Aku Yang Pertama

430 52 2
                                    

Seorang ayah telah membacakan satu puisi yang sangat bermakna pada hari perkahwinan puterinya.Dan ia telah membuat kan ramai orang menangis.

Puisinya:

Aku yang pertama melihatmu,
Aku yang pertama menyayangi mu,
Aku yang pertama melihat tangisan mu,
Aku yang pertama menghiasi bibir mu dengan senyuman,
Aku yang pertama mengelap air mata mu,
Aku lah segala-galanya bagi mu,
Tapi itu telah berlalu,
Kerana kamu telah berjumpa dengan orang yang layak menggantikan tempat aku di hatimu,
Melepaskan mu ibarat melepaskan separuh hati ku,
Dahulu aku yang pertama di hatimu,
Sekarang aku mungkin yang kedua atau aku memang sudah tiada tempat di hatimu,
Tetapi aku merelakan kerana dialah yang mampu membuat mu tersenyum pabila ribut melanda hatimu,
Dialah lah yang menjadi syurga bagimu,
Tapi ingat lah,
Bila kamu sedih,
Aku lah yang pertama akan ada sisi mu,
Untuk menukarkan tangisan kepada satu senyuman yang sangat indah,
Kerana melihat mu menangis ibarat hati aku juga menangis,
Melihat senyuman mu ibarat hati aku juga tersenyum bahagia.

Lalu sang ayah berkata kepada menantunya:

Jika kamu mengangap dia sebagai beban,
Jika kamu sudah tidak mencintainya lagi,
Janganlah kau katakan pada dia,
Sebaliknya katakan kepada ku,
Kerana aku akan mengambil nya kembali,
Kerana dialah anugerah paling indah,
Kerana dialah matahari hidupku,
Kerana dialah permata kepadaku,
Dialah Puteriku.

Lalu sang anak yang menangis itu,pergi kepada ayahnya dan memeluk ayahnya dan berkata:

Ayah adalah segalanya,
Bila ibu marahkan saya,
Ayah ada sebagai perlindung saya,
Bila ada yang ganggu saya,
Ayah ada sebagai hero saya,
Bila ada yang sakit kan hati saya,
Ayah ada sebagai bahu untuk saya lepaskan segalanya,
Bila saya sedih,
Ayah juga akan sedih walau ayah sebenar sedang gembira,
Bila saya gembira,
Ayah juga akan gembira walau ayah sebenarnya sedang sedih,
Ayah adalah segalanya bagi saya,
Bukan untuk dahulu,
Kerana ayah segalanya bagi saya untuk selamanya,
Ayah adalah lelaki yang pertama bertahta di hati saya,
Dan selamanya ayah,
Saya seorang puteri bukan kerana saya memiliki seorang putera,
Tapi kerana ayah saya seorang raja di hati saya.

Dan mereka berdua berpelukan.Semua yang hadir menepuk tangan melihat kasih sayang seorang ayah untuk anaknya

Ayah adalah segalanya bagi saya walaupun satu hari nanti saya akan bertemu dengan seseorang tapi kasih sayangnya tidak dapat menandingi kasih sayang seorang ayah

SANTAPAN HÀTI💝[COMPLETED]Where stories live. Discover now