Prolog

3K 95 18
                                    

Tuxedo tersarung kemas di badan tegapnya. Pandangannya yang dingin dihalakan ke depan dengan mata helangnya. Muka yang beriak bengis jelas terpancar. Sesiapa yang terpandang akan menundukkan muka dan diam menikus.

Kaki panjangnya diatur dengan langkah teratur keluar daripada rumah agam sambil diiringi dua orang bodyguard setianya yang berada di kiri dan kanan.

Di luar rumah agam itu pula terdapat berpuluh-puluh orang lelaki berbadan sasa yang bersut serba hitam sedang berdiri tegak. Muka masing-masing serius dan dingin.

"Buongiorno, Sir." Sapa salah seorang dari yang bersut hitam ke arah lelaki yang bertuxedo tadi.

Lelaki bertuxedo tadi hanya mengangguk kecil tanpa memandang gerangan yang menegurnya. Dia melangkah ke arah pintu kereta Lamborghini Huracan sebelah pemandu yang sedia terbuka untuknya. Manakala dua lelaki yang mengiringinya tadi bergerak ke arah kereta lain.

Itulah gelaran yang dia sandang sejak beberapa tahun lepas. Sir oleh anak buahnya. Harta yang ditinggalkan kedua orang tuanya tak mungkin habis malah semakin bertambah dari hari ke hari. Kehidupannya serba mewah dan semua keinginannya akan tercapai semudah memetik jari. Dan sekelip mata, apa yang dia inginkan akan terhidang di depan mata.

Masuk ke dalam Lamborghini Huracan, dia mula memecut laju meninggalkan perkarangan rumah agam yang kelihatan seakan istana pada mata-mata yang memandang. Keretanya diekori BMW hitam milik bodyguardnya dari belakang. Deruman enjin dan kelajuan keretanya mampu menarik perhatian orang ramai di sekitar kawasan itu.

Dua puluh minit kemudian, kereta yang dipandunya sampai ke sebuah hotel mewah bertaraf lima bintang. Keretanya diletakkan pada petak parking VVIP yang sudah dikhaskan untuknya.

Setelah keluar dari perut kereta, dia terus melangkah masuk ke dalam hotel. Pandangan mata daripada orang di sekelilingnya tidak dihiraukan. Memang auranya mampu menarik perhatian sesiapa sahaja yang memandang.

Yang memandang akan tertoleh dua kali. Bagi kaum hawa, dia termasuk dalam golongan lelaki dambaan. Mempunyai pakej lengkap walaupun mukanya tanpa secalit senyuman dan sentiasa tegang.

Charming.

Receptionist perempuan yang terpaku memandangnya menghadiahkan senyuman paling manis. Kepala ditundukkan sedikit tanda hormat tatkala senyumannya tidak berbalas.

Siapa yang tidak kenal dengannya? Lelaki paling berkuasa dan lelaki yang terkenal dengan wajah bengis. Walaupun begitu rasa hormat tetap mereka tonjolkan. Ibarat menjerut leher kalau berani berlawan mata dengan lelaki itu.

"Benvenuti, Sir."

Ucapan selamat datang daripada penyambut tetamu itu dibalas dengan anggukan sahaja.

Dia bukanlah seorang lelaki yang mudah terpikat pada makhluk yang bernama perempuan walau secantik mana pun perempuan yang berdiri di depannya. Hendak tergoda jauh sekali. Baginya cinta itu tidak wujud. Cinta itu hanya berlandaskan wang ringgit. Tiada duit tiadalah cinta. Sudah menjadi kebiasaan perempuan hanya sukakan lelaki kaya.

Arahan yang keluar dari bibir nipisnya harus dilaksanakan dengan apa cara sekalipun. Setiap bait kata-kata sinisnya mampu menggetarkan hati yang mendengar. Dan bila ada nama yang diserunya, bersiap sedialah untuk berdepan dengan sisi kejam yang jarang dia tunjukkan.

He, the ruthless and monster. Itulah gelaran untuknya.

Satu saja prinsip hidupnya, jangan ada belas kasihan. Sesiapa yang menaikkan api kemarahannya memang sengaja mengundang bala. Tidak kira lelaki atau perempuan, semuanya dilayan sama rata.

Dia kejam, bengis dan dingin.

Seorang yang berbadan tegap, rambut hitam berkilat yang sentiasa tersisir rapi cukup menyerlahkan ketampanannya. Anak matanya pula berwarna hazel dengan pandangan setajam helang. Siapakah dia?

Dialah, Arlo Russo .

My dangerous devil, Arlo RussoWhere stories live. Discover now