BAB 1

17 2 0
                                    

Muka aku menunjukkan riak muka yang muram sambil berjalan menuju ka rumah. Semua orang memberikan aku pandangan yang pelik sebaik sahaja melihat muka aku. Huh! Tak pernah tengok Dayang Senandung ke? Tengok aku macam aku ni gila pulak.

Tapi dalam hati aku tahu kenapa semua tengok aku. Sekarang ni muka aku hitam melegam macam langit malam tanpa bulan. Rambut aku yang  light brown kusut macam diserang binatang yang bernama monyet. Kenapa? Kerana eskperimen yang aku jalankan di Trixie High school for witches iaitu sekolah yang aku hadiri.

FLASHBACK

"Okey semua, dari tadi cikgu suruh kamu buat sendiri tapi sekarang cikgu nak kamu berhenti dan dengar. Cecair ni masukkan setitis sahaja....." Apa yang Cikgu Audrey cakap aku endahkan. Aku tak suka campurkan bahan-bahan untuk jampi. Tak ada sebab tertentu. Aku cuma Tak.Suka.Lansung.

Subjek ni cuma Kimia bertopengkan 'Spell And Potion'. I feel korang yang tak suka kimia. Apa-apa pun, hujah Cikgu Audrey sudah tamat dan rakan sekelas aku menyambung semula kerja mereka. Kacang je..setitis cecair ni dan jampi aku siap. Confirm dapat A.

Aku picit penitis yang mengandungi cecair itu perlahan-lahan. "Plik...plik" oops...terlebih dari setitis pula. Tak apa lah..sikit je. Nothing will happen kan?

Aku mengalihkan pandangan ke rakan sekelas yang lain. Udara di sekeliling terasa seakan tebal dengan setiap orang menitiskan cecair dengan berhati-hati. Aku mengembalikan pandangan ke kelalang kon aku.

Whoa.. Kenapa benda ni berbuih. What the—

BOOM

Cikgu Audrey memberikan aku pandangan yang tajam manakala rakan sekelas aku ketawa.

END FLASHBACK

Sebelum melangkah masuk ke dalam rumah, aku perasan keadaan di luar agak senyap. Ya, semua orang buat kerja macam biasa tapi...tak bising sangat macam selalu. Oh! Aku tahu kenapa. Mesti sebab Elders dan Supreme sedang bermesyuarat.

Elders..mereka tak suka bunyi bising jadi penduduk puak dah tahu untuk memastikan diri mereka senyap. Elders golongan yang paling dihormati juga digeruni. Kesimpulannya, kalau nak cari masalah jangan cari dengan Elders.

"Hai Ayah" aku mencium pipi ayah aku sebagai sapaan. Aku seorang anak tunggal tapi aku tak lah terlampau manja. Ibu aku seorang Supreme jadi aku tahu dia tiada di rumah. "Hello Kae" Ayah memberikan senyuman dengan cubaannya untuk menyembunyikan ketawa apabila melihat aku. Aku hanya mengembalikan senyuman itu dan terus naik ke bilik aku.

Aku bosan! Tiada lansung bahan yang boleh entertain aku. Tiada adik mahupun abang atau kakak untuk aku usik. Dengan itu, aku ambil keputusan untuk keluar ambil angin walaupun matahari akan terbenam beberapa jam lagi.

Uniform sekolah yang berwarna ungu digantikan dengan dengan seluar track hitam dan sweatshirt kuning bercorak bunga biru. Mengalihkan muka ke cermin, aku perasan kesan hitam sudah hampir hilang. Dengan itu, aku mengambil berus rambut untuk menguraikan rambut aku yang kusut.

Aku tak rasa nak jadi normal jadi aku keluar melalui tingkap. Aku pasti ayah aku tahu dengan deria pendengarannya yang tajam sebagai seorang Beta.

Aku terus berlari apabila kaki aku mencecah tanah. Angin hutan yang sejuk membuatkan aku segar. Destinasi aku, tasik yang aku jumpa semasa aku merayau. Aku tak pernah nampak orang lain selain aku di sini. Matahari hampir terbenam apabila aku tiba, menunjukkan warna jingga, merah dan kuning yang menawan mewarnai langit.

Aku duduk sambil menikmati matahari terbenam dan kegelapan yang menyelebungi aku seperti selimut.

~•~•~•~•~•~•~•
Alright, Bab 1 dah selesai.

Bab ni lebih kepada filler chapter dengan sedikit maklumat. So far, tak ada writer's block. Yay!

Love,

Syaz

Jampi Yang BaharuWhere stories live. Discover now