersebab.

"At least, I can help you." Tambah Darwina lagi.

"That's my girl." Bebeh mengusap kepala Darwina sebelum tubuh itu ditarik masuk ke dalam pelukannya. Belakang Darwina turut diusap lembut.

Kalau boleh dia tidak mahu perkara buruk berlaku pada gadis itu. Dia tahu gadis itu bukan datangnya dari keluarga yang senang. Walaupun Darwina tak pernah menceritakan hal peribadi kepadanya namun semua itu dia dapat agak bila Darwina selalu kekurangan duit. Kalau tidak masakan gadis itu sanggup kerja sampai lewat malam di cafenya. 

My dangerous devil, Arlo RussoWhere stories live. Discover now