G.Light HS....
Sedari tadi dia mundar-mandir dikoridor blok yang menempatkan bilik kelab dan bilik amali pelajar bagi setiap unit mata pelajaran tambahan.
Dia resah,
Sticky note yang menjadi teman setianya digenggam kemas.
Matanya turut melilau melihat papan tanda yang ada diatas setiap pintu bilik disepanjang koridor tersebut bagaikan dia sedang mencari sesuatu pada papan tanda-papan tanda tersebut.
'Mana bilik tu,ni?!'
Dalam hati dia mendesis.
Disaat dia kalut sendirian,tiba-tiba dia terasa bahunya dicuit dari belakang.Untuk sesaat dia kaku ditempatnya.
Siapa pulak yamg berani main cuit-cuit dengan dia ni?Dahlah sekarang dia sedang bersendirian dikoridor ni.
"Halah-halah,kau tak payah nak pondan sangat boleh tak!?Baru cuit sikit dah kejung.Try toleh tengok aku dululah.Heih!"suara dibelakangnya separuh merungut.
Lambat-lambat dengan hati yang masih berdebar dia menoleh juga ke belakang.
Kosong?!
Pantas dia berpaling kembali ke depan dengan rasa cuak namun sepantas itu jugalah dia terlompat jatuh ke belakang dek kerana terkejut beruk setelah melihat seorang gadis sedang berdiri didepan dia sambil menayang senyum peliknya pada dia.
"Kau lambat sangat toleh belakang,sebab tu aku berdiri depan kau.Like seriously dude?Tak sangka betul aku kau sepondan ini.Chill,man~!Aku masih manusia,bukan hantu mahupun jenglot.Chill,okay~!"
Si gadis mengujar selamba sambil melangkah dekat kearahnya namun dia tanpa suara cuba mengundur bagi menjauhi si gadis dengan rasa cuak yang masih bersisa.
"Woop,woop!Kau dah apa hal weh?Aku nak tolong kau bangun pun kau takut ke?Dahlah dari tadi sepatah ayat pun aku tak dengar dari mulut kau.Kau bisu ke?"
Namun dia hanya membalas soalan si gadis dengan elengannya saja tanda dia tak takut dan dia tak bisu.
Just...dia terkejut.
Si gadis yang melihat respons dia hanya menjongket bahunya dan menjuih kecil mulut tanda malas soal lebih lagi pada dia.
"What ever!By the way nama aku Lisa.Lalisa Manoban,pelajar pertukaran dari Thailand yang dah dua tahun menjadi pelajar kat sini.Then,aku budak kelas 3.Moonlight.Apa-apa hal kau nak tahu dari aku just tanya je.Okey?"
Serta-merta dia bangkit dari tempatnya terduduk tadi setelah dia mendengar pernyataan yang keluar dari mulut si gadis bernama Lalisa ataupun Lisa itu.
Sticky note yang digenggamnya dihulur pada Lisa walaupun dalam keadaan teragak.
"Apa ni?"dalam blur Lisa menanya.
Tapi dia hanya mengisyaratkan Lisa supaya mengambil sticky note tersebut.
Huluran disambut.
Bilik kulinari kat mana?Help me to find it,please!x'(
__________________________
Untuk seketika Lisa tercengang ditempatnya saat membaca isi sticky note tersebut namun kemudiannya dia seakan teringat pada sesuatu.
"Oh!~Jadi kaulah Kim Seok Jin si newbie yang bisu dari kelas 5a.Starlight tu.Oh,I see~!"Lisa dah teruja sendirian ditempatnya.
Namun tiba-tiba giliran lengan uniform sekolahnya yang ditarik-tarik oleh jari Jin buatkan Lisa kembali memandangnya.
"Apa?--"
"-Oh,okey,okey.Jom aku hantar kau ke bilik kulinari.Alang-alang sekarang ni aku tengah baik hati ni.Hugu~Jom!"
Lantas tanpa segan-silu atau rasa kekok giliran Lisa menarik tangan Jin supaya mengikut langkahnya untuk pergi ke bilik kulinari yang dicari Jin dari tadi.
Akhirnya...
Tak perlulah Jin mundar-mandir macam orang kira hutang kat koridor tu lagi.
Tapi Lisa...
Sweet kan,dia layan Jin?
Walau dia agak boyish.
Si bisu...
Dah jumpa first love ke?
_________________________________________
Tbc
YOU ARE READING
[C]Bisu-|ksj|-
Short Story_________________________________________ Kerana tak ada suara,...aku dicop bisu. _________________________________________ Kedatangan Kim Seok Jin ke sekolah baharunya menjadi perbualan para pelajar disitu. Dia bisu,dia juga beku.Bila dia disapa...