Men Are Trash

605 14 1
                                    

Ke kiri tak kena, ke kanan lagilah tak kena. Aku benci kehidupan dalam lokap ni, rimas. Dengkuran daripada para penghuni yang lain begitu membingitkan telinga. Kalau diberi keizinan untuk sumbat hidung dan mulut diorang dengan kain kafan dah lama  dah aku akan buat demi ketenangan sejagat. Nasiblah aku tak kenal diorang semua ni, kalau kenal dah lunyai-lunyai aku kerjakan.

Wahai jiwa yang telah lama terseksa bersabar lah wahai hati, tak lama lagi kebebasan akan aku kecapi. Apa yang aku kena tempuhi sekarang hanyalah lokap besi ini dan lelaki yang mahu sahaja aku sepak-sepak. Siapa lagi kalau bukan si polis Mikail tu.

Lepas aku bebas dari dunia yang kejam ini, benda pertama aku nak buat adalah tumbuk wajah sang lelaki tak guna tu dan cari jodoh. Cuma itu sahaja cita-cita aku tapi buat masa sekarang aku kena bersabar dengan segalanya kerana sabar itu adalah raja yang akan memenuhi kehendak kita.

Lagi satu apa yang aku pelik, kenapa just ada 10 ke 15 pelacur yang ditangkap termasuk aku padahal bukan susah pun nak tangkap yang lain. Tambahan lagi, kenapa just only me sahaja yang kena soal siasat beriya, padahal nak dibandingkan muka aku dengan muka pelacur lain, muka diorang lah yang tiada kemelayuannya, ada gaya dari Nepal, Thailand, Indo dan banyak lagi.

Entah-entah inspektor tu sahaja jer nak tengok muka aku lama-lama kat dalam bilik soal siasat tu, tahulah muka aku ada iras-iras Mira Filzah sikit, Nora Danish sikit dengan Amyra Rosli sikit sebab tu muka aku selalu jadi tumpuan ramai, ishh stop thinking about that fuciking guy. Jam di luar lokap itu aku kerling. Ouhh susahnya nak nampak, maybe pukul 1.30 pagi kut. What? Pukul 1.30 pagi? Haduh, esok mesti kehidupan aku akan berganda-ganda lagi sukar dari hari ni. Yerlah tubuh sengal-sengal di tambah pula dengan perencah ngantuk memang celarulah hidup aku esok.

Kalau ikutkan lagi 2 hari or esok hari aku akan datanh period, hmm patutlah mood aku tak berapa nak baik. Asyik swing jer pemikiran aku, kejap marah, kejap ketawa. Tengoklah malam malam gini pun nak bebel lagi. Arghhh.

Bila nak tidur ni? Wajah penghuni-penghuni lokap ini aku teliti satu persatu, ada yang lebam sana sini, ada yang comot dan pelbagai lagilah. Hurgh, boshan abewe.

Tiba-tiba memori-memori kebahagiaan aku di pusat-pusat pelacuran yang penah aku tinggal menerobos masuk ke dalam kotak memori aku. Gelak tawa aku dengan rakan-rakan yang rak jemu mengutuk dan menjatuhkan orang-orang yang selalu cari pasal dengan kami terngiang-ngiang dalam corong telinga aku. Aku rindukan semua tu, tapi aku lagi rindukan kebebasan di luar.

"Pia..." seukir nama indah itu terkeluar dari mulut aku ini. Aku rindukan dia dan aku harap aku dapat bebas bersama-samanya.

Arghhhh, apasal pulak aku emosi lebih ni! Benci! Dah dah tidur.

Setelah 20 minit aku tak membebel sorang-sorang akhirnya kantuk mula menyerang. Mata aku ibarat dilekat gam gajah, lalu aku tumpas dengan bisikan tidur itu. Malam ini mimpi indah berkunjung dalam tidur ku.

***

"Cik tolong bangun cik, dah lebih kurang pukul 2 petang cik. Cik, please wake up... kerja saya bukan gerak orang cik! Saya banyak kerja lagi." Suara merayu seseorang bermain-main di telinga aku dan aku sukakannya. Terus kan merayu ya perempuan.

Aku ngantuk kau pulak sibuk nak arahkan aku macam macam. Terus tangannya yang halus mengocang aku itu aku tepis.

"Ishhh..." dengus aku kasar.

"Tepi sikit biar aku gerak dia." Oh my gucchi gang! Dia mesti nak gerak aku dengan kasar. Tapi belum sempat aku membuka mata membangunkan diri tiba-tiba wajah aku yang seindah bulan dikelilingi bintang ini diberi tamparan hebat oleh air dingin yang begitu banyak.

Perempuan Dari NerakaWhere stories live. Discover now