06

1.2K 123 12
                                    

Hari ini, aku bertegas juga untuk keluar walaupun omma marahkan aku.

" Omma, Jimin keluar sekejap je. " Aku mengambil tongkat tuna netra ku.

" Hati-hati Jimin. Balik sebelum pukul 6 tau, kalau tak omma pergi cari Jimin. "

Pesanan omma dibalas dengan senyuman aku supaya omma tidak risaukan aku.

" Omma jangan risau. Jimim keluar dulu, omma. "

Aku mula melangkah keluar dan angin petang menerpa ke arah aku. Aku berjalan ke arah taman di mana, tempat aku dan Ae Ra berjumpa buat kali pertama.

Mengingatkan kisah itu, senyuman aku terukir di bibir.

Dari jauh, aku dapat bau minyak wangi milik Ae Ra. Aku suka bau ini. Bau ini boleh membuatkan aku cam dia berada di hadapan ku.

" Jimin. "

Suara itu.

Tuhan, kenapa hati ku terasa sebak mendengar suara merdu itu?

" Ae Ra. Saya — "

" Jimin, boleh awak ikut saya ke suatu tempat? "

Ae Ra memotong percakapan aku. Aku terdiam.

" Boleh? " Tanya Ae Ra lagi.

Aku menggangguk kecil. Dan aku dapat rasa ada satu tangan melingkari di lengan ku. Aku memandang ke arah kanan ku.

" Biar saya pegang awak. " Kata Ae Ra dengan senyuman manis. Lama itu, senyuman itu mula pudar.

Kau senyum manis mana pun, dia takkan nampak.

" Kita nak pergi mana? "

Tanya ku apabila sudah memasuki kereta.

" Nanti dah sampai, saya bagitau. "

Kata Ae Ra dan aku dapat rasa kereta itu mula bergerak.

Aku dan dia hanya diam. Aku masih rasa bersalah kerana tidak berjumpa dengannya semalam.

Agak-agaknya, dia marahkan aku tak?

" Jom, Jimin. Kita dah sampai. "

Tersentak aku apabila pintu di tempat duduk ku terbuka.

Aku dan dia, mula berjalan bersama-sama. Dalam hati ku, masih tertanya-tanya, ke manakah gadis ini ingin membawa ku.

" Kita dah sampai. " Kata Ae Ra.

Hidung ku, dapat tangkap bau kopi. Kepala ku berpusing ke arah kiri, di mana Ae Ra berada.

" Kita dekat cafe ke? " Tanya aku.

" Ye. Jom, kita duduk. "

Tangan aku ditarik oleh tangan lembut Ae Ra.

Selepas selesai memesan minuman, suasana antara aku dan dia hanya diam.

" Jimin. "

" Ae Ra. "

Aku dapat dengar dia ketawa. Tuhan, merdunya suara dia.

" Awak cakap dulu. " Kata aku sambil menggosok belakang tengkuk ku.

" Tak apa, awak lah cakap dulu. " Kata Ae Ra dengan ketawa kecil.

" Okey. "

Aku menarik nafas dalam-dalam dan hembus.

" Ae Ra, saya minta maaf sebab tak datang semalam. "

Tunduk aku dengan kesal. Aku dapat dengar suara Ae Ra ketawa. Kenapa ketawa? Aku ada buat lawak ke?

" Tak apa. Lagipun saya tak pergi pun kat taman tu, semalam. "

Yelah tu, Ae Ra.

Kata-kata Ae Ra membuatkan aku mendongak kepala.

" Betul? " Tanya aku bagi mendapat kepastian.

" Betul. Saya sibuk semalam, sebab tu tak pergi. Nasib awak tak pergi juga, kalau tak mesti awak tunggu saya lama kan. "

Kenapa Ae Ra? Kenapa kau jadi macam ni? Ini bukan sikap kau. Kau kan tak suka tunggu orang, kenapa kau tipu dia? Kenapa tak marah dia?

" Oh, nasib lah. " Aku tersenyum manis. Ae Ra hanya diam.

" Ae Ra, saya nak balik lah, nanti omma saya cari saya pula. "

Kata ku apabila teringatkan kata-kata omma tadi.

Ae Ra menarik nafas dalam-dalam.

" Okey, kajja. " Aku dapat rasa tangan lembut Ae Ra memegang tangan ke dengan erat sekali. Macam —

Tak nak dilepaskan.




Tbc

Vote √

Comment √

[C] Blind + Pjm Where stories live. Discover now