Amerika Syarikat,
28 Februari 2031Kelihatan sekumpulan saintis begitu tekun mengkaji satu creature yang diberi nama SUBJECT 45. SUBJECT 45 adalah satu makhluk yang dicipta bagi mengkaji bagaimanakah kehidupan seseorang jika dia tidak mempunyai pancaindera penglihatan tetapi diberi kelebihan mempunyai pendengaran yang tajam, ia juga dicipta sebagai suatu alat yang akan digunakan dalam peperangan.
''SUBJECT 45 need to be stored in medium temperature room. The main purpose is to observe how fast SUBJECT 45 will grow day by day. And please do not touch SUBJECT 45 with bare hand as we do not want any problem happen to SUBJECT 45 and to us.'' Ketua saintis, Profesor Mark de Convice disitu memberi penerangan dan larangan dengan lantang sekali.
Semua saintis disitu mengangguk faham dan mereka semua beredar dari bilik kuarantin A-51. Pada malam itu, Profesor Marshall ditugaskan untuk memantau keadaan SUBJECT 45 dan dia dikehendaki untuk berada didalam bilik kuarantin tersebut.
''All things are in good condition and this thing need to keep in this way until SUBJECT 45 is ready to see the world.'' Profesor Marshall tersenyum sambil berjalan mengelilingi SUBJECT 45.
Bagi memastikan pertumbuhan SUBJECT 45 optimum, SUBJECT 45 tidak diletakkan didalam bekas kaca dan dibiarkan dalam keadaan terbuka. Setelah semuanya selesai diperiksa oleh Profesor Marshall, dia mengambil keputusan untuk melelapkan matanya dipenjuru bilik kuarantin itu.
Semasa Profesor Marshall sedang lena, tiba-tiba SUBJECT 45 berubah bentuk, ia secara tiba-tiba melakukan mitosis secara tidak terkawal dan sel-selnya bermutasi. Keadaan menjadi hingar-bingar, lampu-lampu berkelipan. Ekoran pada kejadian itu, Profesor Marshall terjaga. Dia sungguh terkejut dengan keadaan itu.
''Help! Marshall to main room! Marshall to main room! SUBJECT 45 is not in it usual state, I think it is having uncontrolled mitosis and changing its shape. Red code! I'll touch it and try to stop the mitosis.'' Lapor Profesor Marshall dengan panik. Aliran adrenalina dalam tubuhnya begitu pantas bagai tidak dapat dikawal oleh hipotalamus lagi.
Bagi menangani masalah yang berlaku, maklumat yang dibawa oleh neuron aferen ke otak berlaku dengan lebih efektif, Profesor Marshall, tanpa menghiraukan amaran Profesor Mark sebentar tadi terus memegang SUBJECT 45. Kini SUBJECT 45 semakin menjadi diluar kawalan kerana haba yang dipindahkan dari Profesor Marshall ke SUBJECT 45.
Tanpa mengambil masa yang lama, maka terbentuklah satu makhluk yang telah bermutasi dan membentuk mutan yang tidak mempunyai mata dan mempunyai banyak ruang-ruang pendengaran. Terkejut, Profesor Marshall menjerit dan cuba untuk lari. Malang sememangnya tidak berbau, makhluk yang terbentuk itu telah membunuhnya. Akibat mutasi yang berlaku, makhluk tersebut mempunyai pendengaran yang sungguh tajam sehingga pintu yang terbuka dapat didengarinya sejauh satu batu.
Kebolehannya untuk bergerak juga sungguh laju. Makhluk itu tidak dapat dikalahkan dan ia tetap bermitosis sehingga dapat membentuk spesis yang sama sepertinya. Kini, saintis yang bekerja disitu telah dihapuskan oleh SUBJECT 45.
SUBJECT 45 telah berjaya meneroka ke dunia luar dan aktif mencari mangsanya. Pelbagai liputan telah dibuat bagi memberi amaran kepada semua manusia akan kewujudan makhluk pembunuh ini. Ciri-ciri SUBJECT 45 telah dikenalpasti dan makhluk bumi dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang bunyi kerana ia akan memburu anda dengan kepantasannya yang tak terjangkau di akal fikiran manusia. Para askar dari setiap negara telah dipersediakan bagi menghadapi makhluk pembunuh dikenali sebagai SUBJECT 45.
YOU ARE READING
A Quiet Place│A Ferdoll Series
Mystery / Thriller↺Kerana suatu kejadian yang tidak disangka telah berlaku didalam makmal sebuah pusat kajian diluar negara, kini seluruh penduduk bumi perlu menghentikan penggunaan suara mereka. Keep your mouth closed and you are safe ! DECEMBER 2018│FERDOLL SQUAD ...