1.Hari Biasa

50 4 2
                                    

Siren berbunyi.Kedengaran bingit ditelinganya.

Dini berguling-guling diatas katilnya.Malas nak bangun.

"Dini bangunlah"

Kedengaran satu suara menerjah ke telinganya.Badannya ditepuk lembut rakan sebiliknya itu.

"Cepat dini bangun.Dah pukul 5 dah.Pergi mandi cepat,"ujar Aisyah.

Mata Dini terbeliak.

"APAAA!!!!! DAH PUKUL LIMAAAA ?!?!"

Dini melompat turun dari katilnya menuju ke luar untuk mengambil tuala dan menuju laju kedalam tandas.Aisyah tersengih melihat rakan sebiliknya itu.

Selepas 10 minit,kedengaran suara di corong pembesar suara mengira kiraan untuk pelajar turun ke surau untuk solat subuh.Dini melompat laju dari tandas ketempatnya dan cepat ii membuka loker.

"Ish kau ni lain kali kejut aku awal ii.Dah la minggu ni lepas subuh tak boleh masuk asrama dah,"ujar Dini kepada Aisyah sambil menyarung baju sekolah.

"Yang kau pakai baju sekolah tu dah kenapa?"ujar Aisyah tergelak berdekah dekah.

"Kau kenapa?Harini kan hari Jumaat,"ujar Dini yakin.

"Kau mimpi ape Dini HAHAHHAHA harini hari Sabtu la,"ujar Aisyah lagi sambil gelak tak henti ii.Terhibur dengan kawannya yang seorang itu.

Dini merengus kepada Aisyah.Walaupun marah tetapi dia masih menyayangi kawan baiknya yang seorang ini.

"Dah jom turun subuh,"ajak Aisyah sambil menyarung tudung.

Dini menukar baju ke baju biasa dan menyarung tudungnya.Kiraan di corong pembesar suara asrama tersebut sudah hampir tamat.

Dini melangkah mengikut jejak langkah Aisyah keluar dari bilik mereka dan bersama-sama mereka ke surau.

Nama diberi kepadanya Nur Dini Izzati.Umurnya tahun ini mencecah 16 pada tahun ini.Ramai mengenalnya dengan sikap peramah serta "friendly".Namun begitu, disebalik senyumannya yang indah itu terselit kepahitan yang ditanggungnya serta disorokkan dari insan yang lain.

................................................

Pada hari lusa,Isnin.

Hari ini merupakan hari 'Program Pertukaran Pelajar Sekolah Antarabangsa' bermula.

Dini menyarung baju sekolahnya dan menununggu Aisyah siap.Rutin setiap hari yang membosankan tetapi dihadap demi ilmu yang bakal ditimpa.

Mereka berdua berjalan ke blok akademik bersama dan beratur di barisan kelas.Mereka duduk dikelas yang sama iaitu 4 Uthman.Perhimpunan dijalankan di dataran blok akademik.

Kelihatan seorang pelajar lelaki yang mempunyai jawatan tegak berdiri dihadapan.

"Harini seperti dimaklumkan minggu lepas, kita akan terima pelajar pertukaran dari korea untuk sebulan.Jadi nanti mereka akan masuk kelas untuk sesi pengenalan,"ujar pelajar lelaki tersebut.

"Weiiii Dini,aku harap dia masuk kelas kita tho....Harap ii yang laki laa...Mesti hensem kan,"ujar Aisyah teruja.

Dini memandang Aisyah dengan pandangan serong.Kawannya yang seorang ini peminat kdrama.Kata saja lelaki dari korea semuanya disangka kacak.

"Eish,gatal lah kau ni Aisyah,"ujar Dini mengusik.

"Ala kau tak minat korea kau tahu ape,"balas Aisyah mempertahankan pendapatnya itu.

Dini membuat aksi ingin muntah.Mereka berpandangan sesama sendiri dan tergelak bersama.Kalau dikatakan kawan baik, bila-bila masa saja boleh tergelak begitu.

Sahabat SelamanyaWhere stories live. Discover now