ELEVEN

27 2 0
                                    

Everything seem like a dream when im with you...love

"Dengar sini semua. Saya nak awak semua berkumpul dekat sini lagi before 7.30 am. Check semua barangan kalau-kalau ada yang tertinggal. And kalau ada yang nak melepas hajat tu baik pergi lepas sepuasnya. Sebab nanti perjalan kita ni ambil masa yang lama and nak jimatkan masa kita hanya akan singgah dekat satu RnR sahaja. Got it guys? Awak semua ada masa around 30 minute to do everything. You may go now." terang cikgu Nurul yang merupakan guru pengiring yang akan mengiringi mereka nanti. Dia juga merupakan guru disiplin yang sangat tegas. Oleh sebab itulah tadi hanya bunyi cangkerik sahaja yang kedengaran.

"Rianna, aku lapar" adu Aurelia manja. Bibir disebikkan dan mata dikelip berkali-kali. Eleh buat muka comel pulak dahh diaaaa.

"Kantin jom?" ajak Arianna melayan sahaja karenah manja Aurelia itu.

Walaupun baru beberapa bulan menjadi sahabat kepada seorang Aurelia Elvira namun, masa yang singkat itu mampu membuatkan Arianna mengenali diri Aurelia.

Pantas saja anggukkan berkali-kali berserta senyuman lebar diberikan kepada Arianna tanda setuju.

Seseorang yang melihat perbuatan Aurelia itu tersenyum dengan karenah comelnya. Sungguh dia telah jatuh cinta pandang pertama dengan Aurelia. Dia hanya mampu memandang Aurelia dari jauh saja. Dia mahu mengenali diri Aurelia luar dan dalam. Namun, dia belum mempunyai keberanian untuk bertentang empat mata dengan Aurelia. Ah bahagianya bila memikirkan perkara itu.

"Woii tersenyum-senyum. Gila!" sergahan itu telah mematikan senyuman dan menghilangkan angan-angannya. Orang yang menyergahnya dijeling sekilas. Ha ambek kau!

"Potong betul la kau!" dongkolnya geram.

"Kantin. Lapar." dengan tidak bersalahnya si penyergah itu membuat muka comelnya di hadapan 'dia'. Dia mengangguk. Hishh nasib baik kawan.

•°•°•°•°

"Aku duduk tepi tingkap!" jerit Arianna mengecop dahulu tempat duduknya. Hish tak senonoh betul anak dara sorang ni.

Semua yang berada di dalam bas tersebut tak menghiraukan teriakkan gadis itu. Yang mereka tahu siapa sampai cepat dia dapat dulu.

"Yes, i got it!" Arianna tersenyum sinis ke arah Aurelia. Perbuatan Arianna itu membuatkan Aurelia menggelengkan kepala. Is she seventeen or seven years old?

"Duduk kat depan kau pun boleh apa nak duduk tepi tingkap." balas Aurelia memandangkan tempat duduk didalam bas tersebut facing each other.

Seketika terasa seperti seseorang duduk di sebelah Aurelia.

"Hi. Boleh duduk?" sapanya.

"Ehh hi. Boleh. Dudukla." kata Aurelia berserta senyuman.

"Thanks" ucapnya dan dibalas anggukkan dari Aurelia.

Suasana kini sepi kerana Arianna mendengar lagu melalui headphone, Aurelia pulak memandang ke luar cermin. Manakala dia yang duduk disebelah Aurelia ralit memerhati..

Aurelia.

"Ehemm" dia berdehem bagi menarik perhatian Aurelia. Dan nampaknya taktik itu berjaya apabila Aurelia berpaling ke arahnya.

"Awak Lia kan?" tanyanya.

"Em ye saya. Awak ni siapa eh? Sorry tak kenal." Aurelia tersenyum kekok.

"Nah sokay. By the way, saya Ariq Ikhwan. Boleh panggil Riq atau Wan." mesra dia memperkenalkan dirinya. Dalam hati kini bersorak riang kerana dapat bercakap dengan crush yang dipuja.

"Oh okay. nice to know you, Wan." senyuman ikhlas diberikan kepada Ariq.

"Me too." balas Ariq sebelum keadaan kembali sunyi. Kekok bhaii!!

°•°•°•°•

Selepas 2 jam lamanya duduk didalam bas, mereka akhirnya sampai ke destinasi.

"Huarghhhhh. Sedapnya tidur." kata Arianna sambil mengeliat. Ikhwan hanya berkelip mata memandang kelakuannya. Huh tak malu punya anak dara!

"Rianna cover sikit!" menyeringai Arianna apabila disiku tiba-tiba oleh Aurelia.

"Hish apa ka.. Ehh Hi Ariq!" kalut Arianna membetulkan pakaiannya. Malu apabila segala perbuatan tak senonohnya tertunjuk dihadapan Ariq. Terasa hina sebentar.

"Arr hi Ari." lambaian kecil diberikan kepada Arianna. Comel je!

Setelah itu menonong saja Arianna berjalan melalui Ikhwan dengan wajah yang tertunduk memandang lantai. Malu siakk.

Ariq Ikhwan hanya mampu tersenyum melihat gelagat wanita itu.













Aku rindu😂
pendek je.

CRUSH tak sudah!Where stories live. Discover now