Bab 1

148 11 1
                                    

Ofelia POV :

Bunyi sorakan di luar membuat aku semakin gemuruh. Saat-saat seperti ini lah yang aku berusaha untuk elakkan kerana aku tidak mahu menjadi hamba kepada golongan yang tidak tahu erti belas kasihan dan hanya tahu memberi arahan dan hukuman jika manusia melakukan kesalahan walau sekecil apa pun kesalahan itu tetap tiada kata maaf. 

Satu persatu hamba dikeluarkan disusun di atas pentas untuk bidaan dan lelongan.

Bidaan tertinggi akan pulang bersama Tuan yang baru. Jika nasip berpihak kepada mereka maka mereka akan mendapat Tuan yang baik jika tidak ibarat   "Keluar dari mulut buaya, masuk ke kandang singa."

Giliran aku dikeluarkan. Aku bukan untuk dibida tapi dilelong. Tiada sorakan. Semua terdiam untuk seketika sebelum semua tertawa. Mungkin merasa lucu dengan pakaian ku yang koyak rabak akibat sebatan dari Master Peter.

Aku hanya menundukkan kepala tidak berani memandang ke hadapan. Takut. Aku takut jika ada yang berkenan dan membeli aku. Apa yang aku pasti hamba yang dibeli hasil lelongan selalunya tidak mendapat Tuan yang baik. Darah mereka dihisap hingga mereka kekeringan dan akhirnya meninggal sebelum sempat melangkah kaki keluar dari tempat ini.

Jadi, aku lebih rela memilih ditendang, dipukul dan disebat setiap kali aku tidak dibeli oleh mana-mana vampire yang datang ke acara itu.  

Master Peter menarik rambut aku kebelakang memaksa aku untuk memandang kehadapan. sakit. Ditambah dengan kesan sebatan yang aku dapat semalam kerana tiada yang mahu membeli. Mungkin kerana aku dikatakan membawa malang. Ya! Aku pembawa malang.

"Stop doing that! I'll take her."

Aku memberanikan diri mengangkat kepala. Hujung lengan baju aku genggam dengan kuat untuk mengumpul sedikit kekuatan.

Cantik. Mata dia bersinar dan mempunyai warna yang unik. Mungkin ramai yang mempunyai warna mata seperti dia tapi mungkin aku yang tidak perasan kerana sebelum ini aku tidak berani untuk memandang wajah mereka inikan pula mahu bertentangan mata.

Papp!

Satu tamparan hinggap di pipi aku. 

"Maaf. Saya tidak bermaksud kurang ajar."

Aku mengetap bibir. Aku terlupa seketika golongan manusia tidak dibenarkan menatap wajah atau berdiri tegak dihadapan golongan vampire. Sentiasa tundukkan kepala kerana manusia dengan vampire tidak setaraf. Vampire terlalu tinggi darjatnya jika dibandingkan dengan manusia yang maruah dirinya adalah dibawah tapak kaki.

"Ini harga dia. Aku  tidak tahan lama-lama disini." 

Suara garau Vampire yang sudah sah menjadi Tuan aku untuk saat itu memecahkan suasana. 

Tanpa aku sedar air mata aku menitis. Bagaimanakah nasip aku diluar nanti. Jika didalam ini sahaja aku sudah dipukul dan disebat tanpa aku tahu apa kesalahan yang aku lakukan inikan nanti apabila aku sudah berada diluar.

"Apa yang kau tunggu lagi? Ikut Tuan kamu. Lembab!" 

Master Peter menolak bahu ku dengan kasar. Aku tersorong ke depan melanggar belakang badan vampire yang membeli aku.

"Maaf Tuan. Saya bersalah."

Aku melutut dihadapan dengan mencuba sedaya upaya menahan air mata. Rotan yang berada dalam genggaman tangan Master Peter aku tatap.

Mata aku pejamkan dengan rapat menunggu saat rotan itu terkena pada kulit-kulit ku yang lukanya belum lagi sembuh sepenuhnya. Aku menarik nafas sedalam yang mungkin bersedia sepenuhnya menerima apa sahaja yang akan terjadi.

"Who said you can do whatever you want to my property?" 

Walaupun ayat yang di lontarkan oleh Tuan aku yang baru kelihatan seperti tenang namun ada nada tidak puas hati di dalam ayatnya. 

"I apologize Sir. She all yours" 

Master Peter menghulurkan rotan kepada Tuan aku. Namun tidak disambut. 

"I don't need that thing to teach her." 

Master Peter hanya menundukkan kepala tidak berani membalas. 

Lututku masih bergetar menahan rasa takut. Jantungku mengepam darah lebih laju dari kebiasaanya. Apa yang dimaksudkan dengan Tuan aku? Apa dia mahu menghisap darah ku sampai habis. Aku cepat-cepat membuang jauh perasaan negatif di dalam kotak fikiranku.

"Nak berlutut sampai esok ke?

Aku masih menundukkan kepala tidak berapa mengiyakan atau mengatakan tidak.  Aku mengambil keputusan untuk terus berlutut biar apa yang akan terjadi aku pasti ia menunggu masa yang sesuai untuk menghayunkan rotan itu ke tubuhku.

Master Peter menghampiri aku dan menarik kolar baju aku dengan kuat. 

"Arhhh!"

"Go follow your master!" 

Aku terdorong ke hadapan dan berusaha menyeimbangkan badan daripada terjatuh. Aku mempercepatkan langkah kaki apabila melihat Tuan aku sudah menjauh. 

A/N: Kalau sambutan ok saya akan sambung part 8.. Nak tengok berapa banyak sambutan supaya bersemangat sikit nak menulis 😂 10 likes pun jadilaaaa

The Vamps: OfeliaWhere stories live. Discover now