Bab 3

122 7 0
                                    

Setiap sudut bilik dipandang dan diperhatikan dengan teliti. Merasa aneh dengan suasana bilik itu. 

Meja kerja juga disediakan dan di satu sudut tersedia satu almari yang dipenuhi dengan buku.

Apa aku mempunyai masa untuk membaca semua buku itu?

Aku sendiri tidak pasti apa yang difikirkan oleh Tuan Derek tapi aku sangat bersyukur kerana aku tidak tidur di gudang atau dibiarkan kedinginan dengan tidur di luar rumah tanpa selimut dan hanya berbantalkan lengan. 

Begini rasanya hidup bebas tanpa mendengar arahan dari Master Peter yang tiba-tiba membuat aku sedikit janggal. Mungkin terbiasa mendengar jeritannya yang tidak mengira waktu.

Dinding bilik itu aku sentuh. Dingin. Apa ini perasaanya bila dapat bersentuhan dengan barang-barang di sekeliling seakan barang tidak bernyawa itu hidup. Warna dinding itu juga menyejukkan mata memandang dengan kombinasi biru laut dan putih itu sekaan aku terapung di awan.

Aku menuju ke arah katil. Air mata berguguran tanpa aku sedari. Aku seakan bermimpi ketika ini mimpi yang aku tidak mahu berlalu dengan cepat kerana ini seakan surga buat  ku walau aku tahu selagi dunia ini dikuasai oleh keturunan Vampire tiada erti Surga bagi Manusia biasa sepertinya.

Aku menyentuh birai katil, entah bila kali terakhir aku merasa baring di katil yang empuk dan bersih seperti ini? Aku tidak pernah mengimpikan hari seperti ini akan tiba walaupun aku tidak pasti rintangan apa yang harus aku lalui di masa hadapan. 

"Mom, dad I miss you a lot." 

Tok! Tok! Tok!

Aku memusingkan tombol pintu dan membuka sedikit memberi ruang untukku melihat gerangan yang mengetuk pintu. 

Mataku terbeliak melihat sosok tubuh di hadapanku. Segera aku menundukkan kepala dan membuka luas pintu memberi ruang untuk Tuan Derek masuk. 

"Maaf Tuan Derek? aku.. uurmm saya..urmm" 

Aku tidak tahu bagaimana membahasakan diri dihadapannya. Aku takut tersasul dan tidak mahu kerana keterlanjuran aku akan mendapat hukuman.

"Ofelia, relax ok? Saya tak kan menghukum awak jika awak tidak melakukan kesalahan, lagipun saya bukan jenis yang suka menghukum orang." 

"and please just call me Drek. Macam tua sangat kalau panggil Tuan and I have to admit kalau mengikut usia memang dah Tua tapi hati dan rupa masih muda"

Ledakan tawa Tuan Derek memenuhi ruang bilik itu. Di mana lawak dalam kata-katanya pun aku tidak pasti.

Terdiam sejenak aku di hadapan Tuan Derek. Apakah aku layak memanggil Tuan Derek dengan namanya sahaja? Apa ini bukan helah untuk dia mencari kesalahan aku dan memancung atau menghisap darah aku sehingga aku kekeringan. Oh Tidak! 

"Tolong lah berhenti fikir yang bukan-bukan and please get ready its about time for dinner." 

Aku hanya menganggukan kepala dan cepat-cepat melangkah ke kamar mandi.

********************************

Pili air aku buka dan membiarkan sahaja air itu terpancur keluar. Tangan kanan ku keletak dibawah pancuran air sebelum aku berdiri di tengah-tengah untuk membasahi badanku.

Air mata bergenang sekali lagi. Such a cry baby. Entah bila kali terakhir aku dapat membersihkan diri dengan sempurna seperti itu. 

Dapat merasa air yang bersih dan mandi dengan selesa seperti ini seperti di dalam mimpi.

Tuala dicapai. Mata dipejam dengan rapat saat kain terkena pada kesan sebatan. Sakit dan pedih. Air mata yang berguguran aku sudah tidak endahkan kedua tanganku letakkan pada bucu singki dan mengenggamnya dengan erat sambil menahan rasa sakit.

Kesan sebatan masih merah dan sakit tapi semua itu tidak setanding sakitnya bila dikhianati oleh satu-satunya orang yang aku ada di dunia ini.

Pantulan wajahku pada cermin aku tenung. Jari jemariku menyentuh pantulan wajahku sendiri seakan menenangkan diri sendiri agar tidak menyimpan rasa amarah terlalu lama kerana aku takut ia akan menjadi dendam. Aku tidak mahu itu terjadi kerna aku hanya inginkan penjelasan kenapa aku diperlaukan seperti ini dan dikhianati. Kenapa?

A/N: Part 1 - Part 4 aku hanya akan membawa korang kepada Ofelia dan bila sampai Part 5 aku akan bawa korang pada sudut pandangan Derek pula. Yelaaa aku tak nak korang boring dengan Part Ofelia je.. Hehe

The Vamps: OfeliaWhere stories live. Discover now