⓪⓪ •» ᴘʀᴏʟᴏɢᴜᴇ

688 69 35
                                    

◦•●◉✿◉●•◦

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

◦•●◉✿◉●•◦

Telefon pintar disimpan kembali ke dalam poket seluarnya. Matanya memandang liar persekitaran sekeliling sebelum membuka langkah.

Tap, tap, tap.

Langkah demi langkah, sengaja dia lajukan. Bunyi derapan tapak kaki sedang mengekori semakin kedengaran. Apabila langkah diberhentikan, bunyi itu tiada.

Bahkan, jika langkah disambung semula, bunyi langkah itu bertambah kuat. Seolah-olah seseorang berada di belakangnya. Pelik.

Saat kaki kanan melangkah ke hadapan, satu tangan milik seorang lelaki menekup mulut Erina dengan sehelai sapu tangan.

" Huff! Ermm ermmm ermmm "

Sebelum apa-apa perkara yang tidak diingini berlaku, Erina bertindak untuk menyiku perut lelaki itu dengan kuat .

" Argh, holy shit! "

Tubuh itu tersembam jatuh ke tanah. Mulutnya tidak henti menuturkan timbunan kata makian sambil mengerang kesakitan. Rasa sakit di bahagian perut itu amat perit sekali.

Gadis itu hanya menghiraukan suara galak yang mengisi keheningan pada malam itu. Dibiarkan lelaki itu mengerang kesakitan sendirian.

Langkahnya terus diatur tanpa arah tuju, langsung tidak peduli dengan setiap jalan yang dilaluinya.Sekejap belok kiri, sekejap belok ke kanan.

Malam yang semakin memekat, tidak menjadi penghalangnya untuk terus berlari walaupun penglihatannya pada malam itu terbatas.

Beg plastik yang dijinjing tadi pun sudah melayang entah kemana. Fokusnya hanya satu, melarikan diri dari lelaki itu.

Tapi apakan daya, malang tidak berbau. Kaki kanannya tersadung batu yang agak besar hingga menyebabkan keseluruh tubuhnya hilang keseimbangan lalu jatuh ke tanah.

Lebih parah lagi dia menemui jalan mati.

Sungguh dia tidak sangka, usahanya itu semua sia-sia, usaha yang diibaratkan menjaring angin. Tiada guna lagi jika dia mahu meloloskan diri dari cengkaman lelaki itu.

Menemui jalan mati, bukanlah apa yang dia harapkan.

" Hey, w-where did you wanna go, sweetie? "

Kini dia baru teringat akan sepucuk surat berupa pesanan yang disusuli dengan ayat amaran yang dikirim oleh seorang jejaka misteri.

Surat yang dia anggap remeh, ternyata benar.

◦•●◉✿◉●•◦

◦•●◉✿◉●•◦

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

➷➷➷➷➷

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

➷➷➷➷➷

Assalamualaikum and hi :), sorry for this late update :'( Aku busy sikit hmm, ni pun kejap je ni. Kalau story korang aku belum baca atau vomment, comment korang tak dibalas, tak layan korang dan tegur korang sorry tau huhuhu. Anyway enjoy this okay❤️.

[OG] Permata Hati Encik Mualaf  || JJKWhere stories live. Discover now