2 Bulan Berlalu... (Malaysia)
-Airport (Kota Bharu)-
"Assalamualaikum, Mak Kiah. Mak Kiah dan Pak Mat berada di mana? Ariana dah tunggu luar airport nih..."
"Waalaikumussalam, Ariana. Kami dah nak sampai ke sana. Ariana tunggu sekejap yer..."
Mesti korang tertanya-tanya, macam mana Ariana boleh kenal Mak Kiah dengan Pak Mat Kan? Okay... Begini ceritanya......
Semasa Ariana berumur 14 tahun, enam tahun selepas ayah Ariana tidak kembali ke LA. Ibu Ariana memutuskan untuk menelefon Mak Kiah dan Pak Mat menerusi Video Call. Setiap Kali mereka bervideo call, Ariana mesti berada di samping ibunya.
Tetapi di saat Ibu Ariana pergi meninggalkannya Ariana jarang menelefon mereka. Mak Kiah dan Pak Mat sudah diberitahu tentang pemergian Puan Laila iaitu Ibu kepada Ariana dan juga anak angkat yang diambil oleh mereka.
Walaupun Ariana jarang menelefon mereka tetapi mereka selalu memberinya kata-kata semangat untuk menerusi hidupnya yang sedang berada di negara asing itu.
Sebelum Ibu Ariana meninggal, Ibunya telah bekerja keras dan menyimpan sedikit wang untuknya dan Ariana pulang ke Malaysia. Tetapi sebelum saat itu tiba, Ibunya telah pergi meninggalkannya.
Mak Kiah dan Pak Mat berasa teruja di saat mengetahui bahawa Ariana akan pulang ke kampung halamannya yang sudah Ariana meninggalkan tempat itu dan pergi ke luar negara bersama kedua Ibu Bapanya.
-------------------------------------------------
Sedang Ariana termenung di luar Airport itu, dia dikejutkan dengan laungan di sebelah kanannya.
"Assalamualaikum, Ariana. Maaflah ye, tadi kami tersekat dengan kesesakkan lalu lintas. Ada kemalangan tadi."
Mak Kiah datang ke arah ku dan langsung memelukku.
"Waalaikumussalam, Mak Kiah. Tidak mengapalah Mak Kiah. Wahhh!! Dah lama Ari nak berjumpa dengan Mak Kiah... Akhirnya berjumpa juga."
Ariana mengetatkan lagi pelukkannya dengan Mak Kiah.
"Tulah... Asyik tengok muka Dalam Fon jer... Mak Kiah pun dah lama sangat nak jumpa dengan cucu Mak Kiah nih. Lawa sungguh cucu Mak Kiah sorang nih."
Mak Kiah pun melepaskan pelukkannya dan menilik muka Ariana itu.
"Mestilah lawo... Cucu Mak Kiah jugak... Hehehe..." Balas Ariana.
"Ehem... Ehem... Lama lagi ker nak tercegat depan airport nih?" Tiba-tiba sampuk satu suara di samping Mak Kiah .
"Ah... Maaflah Pak Mat. Umm... Pak Mat apa khabar?" Ariana segera menhulurkan tangannya untuk menyalami Pak Mat .
Walaupun Ariana berada di negara orang tetapi dia masih tahu cara adab menghormati orang yang lebih tua darinya.
"Alhamdulillah, sihat ajer nih. Mak Kiah kamu ni ha... Excited semacam biler dapat tahu cucu dia nak balik kampung." Pak Mat mula berbicara.
"Ala... Awak nih. Siapa jer tak teruja bila cucu yang dah lama menetap di negara orang akhirnya balik ke tanah air sendiri. Ehh... Ehhh... Dah la... Jom balik, mesti Ari penatkan dari Los Angeles. Jomlah rehat di rumah Mak Kiah .Abang tolong angkat beg Ari yea."
"Eh... Eh... Takpe Mak Kiah. Ari boleh angkat sendiri." Ariana menolak perlawaan Pak Mat untuk mengangkat begnya.
"Tidak mengapalah Ariana. Pak Mat Kan lelaki. Mesti kena angkat benda yang berat-berat. Nanti boleh lah Pak Mat sado macam lelaki-lelaki kat luar negara sana tuh." Pak Mat mula bercanda bersama Ariana.
"Hahahaha... Aduhai Pak Mat nih." Akhirnya Ariana mengalah dan memberi begnya kepada Pak Mat.
Mereka pun pergi meninggalkan kawasan airport tersebut dengan menaiki kereta Honda City milik Pak Mat.
----------------------------------------
Manakala Di KLIA...
Seorang lelaki berkaca mata hitam melangkah keluar di gate keluar KLIA. Lelaki tersebut pergi ke arah sebuah kereta sport yang di parkir di hadapan gate keluar KLIA.
Lelaki itu lalu meletakkan bagasinya di dalam hood kereta nya Dan terus menghidupkan enjin keretanya itu...
Kereta Buggati Divo itu langsung menyusur keluar Dari kawasan KLIA.
BERSAMBUNG...
Ini sahaja untuk masa ini... Ada masa nanti author akan update lagi... Soo... Jumpa lagi... Byeeeee😊
YOU ARE READING
Searching For You
RomanceKenapa ayah meninggalkan Ariana dan juga ibu? Apa salah kami? Mampukah Ariana berjumpa kembali dan meneruskan hidup bersama ayah? - Nur Ariana Zalea Sophea -