[2020]
Dia Jeon Jungkook.
Dia yang selalu kau puja-pujakan, dia lelaki yang membunuh.
Membunuh dengan cinta, sayang dan obsesi.
start: 260620
end: -------
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Jungkook, saya dah cakap saya tak nak so saya tak naklah! Awak ni tak faham bahasa ke?"
Aerin tarik tangan dia kasar dari genggaman lelaki itu. Fikirnya, lelaki itu ingin bertemunya untuk memberi kad jemputan perkahwinannya namun lain pula yang jadi.
Lelaki itu terus-terusan memaksanya. Memaksanya menjadi teman wanitanya. Atau lebih jelas, perempuan simpanan.
"No, sayang. We can try this. Trust me. Aku akan lepaskan perempuan tu nanti, yang penting kita bersama selamanya. To the moon and back, remember?"
Jungkook cuba meraih tangan wanita itu kembali. Dia mengusap lembut tangan itu, cuba memujuk.
"Awak gila ke, Jeon Jungkook ? Awak lupa ke ibu awak tampar saya minggu lepas? Walaupun dah seminggu, saya masih rasa sakit dia. Cuba awak fikir kalau dia tahu kita masih ada hubungan lepas awak beristeri, awak nak saya mati ke?"
Sekali lagi, tangannya dia tarik dari pegangan Jungkook. Dia nekad. Mukanya dipaling ke arah lain, enggan bertentang mata dengan lelaki itu.
"Sayang, kau tahukan aku sayang kau sorang je. Fuck them, I only want you baby"
Dengar sedikit keluhan dan makian dari lelaki itu. Malah suaranya menjadi lebih lembut, panggilan juga sudah bertukar ke panggilan yang mereka selalu guna dulu.
"Saya pun mahukan awak juga. Cuma, saya nak awak milik saya seorang dan bukan milik sesiapa. Kalau awak betul-betul sayangkan saya, sayangkan hubungan kita. Usahalah pertahankan depan ibu awak demi saya. Pilih samada ibu atau saya."
Melihatkan reaksi lelaki itu yang hanya diam, Aerin segera berdiri.
Dia dah masak dengan perangai Jeon Jungkook. Dasar anak mak!
"See? Awak sendiri tak mampu nak pertahankan kita. Saya pergi dulu."
Dia kemudian segera berganjak meninggalkan lelaki tersebut. Dia tahu Jungkook orang yang bagaimana, lelaki tu takkan ingkar arahan ibu dia. Dia bukan baru kenal Jungkook 2 bulan. Sudah hampir 5 tahun mereka bersama dan berkawan sejak zaman mereka di universiti lagi.
Agh! Tapi Aerin tak faham! Aerin ingat Jeon Jungkook nak ikut sangat cakap ibu dia tu?
Kalau tak disebabkan satu perkara yang sudah lama lelaki itu sorokkan dari pengetahuan Aerin, nak tengok muka ibu dia pun dia tak ingin!
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.