[Lutfie's P.O.V]
"Kau ingat ni anime ke, ada plot twist gitu," seloroh Rufus.
"Aku serius la bodoh. Selalunya member aku kalau nak curi something, dia takkan ada jejak. Tapi kali ni ada macam ada sesuatu buat dia mengamuk."
"Kena rasuk kot?" Boleh pula Si Zefry bergurau.
Aku hanya bisu memandang Kaneki. Aku tahu yang Kaneki serius sebab Kaneki takkan cakap banyak kalau bukan benda penting.
Kaneki mula mengemas barangnya lalu memakai jaket dan mask.
"Kau nak pergi mana?" tanya Rufus.
"Nak jumpa member aku. Aku rasa dia ada masalah."
"Sekejap, macam mana kau boleh kenal dia?" tanya aku, menghalang Kaneki melangkah pergi. Muka Kaneki berubah suram lalu memandang lantai.
"Mungkin kitorang pun boleh tolong dia juga," tiba-tiba je Rufus jadi baik.
"Aku kenal dia sejak sekolah rendah lagi. Dia memang nakal, selalu sangat ponteng kelas walaupun cikgu marah and rotan dia banyak kali. Dia tinggal dengan mak je, ayah dia pula aku pernah tanya dia tapi dia tak nak cerita. Ada satu hari tu, dia terdesak nak duit jadi dia ada curi duit pibg classmate perempuan ni tapi kantoi nampak member perempuan tu. Kecoh la satu sekolah, muka dia cop kaki curi, miskin, anak setan and macam-macam lagilah. Banyak kali aku ada tanya dia, kau ada masalah ke? Sampai dia tumbuk akulah sebab dia menyampah gila dengar soalan sama je dari aku. But in the end dia buka mulut, dia tak kenal ayah dia sebab dia anak luar nikah. Korang faham fahamlah. Lepas tu mak dia macam orang mental, hampir setiap hari mak dia kata 'anak anjing. Kalau bukan sebab kau, dia takkan tinggalkan aku and aku boleh jadi kaya. Banyak kali aku berdoa supaya kau cepat mampus.'"
Kaneki melangkah ke dapur untuk mengambil sesuatu. Biasalah, kalau aku pun haus juga.
Krum. Krum.
"Bodoh," sebut Rufus perlahan melihat perbuatan Kaneki.
"Kenapalah orang dalam rumah ni semua bodoh nak harom?" Mengeleng-geleng Zefry melihat Kaneki mengambil popcorn, bukannya air.
"Aku lapar," jawab Kaneki spontan.
"Iya apa-apa jelah. Cepat sambung cerita kau!"
"Lepas tu 3."
Mereka mula serabut terutamanya aku apabila Kaneki mula buat lawak bodoh. Habislah Kaneki kena jangkit dengan mamat korea ni. Kalau satu rumah ni jadi bodoh, campaklah kitorang dekat zoo. Confirm pekerja zoo takkan perasan kitorang ni manusia.
Nanti nak cari kitorang dekat zoo, carilah papan nama 'manusia beruk'.
Haih author ni, dah lari dari tajuk pula dah.
"Lepas tu mak dia mati," sambung Kaneki lagi.
"Kemalangan ke?" teka Zefry.
"Tak...kena bunuh dengan anak sendiri."
Tak bergerak masing-masing mendengar ayat terakhir Kaneki. 'Kena bunuh dengan anak sendiri.' Kalau iya pun benci orang tu, tak perlulah sampai bunuh bagai. Ingat ni game among us ke, ceh tiber.
"Tapi lepas kes tu, dia terus hilang entah kemana. No one knows where she go."
"She? Perempuan ke siut?"
Kaneki terdiam seketika. Yang lain dah memekak, pergi goncangnya Keneki kuat kuat memaksa dia beritahu nama perempuan tu.
"As..."
"Tak dengarlah anjing! Cuba menyalak kuat sikit!" Habis kena label anjing dari Rufus.
"Asha Evelyn la babi!"
☯
YOU ARE READING
Love You Belangkas
Teen FictionMencuri sebanyak 2 juta hanyalah benda yang biasa dalam hidupnya. Tapi selepas rakan sepasukannya tikam dari belakang, dia terpaksa mencari orang lain yang pakar dalam IT. . Kaneki Lau, budak 16 tahun mengajak tiga rakannya yang lain membantu si pen...