BAB 2

14 1 1
                                    

Kaki aku melangkah laju ingin segera ke rumah. Hati aku rasa tak sedap dan bila aku rasa macam tu sesuatu yang aku tak suka selalunya berlaku. Tak semestinya bencana, berita yang aku anggap buruk pun ada dalam kategori  perkara yang aku tak suka.

Jangkaan aku mungkin tepat. Sari jauh aku dapat lihat lampu ruang tamu masih terpasang. Tanpa berfikir panjang aku memulas tombol pintu.

Wajah ibubapa aku terus memasuki pandangan. Pandangan yang mereka berikan aku kenal sangat. We–need–to–talk–look.

Aku melabuhkan punggung di atas sofa di hadapan mereka. "Okey...kami perlu beritahu kamu sesuatu." Ibu aku memulakan sambil memandang lelaki di sebelahnya.

"Mikaela, kamu akan jadi wakil untuk mencari bahan bagi jampi baharu puak kita."

"Oh, Kae kan dah pernah cari bahan untuk jampi. Kae mesti boleh buat." Balas aku. Setiap tahun paling kurang satu jampi baharu akan dihasilkan. Setakat ni, semua jampi membawa kebaikan.

"Kae, kamu perlu cari darah naga." Saat kata-kata tersebut keluar aku terpegun. Aku rasa macam disimbah setimba ais. Seram sejuk. Aku tak pernah cari bahan yang merupakan makhluk magis. Cuma herba atau apa-apa yang tidak mempunyai jantung..

Aku tahu alu tak mampu menolak. Ini bukan tawaran, tapi arahan dari Elders. "Okey, Kae akan buat. Bila Kae boleh mula cari?"

"Minggu depan"

                           ★°•°★°•°★

Hari kedua setelah berita yang tak disenangi diterima. Hidung aku bagai tertanam dalam buku. Masa aku dihabiskan di pusat sumber, cuba mencari maklumat sebanyak mungkin.

Tiada maklumat penting yang aku jumpa selain sistem hierarki. Kebanyakan buku menceritakan sejarah naga. Tolonglah, sejarah kaum sendiri pun tak hafal apatah lagi kaum lain?

Aku putuskan untuk berlatih kemahiran pula. Nak survive tu senang bila kau witch. Boleh summon anything, anytime. Kuali, pinggan, mangkuk dan lain lain.

Aku jarang sangat berlatih sebab misi aku yang paling lama 2 hari 1 malam. Misi mencari naga mesti akan memakan masa. Dalam banyak-banyak benda yang aku panggil, aku tak boleh panggil makanan yang dah masak like apakah?

Latihan telah berikan aku sedikit keyakinan. Mencari dan mengambil darah naga tentu susah jadi aku perlu kekal hidup.

Aku masih pelik kenapa Elders dan Supreme pilih aku. Adakah sebab aku Hybrid? Ya, aku masih lagi Vixx tapi aku ada darah serigala jadian. Basically, aku boleh lari lebih jauh dan pantas dari Vixx lain.

Hari berlalu dan tiba waktu untuk aku menjalankan misi. (Time skip cause Author too lazy nak fill in apa Mikaela buat the whole week.)

Aku hanya membawa sebuah beg galas yang mengandungi pakaian ganti dan beberapa botol air.

Aku peluk dan cium ayah aku sebelum memulakan perjalanan. Aku baru sahaja nak peluk ibu aku tetapi suasana dirosakkan oleh dua orang Elders yang hadir.

"Mikaela Morales." Salah seorang memulakan. "Terdapat perubahan dalm rancangan. Kami nak kamu bawa naga tu ke sini. Hidup"

Apakah? Nak cari naga dah cukup susah apatah lagi nak bawa naga tu balik.

What have you gotten yourself into?

~•~•~•~•~•~•~•~•~

Hai! Author tahu dia update lambat tapi ada dalam amaran ok. And Author honestly tak tahu kenapa Author update in this ungodly hour.

Author akan cuba untuk update cepat sikit. No promises.

Hope whoever yang baca ni enjoy Author punya trash like story. Anyway, paling lama Author tak update maybe..14 hari?

Anyway, enjoy cuti yang dah tak lama tu!

Love,

Syaz



Jampi Yang BaharuWhere stories live. Discover now