08

1.1K 124 1
                                    

Aku duduk di atas katil menghadap balkoni bilik ku. Tempat kegemaran aku sejak aku jadi buta.

Kalau dulu, aku tidak ada masa untuk meluangkan masa, duduk di atas katil dan menghadap balkoni seperti ini. Ini kerana dulu, aku sentiasa keluar berjumpa dengan kawan ku.

Dan sekarang, aku dah buta, aku dah tak boleh pergi mana-mana lagi.

Aku tersenyum segaris.

Hari ini, sudah 3 hari aku tidak keluar dari rumah.

Sebab?

Sebabnya, aku tahu Ae Ra takkan datang lagi dekat taman itu mahupun cafe itu.

Aku mengeluh.

" Jimin, ada orang nak jumpa dengan Jimin. "

Omma mengetuk pintu bilik aku.

" Okey, omma. "

Walaupun aku tak tahu siapa yang datang itu,  aku tetap perlu berjumpa dengan dia.

Aku berjalan tanpa menggunakan tongkat. Ini kerana aku dah hafal seluruh isi di dalam rumah ini.

Aku berjalan ke arah ruang tamu, di mana tetamu ku berada.

Langkah ku terhenti.

Bau ini.

Aku mencari di mana punca bau itu berada.

Ye, bau ini ialah bau minyak wangi Choi Ae Ra.

" Ae Ra. Awak ke tu? "

Aku masih mencari-cari di mana Ae Ra berada. Tetapi tidak jumpa.

" Jimin? "

Aku memusingkan badan menghadap omma di belakang ku.

" Omma, mana orang yang nak jumpa Jimin tu? "

Tanya aku dengan suara yang terketar-ketar.

Sungguh, aku sangat-sangat rindukan gadis itu walaupun aku tidak pernah lihat wajahnya.

" Tadi dia ada dekat sini, mungkin dia dah balik. " Kata omma.

Aku berjalan ke arah omma. Tidak dipedulikan kaki ku yang sakit akibat terlanggar perabot di ruang tamu itu.

" Jimin. "

Omma memegang tangan aku.

" Omma, dia perempuan ke lelaki? "

Tanya aku dengan penuh harapan. Harapan yang orang itu ialah seorang perempuan. Dan kalau perempuan, sudah semestinya ianya Choi Ae Ra.

" Omma. "

Aku memanggil omma apabila omma hanya terdiam.

" Jimin sayang..... "

" Omma! Kenapa omma tak jawab? Jawablah! "

Aku sudah hilang kawalan. Aku terduduk di atas lantai.

Aku dapat rasa cecair mengalir di pipi ku. Aku tidak pedulikan omma yang memujuk ku.

Aku meraung di situ.

Kenapa? Kenapa Ae Ra balik tanpa berjumpa dengannya?

Adakah Ae Ra sudah membenci dirinya?




















Tbc

Vote √

Comment √

[C] Blind + Pjm Where stories live. Discover now