[Asha's P.O.V]
Semua pelajar tidak tahu membuat reaksi apa. Selang beberapa saat, kelas dibisingi dengan bisikan sesama kawan.
"Dia khunsa ke?"
"Muka dia dah terang-terang perempuan."
"Cantik bai minah ini."
"Jangan cakap dia. . .transgender?"
"Kau berani tackle dia?"
Ini yang aku tak suka kalau tanggalkan mask. Mulalah manusia judge perkara negatif. Memang betul pun atittude aku ni teruk tapi aku tak boleh kawal. Perangai aku memang dah lasak sejak dari kecil.
Korang berani ke nak ubah perangai aku yang pernah belasah 17 orang sampai koma ni?
Ada berani?
"Okay semua senyap! Asha, kau boleh duduk. Baiklah buka buku hijau semalam. Cikgu nak tengok siapa yang tak siap lagi. Asha, kalau tak ada buku pergilah cari member yang nak share dengan kau. Ha Damia, mana buku hijau?!"
Punya kecoh masing-masing selak buku. Mengelabah pelajar bila cikgu nak tengok kerja rumah semalam tapi kau terlupa nak mati.
Aku dah jeling sana sini sesekali mendarat ke lelaki yang nak cari gaduh tadi.
Aish nak tak nak terpaksalah nak.
Aku menarik kerusi aku duduk disebelah dia. Nampak mukanya berkerut melihat aku memilihnya untuk kongsi buku hijau.
"Tak ada manusia lain ke kau nak kongsi buku?"
"Ouh nama kau Lutfie rupanya."
"Tak ada kerja ke tengok nama orang."
Lutfie dengan pantas menutup nametag nya dengan tangan kiri.
"Dah itu fungsi nametag. Ke nak aku panggil kau bahenol?"
"B_bi betul betina ni. Eh jap kau memang betina kan ke. . ."
Mata Lutfie memandang ke bawah. Aish jantan ni memang nak kena masuk hospital kejap lagi.
"Jangan nak menggatal sangat boleh tak? Aku perempuan cuma perangai lasak. Memang perangai lasak dan aku tak boleh dipisahkan sejak keluar dari perut betina tu lagi."
"Betina?"
"Maksud aku mak. Mak aku."
Lutfie hanya O kan saja mendengar cerita pendek aku.
Masa berlalu tersangatlah lambat. Selepas beberapa jam penat menghabiskan masa dengar orang tua mengajar di depan, loceng sekolah akhirnya berbunyi tanda rehat.
"Woi Ken, kau nak rehat dekat mana hari ni?"
Kaneki hanya memandang Lutfie lalu memandang aku.
"Kau nak rehat dekat mana?" tanya Kaneki kepada aku.
"Wait what?! Kau nak rehat dengan minah ni ke?"
Punya laju Kaneki mengangguk. Kemudian dia menarik aku ke kantin sekolah. Aku pula blur dengan perangai Kaneki yang pendiam.
Memang boleh nampaklah dia pendiam. Time belajar tadi pun tak habis-habis angguk geleng tunduk iya saya kiri kanan ikut saya.
Jap itu bukan lagu ke?
"Berani eh engkau tarik tangan aku ke kantin."
Kaneki tidak berkata sebaliknya tersenyum manis kepadaku. Dia punya senyum-uish bahaya betul kalau selalu melekat sebelah dia.
Boleh fall in love!
"Woi Ken, dekat sini!"
Kaneki menarik aku ke dua orang lelaki lalu segera membeli makanan. Dua lelaki itu pula terkebil-kebil melihat aku berdiri di situ.
"Okay aku tak faham. Lutfie, siapa dia ni?" tanya Rufus.
"Budak baru masuk tadi. Lepas tu tiba-tiba Si Ken tarik dia sampai sini."
"Apa pasal bai?! Ken kenal dia ke?"
"Yang kau tanya aku pasal. Tanyalah budak musang tu."
Aku tak tahu nak buat apa sekarang ni. Nak blah ke? Tapi kalau blah macam itu je takut Ken kecil hati pula.
Kejap!
Bila masa aku ambil kisah pasal hati orang ni?!
"Nah makanan."
Kaneki memberikan makanan kepada kawannya termasuk aku. Terima jelah, dapat free buat apa nak malu tolak-tolak.
"Jomlah makan dekat bumbung. Alang-alang itu boleh aku dapat tahu mamat ni," kata Zefry sambil menjeling aku di sebelah.
Baru nak gerak, iPhone aku bergetar di dalam poket seluar.
Cuma ada seorang je tahu nombor telefon aku.
"Kau orang pergi la dulu. Aku ada hal nak settlekan."

ANDA SEDANG MEMBACA
Love You Belangkas
Roman pour AdolescentsMencuri sebanyak 2 juta hanyalah benda yang biasa dalam hidupnya. Tapi selepas rakan sepasukannya tikam dari belakang, dia terpaksa mencari orang lain yang pakar dalam IT. . Kaneki Lau, budak 16 tahun mengajak tiga rakannya yang lain membantu si pen...