Keesokkan Paginya...(Rumah Pak Mat)
Ariana yang sudah selesai menunaikan solat Subuh mula mengorak langkahnya ke arah dapur. Di dapur, jelas terlihat Mak Kiah yang sedang membuat sarapan pagi untuknya dan Pak Mat.
"Wahhhh! Sedapnya bau, Mak Kiah. Mak Kiah masak apa ni? Dari dalam bilik Ari dah bau... Hehehehe." Ariana membuka bicara.
"Masak nasi goreng ajer Ari. Ari duduklah dulu dengan Pak Mat kat meja makan tuh." Mak Kiah yang sedang sibuk memasak itu memandang sekilas ke arah meja makan.
"Marilah Ari, duduk ngan Pak Mat . Boleh berbual-bual dulu sebelum menunggu Mak Cik Kiah kamu tuh hidangkan makanan, kan?" Pak Mat yang berada di meja makan itu mengajak Ariana untuk duduk berbual dengannya.
"Yelah, Pak Mat." Balas Ariana, langsung melabuhkan punggungnya di atas kerusi berhadapan dengan Pak Mat.
"Nih Ari, Pak Mat nak tanya Ari sikit boleh?" Tanya Pak Mat.
"Boleh Pak Mat... Tanya banyak pun boleh Pak Mat. Apedia Pak Mat, tanyalah." Balas Ariana
"Mmmm... Macam nih Ari , lepas ajer arwah ibu kamu meninggal. Ari buat apa kat LA sana tuh?"
"Aaaaa... Selepas arwah ibu Ari meninggal dunia. Ari mula bekerja dekat satu kafe nih Pak Mat. Dari situlah, Ari mula belajar dan ambil sebagai pengalaman dalam bidang kulinari dan masakkan." Ari mula membuka kisahnya sepanjang dia berada di negara asing itu.......
"Jadi , Ari ingat nak buka sebuah kafe suatu hari nanti. Boleh tak Pak Mat, Mak Kiah?"
"Okay juga tuh, kan bang? Lagipun, si Ari nih ada pengalaman." Mak Kiah mula menghidangkan nasi goreng di hadapan mereka berdua.
"Mmm... Tapikan Ari, macam mana Ari nak buka kafe. Ari mesti cari kedai sewa, lepastu kena ada duit pendahuluan." Bidas Pak Mat.
"Alaaaa... Abang nih. Mudah jer tuh. Ari boleh bekerja dekat gerai kita. Ari boleh jadi pelayan kan?" Tanya Mak Kiah kepada Ariana.
"Haah lah , Mak Kiah... Boleh juga tuh." Ariana mula berasa teruja dan hanya bersetuju dengan cadangan Mak Kiah.
"Mmmm... Baiklah." Jawab Pak Mat. Lalu, mereka bertiga mula menjamu selera.
"Mmmm... Ariana?" Panggil Pak Mat.
"Yea Pak Mat, ada apa?" Soal Ariana kepada Pak Mat.
"Ari ada bawa tak surat beranak Ari? Sebab tak silap Pak Mat surat beranak Ari dah lama kena update. Sebab Ari pun dah dewasa sekarang." Tanya Pak Mat
"Ada kott Pak Mat... Tak pe, nanti Ari check.."
"Aaaa yelah.... Kalau tak der pun tak apa... Nanti kita pergi ker Jabatan Pendaftaran Negara kat Kota Bharu yer Ari?"
"Yelah Pak Mat"
/----------------------------------------/
Di Pavillion, Kuala Lumpur...
"Assalamualaikum, Bro. Wah!!! Lama tul tak jumpa kau." Sapa seorang jejaka yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam kafe Starbucks itu.
"Waalaikumussalam, Bro. Biasalah, bro, aku baru jer graduate kat UK sana... Balik-balik jer kena kerja kat office ayahanda aku tuh.."
" Wahhh... Sibuk betulll kawan aku sorang nih... Haah kan. Pejam celik- pejam celik dah tiga tahun dah kau sambung belajar master kan... Bertuah aku ada kawan macam kau nih Mika. Dah la handsome, bijak pulak tuh dan lagi satu yang paling penting dan tak boleh ditandingi ialah kau tuh anak orang kaya yang berpangkat Tengku pulak tuh... Memang full package... Bangga nyerlah aku... Haihh."
"Hahahaha... Apa kurang nya kau dari aku hah? Tapikan sebelum aku ambil alih tugas ayahanda aku tu... Aku ingat nak rest dulu... Yelah... Penat aku nih pun tak habis lagi... Nanti, maybe dalam seminggu ker dua minggu macam tuh baru aku take care company ayahanda aku tuh..." Balas Mika.
"Ohhhhh... Macam tuh."
"K... Dah puas citer pasal aku... Sekarang kau punya turn pulak Kal.
Nih, masa aku balik Malaysia, aku ada dengar kau dah bertunang... Betul ker Kal? Seriouslah?" Tanya Mika.
"Haah Bro. Sorry sangat-sangat bro, sebab tak bagitau kau... Aku ingat kau still study lagi... Tup-tup dah graduate. Aku sebenarnya nak bagitau kau bila kau dah balik Malaysia... Lepastu aku dapat call yang kau dah balik Malaysia... Memang aku terkejut giler dan tak expect kau dah balik sini.." Kata Haikal
"Auhhh... Gitu. So? Bila nikahnyer?" Tanya Mika
"Nikah mungkin dalam lagi 3 bulan... Aku mintalah kat kau. Tolong lah doakan kawan kau ni supaya semuanya berjalan dengan lancar."Pinta Haikal.
"Aminn... Doa² juga. Kau tuh jangan main kayu tiga pulak... Okay lah bro, aku kena pergi nih, kena ambil bonda aku kat salon... K bro, see u later."
Lalu Mikael melangkah keluar dari kafe tersebut dan terus beredar dari kawasan mall yang sesak ituuu...
Bersambunggg......
Please Vote And Share
Thanks☺️
YOU ARE READING
Searching For You
RomanceKenapa ayah meninggalkan Ariana dan juga ibu? Apa salah kami? Mampukah Ariana berjumpa kembali dan meneruskan hidup bersama ayah? - Nur Ariana Zalea Sophea -