"Arrhhk..arhhkk..errhenm!"
Berkali-kali dia cuba betulkan pita suaranya sambil sesekali dia mengusap tekaknya yang rasa perit itu.
'Haih~!Bila nak dapat suara balik ni?..'
Keluh hatinya dalam pada dia memandang bias wajahnya dicermin besar biliknya.
"Harhhk...hiirhkk..hahh..!"
Dia dah putus asa untuk terus cuba menyebut huruf vokal bagi menguji suaranya bila hanya angin serak saja yang mampu keluar dari mulutnya.
"Suara kau tak pulih lagi ke,hyung?"
Satu suara menegur.
Dalam malas nak layan dia mengerling juga pada si gerangan yang menegur.
Kim Tae hyung...
..yang selamba tenuk je bersandar pada pintu biliknya yang kebetulan sedang luas terbuka tu.
Malas nak layan Tae hyung, dia buat tak dengar je dengan soalan Tae hyung sebelum dia melangkah ke katilnya dan merebahkan dirinya diatas katilnya.
Selesa~
Tae hyung yang tak puas hati dengan respons hyungnya itu turut merebahkan dirinya disisi hyungnya.
"Yah~Kimochi~Selesanya tidur kat sini~Sejuk,...lembut,...tilam empuk..--"
"Before kepala kau aku hempuk,baik kau blah dari bilik aku ni.!."
Dalam nada suaranya yang serak dan tak mampu didengar jelas,Jin cuba juga menghalau Tae hyung keluar dari biliknya dengan gertakannya.
Tapi giliran Tae hyung pula yang buat tak endah dengan gertakan abangnya itu malah dia terus berguling-guling diatas katil Jin hanya untuk membangkitkan kemarahan Jin.
"Yah!Kim Tae hyung!"
"Ha,apa?Tak dengar~.Hyung ada panggil nama aku ke?"
Yash,si cipan sekor ni!
Dalam hati Jin dah menyumpah bengang.Dahlah setiap kali dia nak tendang budak tu supaya turun dari katilnya budak tu sempat elak.Heish!
"Yah,Kim Tae hyung!Sila turun dari katil akulah,tenuk!"
"Hah,apa?Ada itik serati tertelan kapur ke dalam bilik kau ni hyung?Asyik suara serak-serak sengau itik serati je yang aku dengar dari tadi kat sini?"
"YARGH,KIM TAE HYUNGGG!!!"
Namun si Kim Tae hyung yang dah terkekek-kekek ketawa telah terlebih dahulu berjaya melarikan dirinya dari abangnya itu setelah hatinya bahagia dapat membangkitkan kemarahan abangnya yang tak ada suara tu.
Selalunya asyik abang dia je yang memekak,membebel kat dia.
So sekarang ni giliran dia pulak yang balas dendam dengan buat kacau dekat abang dia.
Rilekla...
Kim Seok Jin kan dah bisu.
So Kim Tae hyung bolehlah buat haru~
_________________________________________
Tbc
YOU ARE READING
[C]Bisu-|ksj|-
Short Story_________________________________________ Kerana tak ada suara,...aku dicop bisu. _________________________________________ Kedatangan Kim Seok Jin ke sekolah baharunya menjadi perbualan para pelajar disitu. Dia bisu,dia juga beku.Bila dia disapa...