Siri 258-Tanam Gelas Dalam Tumit

928 18 0
                                    

  Sambungan Siri² Bercakap Dengan Jin 

 "Ada semangat jahat dalam badannya," kata Pak Habib. "Iya." Angguk datuk. "Bagaimana nak mengeluarkannya?" Pak Habib bertanya lagi. "Saya usahakan, dengan izin Allah berjaya. Pak Habib renung muka datuk lama-lama, seolah-olah memberikan semangat dan keyakinan. Senyum restu pun dilepaskan Pak Habib untuk datuk. Dengan pantas datuk mendekati baldi lalu duduk berdiri lutut. Dengan serius datuk menepuk air dalam baldi, tiga kali berturut-turut. Setelah menoleh ke kanan tiga kali, ke kiri tiga kali. Baldi terus diangkat separas pusat dan air dicurahkan ke badan Shafie. Bagaikan terkena besi panas, badan Shafie mengeletek dan bergolek-golek di bumi buat beberapa ketika. Akhirnya terbujur kaku. Pasangan suami isteri terus menjerit dan bersedia untuk menerpa ke arah Shafie. Bersedia untuk melindungi anak kesayangan. Menyedari, apa yang bakal dilakukan oleh pasangan suami isteri itu, datuk segera menoleh ke arah mereka.

"Jangan dekati dia," Pak Habib mengeluarkan amaran. "Sebab?" Sanggah si suami dengan suara lantang. "Kami sedang berusaha membetulkannya, syaitan besar dah meresap dalam dirinya. Kalau tak dibetulkan, boleh jadi dia menghisap darah manusia dan binatang. Apa kamu berdua mahu Shafie jadi macam itu," terang datuk. Si suami diam tidak berkata, begitu juga dengan si isteri. Buat beberapa ketika datuk dan Pak Habib tidak melakukan sesuatu. Mereka menanti reaksi selanjutnya dari ibu bapa Shafie. Saya tahu Tajuddin memang disuruh mengawasi pasangan suami isteri tersebut. Tugas saya membantu Tajuddin. Rasanya pasangan suami isteri itu tidak akan melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan masaalah besar pada datuk dan Pak Habib. Saya menjeling ke arah si isteri. Wajahnya nampak sedih sekali. Hati dan perasaanibu mana yang tidak tersentuh melihat anak yang dilahirkan tergolek di tanah. Sepasang kelopak matanya digenangi air jernih. "Saya tak sampai hati melihat anak saya begini, kesian dia. Kalau boleh, tolong selesdaikan cepat," dalam sedu si isteri menyampaikan rayuan kepada datuk dan Pak Habib. Si suami dapat mengawal emosi. Cuma sesekali dia menarik dan melepaskan nafas. Perasaan saya juga turut tersentuh. "Awak berdua diminta bertenang, memang agak kasar perbuatannya. Apa boleh buat, kami terpaksa melakukannya. Percayalah dengan izin Allah semuanya akan menjadi baik," memang kata-kata itu datuk tujukan pada sepasangsuami isteri yang dibalut kedukaan. DUGAAN Reaksi yang mereka berikan sungguh di luar dugaan. Perlahan-lahan mereka anggukkan kepala. Akur dengan permintaan datuk. Shafie masih lagi tergolek di bumi. Angin yang bertiup lerus juga menjatuhkan dedaun kering. Awan gemawan terus berarak di dada langit "Ahhh...." Suara saya meninggi sambil mengerutkan dahi. Saya tidak terfikir yang duk sanggup memukul badan Shafie dengan baldi. Bukan satu atau dua kali, tetapi tujuh kali berturutturut. Anehnya, Shafie tidak mengeluh atau menjerit. Tidak juga melawan. Pasangan suami isteri memalingkan muka ke arah lain. Tidak sampai hati melihat anak mereka diperlakukan demikian. Shafie lerkapar di tanah. Tidak bermaya. Pak Habib menyuruh Tajuddin mencari gelas baru. Kerana gelas yang digunakan sebentar tadi, sudah ditanamkan dalam tanah dengan kedudukan terbalik. Cara menanam gelas dalam perut bumi memang agak unik sekali. Dengan senafas Pak Habib benamkan gelas melalui tumit kaki kiri. Selesai kerja itu dilakukan, dahi Pak Habib berpeluh, nafasnva sesak kepenatan.

