Bab 6

103 7 0
                                    

Ofelia POV:

Aku meliarkan mata melihat sekeliling tiada seorang pun keturunan vampire yang lalu-lalang kecuali beberapa orang pengawal yang ditempatkan untuk menjaga kawasan itu. 

Langkah kaki ku diperlahankan apabila melihat Tuan Derek juga seakan berat untuk meneruskan perjalanan dan akhirnya dia berhenti betul-betul di hadapan pintu masuk ke bilik Father dan memusingkan tubuhnya menghadap aku. 

Tuan Derek seakan mencuba untuk membaca fikiranku. Ya, tidak dinafikan keturunan Vampire dianugerahkan dengan pelbagai kebolehan termasuklah membaca fikiran manusia. Aku jadi tidak nyaman namun aku berusaha untuk terus berlagak tenang. 

"Ofelia, walau apa pun yang terjadi di dalam nanti tolong letakkan kepercayaan pada saya." 

Sedikit terkejut dengan apa yang aku dengar dari mulut Tuan Derek. Apa Father mencuba untuk membunuh ku. Aku jadi tidak keruan dan ingin bertanya pada Tuan Derek namun dia sudah memberi isyarat pada pengawal untuk memberi laluan.

Aku melangkah masuk ke dalam bilik yang gelap itu dengan perasaan yang was-was. Berbekalkan kata-kata Tuan Derek aku pasti tiada apa-apa yang akan terjadi. 

Nafas ku tahan untuk beberapa saat untuk menyeimbangkan rentak jantungku kembali. Kebiasaan yang akan aku lakukan apabila merasa gelisah.

"I heard you brought a new slave."

Seseorang sedang berdiri dihadapan Tuan Derek. Walau keadaan dalam bilik itu gelap namun aku dapat pastikan dimana kedudukan gerangan suara itu berada dengan hanya berpandukan cahaya dari matanya. Terkadang aku merasa cemburu dengan kelebihan yang dimiliki oleh keturunan vampire. 

"Yes Father. Her name is Ofelia." 

Sedikit terkejut kerana Tuan Derek memperkenalkan aku kepada Father. Mungkin kebiasaan semua hamba yang dibawa perlu diperkenalkan kepada Father. 

"We have more than enough slave in this house. Full moon is 1 month ahead are you able to train her how to save her own life on that night?" 

Kening ku angkat. Jantung ku mengepam darah juga tidak teratur. 

Apa yang dimaksudkan oleh Father? Train? Full moon? ---- Apa semua ini ada kaitan dengan Vampire yang bertukar sepenuhnya mencari jahat tiada belas kasihan walau dengan keturunan sendiri. Aku teringat suatu ketika dahulu apabila menjelang bulan penuh semua manusia akan dikurung di bawah tanah supaya Vampire tidak menjumpai mereka terutama mereka yang baru sahaja ditukar menjadi vampire dan tidak dapat mengawal keinginan mereka yang kehausan darah. 

"Father I will train her, you don't have to worry."

"I have too Derek. You know how many human died last full moon? Not to mention our own."

Aku terkedu. Apakah full moon lebih teruk yang aku bayangkan sampaikan Father turut merasa gelisah dengan full moon yang tidak lama lagi akan menjelma. 

"she has a nice smell Drek." 

Terkejut dengan tindakan Father secara tiba-tiba aku bergerak ke belakang sedikit sebelum aku merasakan pergelangan tanganku di genggam oleh seseorang. 

Tuan Derek mengenggam pergelangan tanganku walau perit aku hanya mendiamkan diri tidak terkutik dari tempat ku berdiri. Perasaan gemuruh ku datang kembali seperti biasa aku menarik nafas dalam-dalam dan menahan untuk beberapa saat agar dapat menyeimbangkan kembali pernafasan dan denyutan jantungku. 

"Father...."

Itu kata-kata terakhir yang diucapkan oleh Tuan Derek. Tanpa mencuba untuk memahami apa yang merek ingin sampaikan aku hanya menuruti Tuan Derek dari belakang dan menuruti apa yang dia lakukan dengan menundukkan kepala memberi tanda hormat kepada Father. 

"Derek, this is only the beginning please always be careful." 

Walau Father menyampaikannya dengan suara yang perlahan namun aku masih dapat menangkap bait-bait yang diucapkan. Tuan Derek hanya menganggukkan kepalanya. 

The Vamps: OfeliaWhere stories live. Discover now