Permulaan Segalanya.
Senyum.
Tak semua orang mampu tersenyum.Contohnya bila kena reject dengan crush,lagilah payah nak ukir satu senyuman.
Tapi,perempuan yang duduk bersebelahan dengan aku ini relaks je tersenyum.
Sepanjang masa dia tersenyum,menampakkan lesung pipitnya yang dalam di pipi kanan.
Tapi,senyum dia macam tiada makna.Seolah-olah dia terpaksa.Membuatkan wajahnya nampak kosong.Kosong tanpa apa-apa perasaan.
Walaupun dah hampir tiga bulan dia berpindah ke sekolah ini,tapi dia tak pernah bercakap walau sepatah.
Walaupun hari ini sudah genap 60 hari,namun sekalipun dia tak pernah tegur aku.
Dia dan hidupnya.
Membuatkan aku si kacak dan sweet talker ini sering tertanya-tanya,apakah aku tidak cukup menawan hatinya?
Disebabkan hal tersebut, aku pada saat ini menongkat dagu menatap tepat sisi wajahnya yang sedang khusyuk mendengar penjelasan cikgu di hadapan.Memerhati dia sambil memikirkan apa kurangnya aku di mata dia sampaikan dia tak pernah tegur aku walaupun sekali.
"Zafyrull Syakir."
Sayup-sayup aku terdengar suara ada orang memanggilku tapi aku abaikan sahaja.Siapa pula nak perhatian aku semasa sesi pembelajaran sedang berlangsung,kan?"
"Zafyrull Syakir!"
Pap!
Meja aku diketuk kuat.Aku yang tadi ralit menatap wajah deskmate sebelah aku ini tersentak sebelum kepala aku dongak melihat si penegur.
"Aku penat explain pasal sejarah Malaysia dekat depan,kau ralit tenung anak dara orang.Nanti,kalau kau gagal,dapat F...mula nak salahkan guru.Kau nak ke jadi macam instafamous 7G tu ke?"
Strike One.
Aku mengusap belakang leher.Rasa macam air muka jatuh kena tegur macam ni di hadapan seisi kelas.Bukan salah aku,salah orang sebelah aku ni.Siapa suruh dia ignore aku selama ini?
"Sorry Madam."
Aku pantas memohon maaf sambil menayang senyum manis lemak bergula.
Taktik mudah nak cairkan hati wanita yang sedang marah.Spontan,wajah Madam Nadhirah,guru Sejarah aku terus berubah.Dari merah padam beransur-ansur menjadi biasa.
"Fine,but please focus .Tahun ni kamu nak SPM,so stay focus in my class,not your deskmate."
See,I told ya.
Sekejap sahaja Madam Nadhirah yang cukup terkenal dengan jolokan Madam Tiger sejuk hati dengan aku.Kalau orang lain,sahih kena denda lari 5 round di padang.
Alhamdulillah,wajah kacak aku banyak membantu.
"Fokus apa yang cikgu ajar.Jangan tenung aku."
Aku yang baru nak buku Sejarah yang aku gigit tiga hari yang lalu disebabkan stress terus memaling wajah ke arahnya yang sedang memandang guru di hadapan.Woah,buat pertama kalinya dia telah menegur aku!
"Sedapnya suara.Patutlah selama ini diam sahaja."
Pantas bibir aku memuji dirinya.Bukan nak bodek,tapi memang fakta.Tambahan,sebagai perasa untuk permulaan sesi ngurat-mengurat.
"Cakap dengan aku ke?"
Zappp!
Aku rasa sentap mendengar soalan dia.For the first time in forever,ada perempuan balas pujian aku dengan ayat macam ni.What the fish?Dia alien planet Pluto yang baru terhempas kah?!
"Heartless.Aku tengah memuji kau,tapi kau boleh bagi jawapan balas sebegitu?Kau kenal tak siapa aku?"
Aku menyoal dengan nada sedikit tertahan-tahan.Serius,aku rasa tercabar mendengar balasan jawapan yang keluar dari mulutnya.Buat pertama kalinya,sweet talker kacak seperti aku dipandang rendah oleh seorang perempuan yang aku kira bertuah dapat duduk sebelah yang menjadi kegilaan para gadis walhal dia masih baru di sekolah ini.
"Kau tu cukup terkenal ke sampai aku nak kena kenal kau?"
Zappp!
Menyirap darah aku mendengar pertanyaan dia.Holy shit!Aku rasa maruah aku sebagai lelaki kacak telah dipandang rendah oleh dia!
"Kau...."
Aku mengetap gigi,cuba menahan amarah.Bimbang aku terlanjur mencarut kepada dia.Jatuh imej aku sebagai gentleman paling cool dalam Glassic HighScool ini.Lambat-lambat aku dekatkan mulut aku ke telinganya yang terlindung dengan tudung.
"Wait for your disaster,freak!How dare you talk back like that to me!"
Aku berbisik keras,memberi amaran padanya sebelum mata ditala ke arah buku teks yang sedang terbuka.Baris ayat yang sedang cikgu baca aku cari.Langsung tak ku pedulikan si gadis di sebelah.
Aku dah hilang minat untuk tunjuk skill sweet talker aku.Sekarang,yang pasti aku sakit hati dengan dia!Maka,tunggulah pembalasannya!Balasan kerana memijak ego dan merendahkan maruah aku!
YOU ARE READING
Mr Sweet Talker Vs Miss Savage
Teen FictionZAFYRULL SYAKIR Sebaris nama yang cukup terkenal di Glassic HighSchool.Namanya sentiasa meniti di bibir pelajar perempuan.Jelingannya cukup memukau.Senyumannya cukup menawan.Belum ditambah lagi dengan bicara lemak manisnya.Membuatkan semua wanita te...