3.Memories

11 2 1
                                    

Dini dan Aisyah berjalan menyusuri koridor kelas pulang ke asrama.Kelihatan dihadapan mereka Kim Woo Bin dan Kim Taeyeung dikerumuni pelajar lelaki lainnya.

"How is it to be in our school?Is it fun?"
"How to be 'macho' like you?"
"Will you be my friend?"
"You so good looking"

Dini sudah tergeleng melihat gelagat mereka.

"Macam gay dah aku tengok diorang ni,"ujar Dini kepada Aisyah.

Aisyah ketawa halus.

"Kau macam tak tahu diorang tu jakun tak pernah jumpa budak korea.Maklumlah semua kulit hitam HAHAHA,"ujar Aisyah membalas.

Mereka berdua tergelak bersama dan berjalan pulang ke bilik mereka.

Di Bilik

Dini dan Aisyah berbual kosong mengisi kekosongan.

"Kau agak kan Go Ha-Ri tu duduk mana eh,"tanya Aisyah.

"Entahlah,aku pun tak tahu,"ujar Dini sambil melipat baju yang baru di ambilnya dari ampaian.

"Wei,Dini...Jom ah mandi.Kalau kau dah siap dulu tunggu aku tau,"ujar Aisyah lagi.

Tuala di tepi loker dicapai.Tangan Dini ditarik-tarik Aisyah.

"Ha yelah...Jom lah.Mengada jugak kau ni kan,"ujar Dini sambil mencapai tualanya.

Mereka pun mula bergerak ke tandas bersama-sama.Kalau dah kawan baik pergi mana ii pun nak berkepit.

15 Minit Kemudian

Dini dan Aisyah kelihatan bergelak ketawa menuju ke bilik mereka semula.Sampai sahaja didepan bilik kelihatan pintu terbuka sedikit.

"Kau tutup pintu bilik tak tadi waktu keluar?"tanya Aisyah kepada Dini.

Dini mengangguk tanda sudah.Dini mula menyorok dibelakang Aisyah.

"Kau masuk dulu la,"ujar Dini sambil menolak Aisyah masuk kedalam bilik.

"Eh apa aku pulak.Kau la masuk dulu,"ujar Aisyah sambil menukar posisi ke belakang Dini pula.

Belakang Dini ditolak Aisyah kuat masuk ke dalam.Sejurus itu pintu bilik terbuka luas.

Kelihatan seorang budak perempuan duduk dikatil menghadap katil mereka berdua.Kedua-dua katil menghadap mereka memang sudah lama kosong tidak dihuni.

Dilihat muka perempuan itu dengan teliti.

"Oh,Hye Ha-Ri,"tegur Aisyah setelah mula mengecam wajah pelajar korea itu.

"Hye,"sapa Go Ha-Ri mesra.

"What are you doing in our room,"tanya Dini pelik.

"The teacher place me here for this 1 month,"ujar Ha-Ri agak tergagap.

Aisyah hampir tergelak mendengar ayat yang agak berterabur itu tetapi sempat ditepuk Dini dari tepi.Dini menggelengkan kepalanya.

Ha-Ri kelihatan mengemas barangnya.

"Need our help with your stuff?"tanya Dini lagi ramah.

"No.It's okey,"balas Ha-Ri sambil tersenyum.

"By the way,what your name?"tanya Ha-Ri kepada mereka berdua.

"My name is Dini.Her name was Aisyah,"ujar Dini membalas.

"Ooo....Are we in the same class?"ujar Ha-Ri lagi.

"Yes.You in our class,"balas Aisyah pula.

Go Ha-Ri mengangguk tanda mengiakan.Dia mula mengemas barangnya semula.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 31, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Sahabat SelamanyaWhere stories live. Discover now