FOUR

49 2 0
                                    

-Whatever happen I promise I will forever be yours-

Dengan bacaan bismillah kaki melangkah masuk ke sekolah barunya. Walaupun itu merupakan hari keduanya disitu namun perasaan nervous itu masih ada. SMK Putrajaya.

Saat kaki melangkah, saat itu jua mulut Aurelia mengalunkan lagu derita Isma Sane.

Ku sangkakan kau permata
Tapi hanyalah dimata
Bagai duri yang melukai diri ini
Sejujurnya ku tiada
Teman lain dihatiku
Kau berubah tanpa ku rela
Mengapa ini terjadi
Kau katakan sayang tapi ku terluka
Egomu menggu..

Gedebuk!

Terus nyanyian terhenti akibat perlanggaran itu. "Hishh sejak bila pulak sini ada tiang?" kata Aurelia sambil menggosok dahinya. Kemudian dia duduk mencangkung mengutip bukunya yang berselerak dilantai.

"Ke aku yang tak perasaan sini ada tiang kot. Semalam tak sempat nak ronda lagi" bebelnya tanpa mengangkat wajah.

"Ehem" seseorang berdehem.

Tersentak Aurelia dibuatnya. Tangan yang tadi lincah mengutip buku kini terhenti. 'Aku langgar orang ke? Bukan tiang?' hatinya kini gusar.

"Wei cik kak, lama lagi ke nak kutip buku tu? Ke nak mengelak dari minta maaf?" perli 'tiang' yang dilanggarnya tadi.

Mendengar teguran itu tangkas tangannya mengutip semua buku dan bingkas bangun untuk menyamakan tinggi dengan 'tiang' tersebut.

"Sorr.." terhenti terus ucapannya saat melihat 'tiang' yang dilanggarnya tadi.

"Kau!"
"Awak!"

Jerit kedua-duanya. Dan jeritan itu mengundang pandangan dari pelajar lain yang turut sama berada di blok itu.

"Kau ni memang berjalan tak guna mata eh? Ke kau memang suka nak langgar orang hah?" tempik Wan tiba-tiba. "Semalam pun kau jugak yang langgar akukan?" sambungnya lagi.

"Awak sorry, saya tak sengaja" menunduk terus Aurelia mendengar suara kasar itu bersuara.

"Sorry, sorry. Nasib baik kau tak bawak air. Kalau tak basah lagi la baju aku hari ni." sindir Wan pula lalu terus berlalu dari situ.

'Asal tak pernah nampak eh budak ni? Ke dia ni anak mat salleh tu? Ergh whatever!' kata Wan dalam hati.

"Hish mamat sombong tu. Nasib baik aku minta maaf! Sombong" marah Aurelia perlahan setelah Wan berlalu dari situ. Setelah itu dia pun turut sama berganjak dari situ. Belajar dalam kelas bukan luar kelas so tahu la dia nak kemanakan?

°•°•°•°•

Setibanya dihadapan kelas, Aurelia ditegur ramah oleh Haikal, si ketua kelas.

"Morning beauty amor" sebuah senyuman manis dihadiahkan kepada Aurelia pula. 'Boleh cair habis aku ni tengok mamat ni senyum. Alahai hati bawa bersabar' getus Aurelia dalam hati menyabarkan diri.

"Morning too Eykal" balas Aurelia lembut.

Langkah kaki menuju ke meja yang telah ditetapkan untuknya semalam. Dia meletakkan beg di kerusi dan terus duduk. Kerusi sebelah dikerling. 'Ada beg? Oh semalam dia tak hadir lah tu' sangka Aurelia baik.

"Hai, Lia. Awal sampai hari ni?" sapa Arianna.

"Hai Anne. Takdela awal sangat. Baru je duduk ni." tutur Aurelia.

Arianna menge'o'kan saja.

"Aurelia Elvira" sebut seseorang.

Mendengar namanya disebut membuatkan Aurelia mengalihkan wajah ke arah punca suara.

Terbeliak matanya melihat gerangan yang berada di belakang budak yang memanggilnya. And..

"Sombong?"
"Again?"

Serentak Wan dan Aurelia bersuara.

"Woowo. Dah kenal ke korang ni?" tanya Addrian pelik. Yelah kan semalam Wan tak hadir tapi mereka macam dah kenal.

"Minah salleh ni la yang langgar aku semalam and also this morning, tho!" kata Wan dingin.

"And I already say sorry. Twice." ujar Aurelia sarkastik. " But you ignore me, sombong!" sambungnya lagi.

"What? Sombong? Watch your word lady" terus dia berlalu ke tempat duduknya disebelah Aurelia.

'Mamat sombong ni duduk sebelah aku? Porak poranda hidup weihhhhh!' jerit Aurelia dalam hati.

"Hey Lia, awak jangan ambil hati dengan sikap Asy tu eh. Dia memang ada dingin sikit dengan kaum korang." jelas Farish tanpa di pinta. "And don't ask me why cause i don't know too. Sorry baby" tambahnya lagi. Dan panggilan yang digunakannya membuatkan wajah Aurelia membahang.

"Uihh dah merah la." usik Firash menambahkan lagi kemerahan di wajah Aurelia.

"Woi Rash stop la usik dia. Dahla baru second day dia kat sini. Tup tup nanti dia pindah balik. Ishh melepas aku nanti" tegur Addrian.

"Tah kau ni. Kesian baby aku" sokong Farish pula. Farish sikapnya lebih matang berbanding Firash yang sememangnya nakal dari kecil lagi.

"Baby baby. Kau ni babi" sampuk Arianna tetiba. Kasar bahasa kak!

"Hahahhaha. Ambik kau kan dah kena. Nganjing lagi! Whuk!" Firash ketawa sambil meniru bunyi anjing.

Tok!

Kepalanya di ketuk oleh Farish "Haa ni makan dia"

"Bang sakit la!" rungutnya.

Aurelia hanya ketawa geli hati melihat telatah kembar itu.

Kringgggg!

Bunyi loceng menandakan bermulanya masa pembelajaran.



CRUSH tak sudah!Where stories live. Discover now