PROLOG

2.1K 35 20
                                    

"Teran-teran sikit lagi tu!" arah bidan tersebut kuat tatkala tangannya sibuk mengangkangkan kaki pesakit tersebut agar tidak mengepit. Naya bayi itu jika terkepit.

"Ya Allah, maafkan aku!" jerit pesakit tersebut hingga bergema bilik bersalin itu. Air mata yang mengalir di tubir matanya mulai deras itu terus diseka perlahan.

Dosa-dosanya yang lama makin galak menerobos masuk ke dalam kotak memorinya. Menjadi pelacur bukan kehendaknya sendiri namun ini adalah salah seorang lelaki durjana yang bergelar ayah. Ayah yang hidupnya dibutakan dengan kemewahan. Ayah yang sanggup membutakan mata dan telinga apabila anaknya di ambil orang. Ayah yang bodoh sehingga sanggup menjual anak syurga hanya semata-mata demi sebuah kekayaan.

Anak yang tak bersalah menjadi mangsa! Anak yang tak bersalah terseksa jiwa raga! Layakkah manusia sebegitu menjadi bergelar ayah? Tidak sama sekali malah menjadi manusia pun tidak layak. Akhirnya dia terperangkap dalam dunia pelacuran ini.

Ya, anak yang bakal dilahirkan ini adalah hasil daripada sebuah hubungan zina. Ya, anak yang bakal dilahirkan ini ialah anak luar nikah. Dan ya anak ini ber-bin kan abdullah.

"Nguek... nguek...." Sedang dia derita melawan sakit baru dia sedar bahawa dia sudah selamat melahirkan anak.

"Ya, Allah cantiknya anak ini. Mata besar, hidung mancung, bulu mata lentik... Wah, sangat cantik," puji bidan tersebut tatkala matanya tidak lekang memandang wajah kecil bayi itu.

"Tapi malangnya anak ini hasil zina," desis hati Indriana. Dia sedih memikirkan bahawa bayi ini akan hidup tanpa seorang bapa di sisi, malah mungkin akan hidup tanpa dirinya juga.

"Abang ohh... abang, mailah masuk tolong azankan budak ni. Kesian dia tak ada bapak!" panggil bidan tersebut kuat.

Indriana yang terbaring itu terus dilekapkan kain putih pada kepalanya agar rambutnya tidak kelihatan. Dua minit sudah berlalu namun suami kepada bidan itu langsung tidak muncul-muncul, membuatkan hati bidan tersebut panas.

"Haduh, lambatnyalah suami aku ni." marah bidan tersebut sambil menepuk-nepuk perlahan belakang anak kecilnya itu.

"Tak apalah Puan Nah, mungkin Pak Alim kat belakang rumah," ujar Indriana perlahan lalu senyuman nipis terukir pada wajah manisnya itu.

"Kejap yer, Na. Cik nak gi marah sekejap kat Pak Alim tu." seloroh Puan Nah itu seraya meletakkan bayi perempuan yang kecil molek itu ke dalam tempat tidur yang hanya menggunakan bakul dan dialas dengan kain tebal. Kemudiannya dia pun meninggalkan Indriana yang masih terbaring kepenatan itu.

Wajah bayi yang berada di dalam bakul itu dipandang lama. Ya, bayi itu sungguh cantik mungkin mewarisi wajah ibunya ini. Wajah bayi itu ingin dia gapai dan dicium berkali-kali, namun dia tidak berdaya. Air matanya mula membasahi pipi, dia kecewa kerana tidak mampu sediakan sebuah kebahagiaan buat anaknya itu. Dia sedih tidak mampu menjaga anak gadisnya itu. Wajah kecil yang anggun itu dia tenung lama agar boleh disimpan selama lamanya dalam kotak memorinya itu.

Setelah beberapa minit menunggu, pintu bilik itu pun dikuak menandakan Puan Nah dan Pak Alim sudah pun tiba. Jelas kelihatan mimik muka marah pada wajah Puan Nah manakala suaminya Puan Nah hanya beriaksi selamba seakan-akan tidak mebuat kesalahan. Bayi yang sedang tidur lena itu segera didukung oleh Puan Nah dan menyebabkan tidur bayi tersebut terganggu, tidak semena-menanya tangisan bayi itu bermula semula.

"Haaa, ni budaknya tolong azankan," arah Puan Nah kepada suaminya setelah bayi tersebut sudah berhenti menangis, lalu bayi tersebut pun bertukar tangan.

"Comel bayinya...," Belum sempat Pak Alim menghabiskan ayatnya terus dia digertak oleh Puan Nah, dia tidak mahu berlama-lamaan menguruskan proses ni sebab selepas ini dia mahu mengurut Indriana agar memberi sedikit kelegaan selepas beranak.

Perempuan Dari NerakaWhere stories live. Discover now