Wonwoo, Mina dan juga Baekhyun sedang duduk di atas sofa ruang tamu untuk membincangkan strategi mereka untuk menyelesaikan masalah
Suasana di ruang tamu tersebut sangat sunyi kerana sibuk dengan pemikiran masing masing
Mina berkata "Lebih baik kita tak payah bagitahu dekat Hana tentang benda ni"
Apabila mendengar Mina berkata seperti itu, Baekhyun terus memandang Mina
"Hana??"
Setelah Baekhyun berkata begitu,
CEKLEK!
Pintu rumah terbuka
"Korang berdua buat apa kat sini?" tanya Hana
Panjang umur... Fikir Mina dan Wonwoo
Baekhyun menatap Hana dengan tatapan kagum kerana Hana lain... Tidak seperti dulu
'Cantik' hanya perkataan itu yang terfikirkan Baekhyun sekarang
Hana semakin cantik, rambutnya pun semakin panjang... Rambutnya yang dulu berwarna hitam kini dia telah menukarnya menjadi warna coklat... Warna coklat tersebut sangat sesuai dengan warna kulitnya yang putih melepak itu
Hana hanya memakai make up yang simple tetapi tetap cantik di mata Baekhyun... Bagi Baekhyun, tidak memakai make up pun, Hana tetap cantik...
Hana tidak boleh nampak Baekhyun kerana Baekhyun tidak mahukannya...
"Kitorang tengah fikir pasal kerja" bohong Mina
Manakala Wonwoo hanya mengangguk menyetujui perkataan Mina...
"Hmm fikir pasal kerja ke dating" sindir Hana sambil ketawa lalu berlari masuk ke dalam biliknya
Baekhyun pun turut ketawa melihat perilaku Hana yang dianggap comel dan lucu...
Pipi Mina mula memerah akibat perkataan Hana tadi...
Secara tiba tiba suasana di ruang tamu itu menjadi canggung...
Wonwoo melirik Mina manakala Mina melirik Wonwoo...
Apabila mata mereka berjumpa, cepat cepat mereka mengalihkan pandangan dan menjadi salah tingkah...
Tidak tahan dengan suasana tersebut, Wonwoo berdiri lalu pergi ke dapur untuk minum air
"Kau nak air tak?" jerit Wonwoo dari dapur
"E—ehh... Takpelah tuan... Saya tak dahaga" jawab Mina tergagap gagap
Manakala Baekhyun yang melihat suasana di depan matanya itu hanya ketawa lalu menggeleng kepala...
————————————//———————————
Hana mengambil frame gambar yang berada di atas meja belajarnya... Terlihat seorang gadis iaitu dirinya dan dihimpit oleh dua orang lelaki yang sangat dia sayang...Baekhyun dan Wonwoo... Mereka terlihat begitu gembira di dalam gambar tersebut...
Hana ingat... Gambar itu diambil ketika mereka membuat kejutan hari jadi Hana tepat pukul 12 pagi...
Pada mulanya Hana berasa sedih dan kecewa kerana berfikir yang Wonwoo dan Baekhyun sudah lupa hari istimewa tersebut... Tetapi sebenarnya mereka berdua telah merancang sebuah kejutan yang paling menakjubkan... Itulah kejutan terakhir bersama Baekhyun...
Hana sangat merindukan detik detik yang sangat berharga itu...
Kemudian dia mengambil sebuah necklace berwarna silver...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Dan teddy bear
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Semua itu ialah hadiah pemberian Baekhyun yang sangat berharga bagi Hana... Dia memberi hadiah hadiah tersebut dengan senyuman manis dan sebuah dekapan...
Tetapi sekarang Hana tidak boleh melihat lagi senyuman manis Baekhyun... Baekhyun selalu menghiburkan Hana ketika dia sedih... Baekhyun lah tempat Hana menceritakan semua masalahnya...
Hana merindukan pelukan hangat yang selalu dia dapat apabila dia menangis... Hana merindukan kata kata nasihat yang selalu diberi oleh Baekhyun... Hana merindukan suara merdu Baekhyun... Hana merindukan tangan hangat Baekhyun yang selalu menggenggam tangan kecil Hana... Hana merindukan tatapan mata Baekhyun yang selalu menatapnya... Hana merindukan suara gelak tawa Baekhyun...
Hana merindukan semuanya tentang Baekhyun...
"Saya rindukan awak Baekhyun... Sangat sangat" kata Hana... Air matanya turun seperti air terjun
Baekhyun yang sedari tadi berada di belakang Hana menatap sendu... Dia ingin sekali membawa Hana di dalam pelukannya seperti yang dia lakukan dulu ketika gadis itu menangis... Tetapi dia sedar yang dia bukan lagi manusia seperti dulu...
"Saya rindukan awak jugak Hana... Saya cintakan awak... Tapi takdir berkata lain... Kita tak boleh bersama... Saya harap awak akan jumpa lelaki yang lebih baik daripada saya... Lelaki yang ikhlas mencintai awak..."kata Baekhyun tapi sayangnya Hana tidak boleh mendengarnya...
Setelah lama Hana menangis, akhirnya dia terlelap bersama frame gambar yang dipeluknya...
Baekhyun yang melihatnya mengusap rambut Hana perlahan... Tetapi Hana tidak boleh merasanya... Setelah itu, dia pun keluar dari bilik Hana...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Baekhyun turun ke ruang tamu dengan raut muka sedih... Mina dan Wonwoo yang melihatnya turut berasa sedih dan mereka bertekad untuk menolong Baekhyun dengan secepat mungkin... Walaupun apa sahaja rintangan yang mereka bakal tempuhi...