Part 5

6.6K 98 4
                                    

Previously

Tanpa Hariz sedar dia terpijak plastik di lantai dan tergelincir ke belakang. Hariz jatuh dengan kedudukan kepalanya tepat di dada Zain. Bertentang mata. Jantung kedua lelaki ini berdegup kencang.

_____________________

HARIZ POV

"Urm, Hariz berapa lama nak menyandar kat abang macam ni?" tegur Abang Zain

Ahh, shit lama sangat ke aku menyandar kat dada dia ni? Haha

"Ehem, mana ada Hariz sandar kat abang. Ingat ni cerita sandar pada ku ke? Ish"

"Haha, cerita apa pulak.. sakit tak kaki tu? Haa tu lah lain kali jangan nak merajuk2 kan dah, daulat tu dengan abang."

"Bila pulak Hariz merajuk ngan abang, dah2 pergi balik.. Hariz lapar nak makan"

Bersungguh2 aku menolak badan Abang Zain keuar dari bilik, malu sangat dah ni aduyai.

"Eh eh, abang nak teman Hariz makan. Lepas tu nak make sure Hariz makan ubat"

"Apa Eh Eh? Tak apa Hariz dah besar boleh makan sendiri lah"

Abang Zain dah berada di luar bilik, terus aku tutup pintu bilik. Deraian ketawa Abang Zain kedengaran dari luar pintu.

"Tak apa Hariz nanti malam abang datang lagi. Makan sampai habis dan ubat jangan lupa. Assalamualaikum"

Walaikumsalam, jawab aku dalam hati.

Terima kasih abang, bawakkan makanan dan caring sangat kat Hariz.

ZAIN POV

Ting! Lif terbuka. '7'

Baik balik bilik solat pastu baru turun. Baru nak lunch dengan Hariz, dah kena halau. Hahaha Tak habis merajuk lagi budak Hariz ni. Merajukkan apa pun aku tak tahu Haihlahhh.

Setibanya di bilik 710.

"Assalamualaikum" sunyinyaaa.

Nak jumpa si Aqeef ni bila dah start semester baru lah nampaknya. Aku ajak join jadi fasi minggu orientasi ni tak nak. Huh tengok sekarang ni aku sorang2, dah lah tak ada girlfriend.

Solat lepastu turun lunch kat café jelah. Hurm

7.10 PM – Selesai aktiviti petang

FARHAN POV

Ya Allah, gelapnya bilik aku ni. Langsir bertutup ni haa. Ini yang tak sakit pun boleh sakit duduk dalam bilik ni. Tengok tu lunch box tak kemas si Hariz ni. Aku ni pantang sikit kalau bilik bersepah dan kotor ni, mulalah mulut ni nak membebel. Dah kebah belum mamat ni.

Farhan memegang dahi Hariz bagi merasai tahap kehangatan demam Hariz.

"Haa dah nak kebah ni. Hariz bangun. Kau dah mandi belum? Pergilah mandi segarkan badan tu. Kalau tak nanti lemah je badan kau."

"Aku pening kepala lagi lah Paan, lunch tadi pun tak habis makan."

"Oh ye ke. Ha tak apa lah kalau macam tu. Eh kau makan dengan Abang Zain kan tadi? Asal dia tak tolong kemaskan ni?"

"Tak, aku makan sorang tadi. Dia hantarkan je tadi"

"Ehhhh tadi dia yang beriya cakap ngan aku tak payah naik sebab nak makan dengan kau"

Hariz tersentak dengan kenyataan Farhan, dia bangun dan duduk di tepi katil.

"Ehh pulak, tadi Abang Zain kata kau tak sempat..."

Knock! Knock! Knock!

"Assalamualaikum"

"Waalaikumsalam, dah siapa pulak datang maghrib2 ni. Oh Abang Zain, masuklah" Farhan mempersilakan Zain masuk ke bilik

ZAIN POV

Zain masuk dan berdiri di birai katil membawa bungkusan plastic makanan untuk Hariz

"Ni apa kecoh2 tengah maghrib ni" Zain memulakan perbualan

"Saya balik bilik tengok Hariz ni tengah tidur lagi, ingat nak suruh dia mandi nak bagi segar sikit" Jelas Farhan

"Alah, Hariz pening kepala lagi lah. Tak payahlah mandi" Hariz memandang Zain

"Haa takpa2 Farhan kamu pergilah siap2 nanti lambat pulak masuk dewan. 7.40 dah kena kat dewan kan, ni dah 7.20 dah."

"Eh haah lah, okay2 saya pergi mandi siap2 terus" Farhan bergegas mengambil tuala serta baju untuk dipakai malam ni dan terus ke bilik air.

HARIZ POV

Zain ke meja belajar Hariz mengemas makanan lunch tadi dan meletakkan bungkusan makanan plastik untuk makan malam Hariz.

"Malam ni, Hariz makan malam dengan Abang ya. Abang dah beli makanan ni. Hariz nak air panas tak? Abang buatkan."

Hariz sekadar menggeleng.

Zain berjalan ke katil Hariz dan melabuhkan punggungnya di sebelah Hariz.

"Okay abang tak tahu apa salah abang sampai Hariz merajuk macam ni. Abang mintak maaf okay. Abang mintak maaf kalau abang ada salah cakap, janganlah merajuk lagi. Tak seronoklah"

"Hurm."

"Hariz?"

"Okay2, tapi dengan syarat. Boleh?"

"Aduh syarat apa Hariz? Nak maafkan orang pun kena letak syarat ke?"

"Nak Hariz maafkan ke tak?"

"Okay2, apa syaratnya?"

"Jadi abang angkat Hariz boleh?"

"Hah?"

"Boleh ke tak?"

"Alah perlu ke nak angkat2 ni? Haha"

"Hariz serious lah, abang ni"

"Okaylahhh boleh"

"Janji tak samakan Hariz dengan Junior lain?"

"Ohhh ni ke sebabnya Hariz merajuk dengan abang?"

"Janji ke tak?"

"Okay abang janji. Abang janji, Abang akan layan Hariz macam adik abang dan tak samakan Hariz dengan junior2 lain."

"Yeay! Nak peluk?"

"Tak payahlah peluk2 ni, kita makan ye?"

"Ehem2, apa korang buat ni? Nak peluk2 pulak. Hahaha" Farhan muncul di pintu bilik lengkap dengan pakaian baju melayu untuk program malam ni. Serentak Zain dan Hariz memandang Farhan.

"Hahahahanat ni, bila kau muncul?" Carutan sedas dari Hariz

"Aku muncul sejak ayat kau 'yeay nak peluk' tu. Hahaha ingat Elis Hariz hoi" Farhan sengih jahat

"Hahaha takde apa lah Farhan, Hariz ni saja main2. dah siap cepat. Lagi 10 mnit je. Kang kat sini jugak aku denda kau kang" Zain cekak pinggang

"Okay2, saya dah siaplah. Nak amik beg dan pakai kasut je ni. Bye, jangan buat macam2 tau dalam bilik ni" Farhan berseloroh dan menghilang dari pandangan

Mereka saling berpandangan lantas gelak tawa memecah kesunyian sebentar tadi.

DIAWhere stories live. Discover now