The Bridge

20 6 0
                                    


Cast:
Y

oo Ha Na as reader
Park Jimin Bts as Jimin

*****

Ha Na melihat permandangan Sungai Han.Cantik sungguh ciptaan Tuhan itu walaupun sekarang waktu malam.Namun itu sudah tidak bermakna lagi.Dia sudah nekad untuk melakukannya

*****

[Flashback]

Hana mengeluh.Mendengar pertengkaran ibu bapanya membuat dirinya gila.Laungan demi laungan kedengaran.Dia memutuskan untuk keluar dari rumah itu.Dia mengambil basikalnya lalu mula meninggalkan kawasan rumahnya itu.

Dia mengkayuh sehingga berhenti di jambatan sungai han.Dia melihat permukaan laut yang tenang membuatkan dia merasa turut tenang.

"Omma,appa,kenapa selalu bergaduh?Omma dengan appa tak fikir ke perasaan Ha Na?"katanya lalu mula mengalirkan air matanya

Namun,ada satu tangan mengusap air matanya itu.Ha Na memalingkan muka ke arah orang yang mengusap air matanya itu.

"Awak siapa?"tanya Ha Na cuba mengamati muka jejaka itu.Setahunya,dia tidak mengenali jejaka itu

Namun,jejaka itu tidak membalas pertanyaannya.Dibiarkan sepi soalan itu.

"Saya benci lihat orang menangis.Cuba awak senyum sikit"kata jejaka itu

Ha Na mendiamkan dirinya.Setelah memastikan dirinya betul-betul ok,dia memalingkan muka ke arah jejaka itu lalu tersenyum

"You look so good when you smile.Saya Park Jimin,awak?"kata Jimin lalu menghulurkan tangannya

"Yoo Ha Na"kata Ha Na lalu menyambut huluran Jimin itu

"Kenapa sedih ni?Ada masalah eh.Boleh tak awak cerita apa masalah awak?"kata Jimin sambil melihat Ha Na

"Kenapa saya patut ceritakan masalah saya kat orang yang baru saya kenal?"

"Supaya beban yang awak pikul tu ringan sikit.Ceritala,mana tahu beban awak akan berkurang sikit kalau awak cerita kat saya ni"kata jejaka itu lagi

Ha Na mengambil nafas lalu berkata

"Sebenarnya,saya ada masalah keluarga.Omma dan appa sering bergaduh tanpa saya ketahui sebabnya"katanya

"Dah berapa lama mereka bergaduh?"soal Jimin yang tampaknya mula berminat dengan cerita Ha Na

"Sejak 2 minggu kebelakangan ni"

Jimin hanya mengangguk.Dia melihat jam di tangannya yang menunjukkan pukul 6 petang.

"Ha Na-shi,dah nak malam ni.Marila saya temankan awak pulang"ajak Jimin

"Tapi,basikal saya?"soal Ha Na

"Sebenarnya,saya datang sini dengan berjalan kaki.Jadi,kita balikla berjalan or awak nak saya gendong awak naik basikal tu?"

Ha Na menggeleng.Dia mengambil basikalnya lalu berjalan pulang dengan Jimin.

*****

Hampir setiap hari,mereka akan bertemu di jambatan itu.Mereka sering berkongsi kisah mereka untuk dibualkan.

Semakin hari,Ha Na semakin rapat dengan Jimin.Tak dinafikan bahawa jejaka itu seorang yang baik dan peramah.Tanpa Ha Na sedari,dia jatuh cinta kepada jejaka yang tua 2 tahun darinya itu

"Ha Na-ah,takkanla dia pun suka kat kau?Mustahil Ha Na,mustahil.Baik kau jangan berharap sangat"bisiknya sambil melihat permandangan sungai Han.Seketika nanti,matahari akan terbenam.Dia mahu melihatnya sebelum pulang ke rumah

Tiba-tiba,matanya ditutup oleh sepasang tangan.

"Jimin-ah"tekanya

"Ala,baru nak buat kejutan"kata Jimin monyok

"Tak perlulah nak buat kejutan bagai.Hanya awak jer kawan saya"

"Tapi memang saya nak bagi awak kejutan pun"kata Jimin lalu melutut

"Yoo Ha Na,izinkan saya untuk menjadi kekasih awak dan membuat awak bahagia"

Ha Na tergamam.Menyedari bahawa ada mata yang memandang,cepat-cepat dia mengangguk.Jimin bangun lalu mencium dahinya

"Thanks Ha Na sebab terima oppa"kata Jimin lalu memeluk Ha Na dari belakang

Ha Na hanya tersenyum.Dia melihat matahari terbenam.Sama seperti impiannya,dia mahu orang melamarnya ketika matahari terbenam dan Jimin merealisasikan cita-citanya itu.

Kini,sudah lima bulan mereka berpasangan.Jambatan sungai Han itulah yang nenjadi lokasi dating mereka.Bagi mereka,tempat itu merupakan tempat yang indah untuk mereka kerana di situlah mereka berkenalan

Satu hari,Ha Na menuju ke arah jambatan itu.Namun,beg tangannya tiba-tiba diragut apabila dia tiba.Jimin yang berada berdekatan cuba mengejar peragut itu namun

Pang!!

Jimin rebah.Peragut itu segera melarikan diri.Ha Na terus menuju ke arah Jimin yang terbaring itu

"Oppa,please bertahan"kata Ha Na sambil melihat ke arah luka tembakan di dada Jimin itu

Jimin tidak membalas namun dia tetap tersenyum.

Jimin dibawa ke hospital.Ha Na menunggu di luar.Dia berdoa supaya Jimin selamat.Pintu bilik pembedahan dibuka.Ha Na terus pergi ke arah doktor itu

"Doktor,macam mana keadaan oppa sekarang?Dia ok kan"tanya Ha Na

Doktor itu tidak membalas.Ha Na memahami riak muka doktor itu lalu menempuh masuk ke arah bikik pembedahan.Dilihatnya wajah Jimin yng tenang itu

"Oppa,kenapa oppa harus pergi?Kenapa oppa?Oppa tahukan yang Ha Na tak boleh hidup tanpa oppa tapi kenapa oppa yang pergi dulu"air matanya mula mengalir

Dia mengesat air matanya.Dia teringat yang Jimin tidak suka orang menangis.Dia memandang seketika wajah Jimin lalu tersenyum

"Oppa,kejap lagi,Ha Na jumpa oppa ye.Oppa tunggu Ha Na ye.Ha Na nak datang jumpa oppa ni"katanya

Dia berlari ke arah jambatan sungai Han

[End Flashback]

Ha Na merenung sungai itu.Di sinilah dia berjumpa,bercinta,berdating dengan Jimin.Namun di sini jugala yang yang menjadi lokasi kematian insan yang disayanginya itu.Dia melihat jam tangannya buat kali terakhir.Dia sudah nekad untuk membunuh diri

Jam 12 malam,dia terjun dari jambatan itu bersama hatinya yang lara.

-The end-

[SU] oneshot collection [Kpop edition]Where stories live. Discover now