Wonwoo sedang menelefon seseorang yang dia kenal manakala Mina hanya memainkan phonenya
"Aku tunggu kau dekat Kafe ****" kata Wonwoo lalu mematikan panggilannya
Tak lama kemudian, orang tersebut sampai di kafe itu
Wonwoo melambaikan tangannya ke arah orang tersebut
Mereka berdua pun berjabat tangan
Lalu mata orang tersebut terancap pada gadis yang berada di samping Wonwoo
"Wonwoo... Siapa pulak perempuan cantik yang kau bawak ni?" tanya seseorang sambil menatap Mina dengan tatapan yang susah difahami
*Flashback*
Mina dan Wonwoo sedang berada di sebuah kafe
"Awak betul betul tak tahu ke sebab Hana kena culik dulu?" tanya Mina dengan nada geram
"Manalah aku tahu... Kalau aku tahu mesti la aku dah bagitahu kau awal awal" marah Wonwoo balik kepada Mina
"Hishhh" Mina mendengus kesal
Wonwoo hanya mengabaikan Mina lalu menyandarkan badannya pada kerusi
Mina pun membuat perkara yang sama
Tak lama kemudian, tiba tiba Wonwoo bersuara
"Ha!!" jerit Wonwoo sambil berdiri secara mengejut
"Hei!! Awak ni kenapa jerit jerit?!" jerit Mina sambil mengusap dadanya akibat terkejut
"Nasib baik tak ada orang dalam kafe ni.. Kalau tak buat malu je" sambungnya lalu menjeling Wonwoo
"Hmm... Sorry la..." kata Wonwoo lalu duduk semula
"Aku baru teringat yang kawan aku seorang polis" sambung Wonwoo
Mina mengerutkan keningnya
"So? Apa kaitannya?" tanya Mina
"Heish kau ni... Pabo betul la... Kita boleh lah mintak tolong dia untuk mencari maklumat tentang kes tersebut" kata Wonwoo
"Hmm... Betul jugak..." kata Mina
"Nanti aku mintak fail tentang kes Baekhyun dulu" kata Wonwoo bersahaja
Mina terkejut
"Heish awak ni... Ingat senang ke nak mintak fail tu daripada polis... Memang sah sah lah dia tak akan bagi" marah Mina kepada Wonwoo
"Kau ni... Aku ni kan kawan dia... Mesti la dia bagi" balas Wonwoo yang membuatkan Mina terdiam lalu Wonwoo memainkan phonenya
"Hmmm ye la tu... Entah entah dia tak suka kawan dengan awak... Pastu dia tak nak bagi" kata Mina lalu Wonwoo dengan segera memalingkan mukanya ke arah Mina