Saya diberitahu, ini merupakan petua orang terdahulu. Membelenggu syaitan secara simbolik agar jangan mengulangi perbuatan yang sama pada mangsanya. Saya kira perbuatan ini tidak bertentangan dengan akidah agama. Bila saya minta penjelasan dari Pak Habib (seminggu setelah peristiwa itu) apakah perbuatan iiu salah dari sisi agama. Dia tidak memberikan sebarang komentar.

Tetapi, sebaliknya bertanya pada saya. Apakah saya merasakan perbuatan itu sesuatu yang syirik. "Ini gelasnya." Saya menoleh ke arah suara tersebut Dan sepasang anak mata menikam ke arah tangan kanan Tajuddin yang sedang menghulurkan gelas kosong kepada Pak Habib, kemudian saya alihkan renungan ke arah dua lelaki yang muntah darah tadi. Mereka berjalan terhoyonghayang mengelilingi surau. Tidak tahu kenapa mereka berbuat demikian. Perbuatan dua lelaki mengelilingi surau, tidak menarik minat Pak Habib dan datuk langsung. Saya ditegur kerana asyik melihat mereka. Saya disuruh tumpukan perhatian pada keadaan sekitar diri Shafie dan kedua orang tuanya. Saya patuh dengan kemahuan datuk dan Pak Habib. Dalam keadaan suasana yang tegang dan membosankan itu, saya mula memikirkan dari mana Tajuddin memperolehi gelas kosong? Barangkali dia mengambilnya dalam setor surau. "Kenapa gelasnya kosong, mana airnya?" Sergahan Pak Habib pada Tajuddin, membuat apa yang bermain dalam tempurung kepala terus hilang. Tajuddin termangu-mangu. Tidak tahu apa yang harus dilakukannya. Kejadian depan mata mengingatkan saya pada kerenah datuk. Ada persamaan dengan apa yang dilakukan pada Tajuddin. Mereka memberi arahan tidak sekali, suka berperingkat-peringkat. Barangkali memang begitu cara Pak Habib dan datuk menyelesaikan kerja. Macam ada unsur-unsur mendera pada orang yang diperintah. "Kenapa tak cakap tadi, mahu airnya sekali," Tajuddin protes. "Kenapa kamu tak mahu bertanya?" Balas Pak Habib. "Boleh." Tajuddin terus berlari ke kolah mengambil segelas air. Dalam keadaan tercungap-cungap berpatah balik lalu menyerahkan segelas air pada Pak Habib. TAWAR Seperti tadi juga, air putih segelas ditawar oleh Pak Habib. Setrusnya air putih itu dijiruskan ke tubuh Shafie yang terkapar. Dimulai dari kepala hingga kehujung kaki sehingga air tersebut tidak tersisa sedikit pun. Tiba-tiba Shafie tersedak panjang. Ayah dan ibunya segera bangun dan menoleh ke arahShafie. Datuk segera memberi isyarat kepada mereka supaya jangan bergerak. Tunggu disitu dan lihat apa yang bakal berlaku. Cuma sekali saja Shafie tersedak, lepas itu keadaannya tetap seperti biasa. Perhatian saya tumpukan seluruhnya pada Pak Habib. Memang saya mahu melihat teknil yang digunakannya oleh Pak Habib untuk membenamkan

Siri Bercakap Dengan Jin, Tamar Jalis ( Sambungan 4)(COMPLETE)Where stories live. Discover now