Semua orang pernah melalui zaman Jahiliah tapi tak semua orang kekal di zaman itu
Allah pernah berfirman:
"Jika dosa mu dari bumi hingga ke langit,kemudian kau beristighfar lah kepadaKU,nescaya AKU akan ampunkan dosa mu.Aku tidak peduli pada dosa-dosa mu yang lalu"
Jadi apa guna ALLAH membuka pintu taubat seluas-luasnya?
Kenapa manusia susah untuk maafkan kesalahan orang lain kepadanya sedangkan ALLAH boleh mengampuni dosa hambanya walaupun seluas alam semesta ini
Jadi jangan engkau tanya tentang masa silam seseorang,tapi tanyalah bagaimana dia bangkit untuk meniggalkan zaman itu
Semua dosa-dosa nya boleh diampuni hanya dengan bertaubat kepada ALLAH
Manusia bukan sesiapa untuk menghukum orang lain kerana setiap manusia juga akan melakukan dosa setiap hari,setiap detik dalam hidupnya hanya ALLAH yang layak menghukum hamba-hambaNYA tapi DIA tetap memberi peluang untuk kita bertaubat setiap saat
Dari kita mencari kesalahan orang lain,lebih baik kita bertaubat kepada PENCIPTA kita kerana
DIALAH MAHA PENGAMPUN
YOU ARE READING
SANTAPAN HÀTI💝[COMPLETED]
Poetry#SecondBook_ Hati»Merupakan organ yang penting kerana di situ lah tempat di mana semua perasaan terkubur,tempat di mana pelbagai impian lahir dan merupakan tempat yang paling banyak disakiti "The hijrah to ALLAH includes abandoning what HE hates an...