Kelihatan sinaran matahari pagi yang menyinari di bilik Anis.Hari tu adalah hari hujung minggu.Selalunya,pada hujung minggu Anis akan ke rumah Cik Nona pada setiap pukul 9.30 pagi.
Anis memulakan langkahnya dengan mengemas katil,menggosok pakaian dan lantas,turun ke bawah untuk bersarapan bersama-sama mama dan papa nya.
"Good Morning Papa!" Terjah Anis ke leher Datuk Zainal.
"Eh,Oohh..Anak papa dah bangun.Dah mandi belum ni?" Balas Datuk Zainal.
Anis seorang yang sangat manja dengan ayahnya.Kemana-mana mesti mahu bersama ayahnya berbanding ibunya sendiri.Ini membuatkan Datin Ratna berasa cemburu dengan suaminya.Tetapi,Datin Ratna sudah cukup faham dengan keadaab tersebut.
"Mesti lahh dah papa". Jawab Anis sambil menarik kerusi untuk bersarapan bersama-sama ibu dan ayahnya.
"Papa,hari Sabtu minggu depan sekolah Anis ada buat kem kempimpinan.Anis nak pergi boleh?" Soal Anis.
"Kem kempimpinan? Dekat mana?"
Soal Datuk Zainal kembali.
"Dekat je..Dekat Selangor" Balas Anis.
"Betul kamu mahu pergi? Tapi,ada tiga syarat yang kamu mesti ikut . Boleh?"
Soal Datuk Zainal .
"Seratus syarat pun tidak apa papa" . Balas Anis.
"Betul ni? Syarat pertama,Anis mesti jaga diri Anis elok-elok.Syarat kedua,Anis mesti janji dengan papa kalau Anis nak pergi mana-mana mesti ada teman dan syarat ketiga bodyguard mesti ikut kemana saja Anis pergi ok?"
Jelas Datuk Zainal,panjang.
Keluarga Anis merupakan keluarga yang terkaya di daerahnya itu.Keluarga Anis juga mempunyai orang jagaan di rumah mereka. Setiap kali Datuk Zainal mahu mengeluarkan duit di bank,pasti bodyguard nya akan mengikuti dari belakang untuk keselamatan.
Anis yang mendengarkan ketiga-tiga syarat ayahnya tadi menjadi tidak selesa dengan syarat yang ketiga.Lantas,Anis menjawab.
"Papa,syarat pertama dan kedua tu okey.But,yang ketiga tu macam masalah jee." Balas Anis dengan riak muka kehairanan.
"Jadi,Anis nak pergi ke tak kem tu nanti? Nanti papa bagi tahu dengan pengetua sekolah Anis okey?". Tambah Datuk Zainal.
Anis hanya mendiamkan diri dan menyambung makannya.
------------------------
"Assalamualaikum... Acikk! Acikkk"
Teriak Anis yang telah pun berada di hadapan rumah Cik Nona.
"Waalaikumsalam" Jawab Cik Nona yang sedang memegang tombol pintu lantas membukanya.
"Eh,Anis.Mari masuk" Jemput Cik Nona
Anis menanggalkan kasutnya lalu melangkah ke dalam rumah Cik Nona.
"Acik,hari Sabtu ni ada kem kempimpinan kat sekolah Anis.Tapi,papa tu bagi syarat bukan-bukan pula sebelum pergi.". Jelas Anis.
"Laaa...Apa syaratnya?"
Jawab Cik Nona ingin tahu.
"Papa kata,kalau nak pergi sana mesti bawa bodyguard .Eee..Rimaslahh!! "
Rungut Anis.
"Laa...Macam tu pula.Ish! Okey lah tu,papa kamu tu bimbangkan keselamatan kamu je lah.Sebab tu dia sanggup bagi syarat yang macam tu.Ini semua kan demi keselamatan kamu juga kan."
YOU ARE READING
Notaberduri
RomanceKehidupan mengajar erti memperjuangkan sesebuah hak yang ada pada diri seseorang.Sakit mana pun kita,perit mana pun kita,harus kita lalui kehidupan ini dengan redha dan tawakal.Seperti Anis Nuria seorang penghidap penyakit barah otak yang pada bila...