Part 4

7.2K 97 4
                                    


Previously

HARIZ POV

Ya ampun, sweetnya abang sorang ni. Kalau aku tak demam ni, lama dah aku peluk dia. Siap lapkan satu badan lagi hahaha. Ni nak carikan sarapan bagai fuuuhhh

Thanks abang. Thanks a lot!

__________________________________________

ZAIN POV

Kenapa aku kena rasa risau sangat eh tengok dia ni sakit, sebelum2 ni ada junior yang sakit takdelah aku nak rasa risau macam ni. 'Haish jangan Zain jangan, aku straight, aku straight'

Tiba di cafe kolej,

"Kak bagi saya nasi lemak dua bungkus. Dua2 letak ayam bahagian peha" Alamak nak belikan air apa eh untuk budak ni? Milo dia minum tak? Ke teh'o je.

"Kak bungkus sekali air teh'o panas"

Selesai beli makanan, aku terus ke farmasi kolej untuk membeli ubat demam.

Pintu bilik Hariz dibuka, kelihatan Hariz sedang duduk di hujung katil tertunduk dan sedang menangis

"Eh Hariz, kenapa nangis pulak ni? Sakit sangat ke?"

Tidak semena Hariz terus memeluk aku dan terus menangis, aku usap perlahan rambutnya dan belakang badan bagi menenangkan dia.

"Abang, Hariz rindu ayah dan bonda. Hariz tak pernah demam masa kat asrama dulu. Kalau kat rumah bonda dah sibuk dah ni rawat Hariz" Jelas Hariz masih tersedu2.

"Lah rindu ke, nangis sampai tersedu2. Ni abang dengan Farhan kan ada, kitorg boleh jelah tolong Hariz masa tengah demam macam ni" Eh sejak bila aku bahasan diri abang pulak dengan budak ni aduhh

"Hurm, terima kasih abang" Hariz meleraikan pelukannya

"Okay, meh makan dulu lepas tu boleh makan ubat. Then boleh sambung tidur." Aku mengeluarkan nasi lemak dan menuangkan air ke dalam cawan.

"Abang makan sekali? Teman Hariz?"

"Ha aku ada beli sekali untuk aku, dah meh sarapan dulu. Tak elok makan atas tilam" Gesa aku, lambat Hariz ni makan lambat lah aku boleh turun semula. Nasib baik dah bgtahu Jane.

"Alah tadi dah bahasakan diri abang, kenapa tiba2 aku pulak." Hariz mencebik

"Aduyai banyak songeh budak ni, haa yelah2 abaang makan sekali ya" Layankan jelah

HARIZ POV

"Abang, Hariz dah." Aku tenung muka dia.

"Eh baru tiga suap dah tak nak ke?"

"Abang, mana ada orang demam makan dua pinggan. Hariz takde selera lah" Rungut aku

"Ha yelah, nah makan ubat ni." Zain menghulur ubat yang dibelinya tadi

Selesai makan ubat, Hariz terus merangkak naik ke tilam dan terus lelapkan mata.

Zain menghabiskan makanannya dan terus mengemas semua bekas makanan mereka. Zain berjalan ke arah Hariz, membetulkan selimut yang membaluti tubuh Hariz kemudian menampal 'Cool Fever' yang dibelinya di farmasi bagi mengurangkan suhu panas badan Hariz.

"Abang, terima kasih. Terima kasih banyak2" Hariz membuka sedikit matanya

"Takde apalah, Hariz bawah tanggungjawab abang sekarang ni. Abang kena make sure semua junior2 dalam keadaan sihat untuk jalankan semua aktiviti" Okay selesai.

"Ohh, Hariz ni sekadar junior abang jelah eh? Okay Terima kasih. Dah takpe, abang boleh pergi court dah. Mesti junior2 lain tengah tunggu abang." Hariz memalingkan badannya menghadap dinding.

"Eh lain macam je bunyinya Hariz?" Zain mulai rasa tak sedap gayanya

Hariz membisu.

ZAIN POV

Ish aku salah cakap ke? Aduyai merajuk ke budak Hariz ni. Ditanya tak nak jawab dah.

"Hariz abang turun dulu ya. Hari ni tak payah turun aktiviti, esok je baru turun kalau dah sembuh ya. Abang kunci pintu terus ni tau. Nanti malam abang datang lagi. Assalamualaikum"

Uish senyap je.. Okaylah, takpe nanti jenguk lagi

____________________

Setibanya di court futsal Zain mencari Farhan untuk pulangkan kembali kunci bilik mereka

"Farhan, ni kunci bilik. Aku dah bagi Hariz breakfast dan ubat. Tengah hari nanti kau amik lunch box lebih bagi Hariz dan suruh dia makan ubat lagi ya"

"terima kasih bang, haa okay2" Wah baiknya si Zain ni, siap pesan macam2 untuk Hariz ni haha

12.50 pm

HARIZ POV

*Vibrate phone call "ELIS"

"Hello Assalamualaikum sayang? You okay tak? Farhan bgtahu I you demam. Dah kebah belum? Bila you start rasa nak demam ni? Jap ni you dah makan belum? Ubat dah makan belum? " Bertalu2 soalan Elis

"Waalaikumsalam sayang. Ya Allah banyaknya soalan you ni. Temperature dah turun sikit dah. Tadi ada senior belikan nasi lemak and ubat. Haha janganlah risau, I okay je"

"Ni lah you, I serious ni you main2 eh. I risau ni, kalau ikutkan hati I nak naik blok tu tau teman you dalam bilik"

"Haha you jangan buat gila, takpe jangan risau okay sayang. Farhan pun ada tolong I"

"Okaylah kalau you cakap macam tu. I risaukan you je."

"Lah janganlah merajuk pulak, ye kalau dah kahwin nanti you yang jaga I ya sayang bucuk baby ni."

"I wangi okay tak busuk. Hahaha Okay sayang, jangan lupa makan nasi nanti tengah hari and makan ubat. Nanti I make sure farhan amik lunch box untuk you okay"

"Okay baby, thanks sayang call I and risaukan I. InsyaAllah esok okay dah ni"

"Okaylah, nak lunch ni, Assalamualaikum sayang."

"Okay, you jaga diri jugak. Waalaikumsalam sayang"

Aku rasa bersyukur Elis sentiasa ambil berat kat diri aku. Tapi Elis maafkan I, I tak sempurna untuk you.

'TOK TOK' pintu bilik aku diketuk

Dah siapa pulak ni, si Farhan ni bawak kunci bilik kan. Ke dia bagi dengan Abang Zain? Aduyai pakcik ni. Perlahan-lahan Hariz bangun dengan selimut masih berbalut menuju ke pintu untuk membukanya.

"Abang?" Apehal mamat ni lagi

"Hariz, ni abang ada bawak lunch box untuk Hariz. Farhan mintak tolong Abang hantarkan, dia tak sempat nak naik rushing untuk next activity." Redup sayu reaksi muka Zain

"Ha okay bak meh" Hariz acuh tak acuh menyambutnya

"Jomlah, abang teman makan sekali"

"Takpe, Hariz boleh makan sendiri. Dah nak elok pun"

Tanpa Hariz sedar dia terpijak plastik di lantai dan tergelincir ke belakang. Hariz jatuh dengan kedudukan kepalanya tepat di dada Zain. Bertentang mata. Jantung kedua lelaki ini berdegup kencang.

________________

To be continue

Sorry lambat update dan sorry kalau episode ni bosan sikit hehe

DIAWhere stories live. Discover now