6

23 2 2
                                    

Berbual Bersama Ibunya.

Air sungai yang mengalir jernih di dalam phone aku tatap sepuas hati.Tinggal di kota metropolitan Kuala Lumpur ini takkan pernah memberi kau peluang untuk melihat air sungai warna jernih.Semua dah tercemar dengan sisa kumbahan dan sebagainya.Maka,kini tinggallah sungai teh tarik yang dapat kau tengok setiap kali kau menyelesuri jalan raya.

Puas melihat sungai jernih,aku letak phone ke tepi sebelum mendongak memandang langit biru.Langit yang cantik tanpa pencemaran hasil tangan-tangan manusia.Sejenak,aku melepaskan keluhan.

Selepas mendengar pengakuan Harum sebentar tadi,aku terus angkat kaki pulang ke rumah.Disebabkan ketenangan yang aku harapkan tiada di rumah,aku akhirnya berada di sini,taman rekreasi yang berhampiran dengan Banjaran Tituwangsa.

Haih,tak ku duga rupa-rupanya gadis heartless tersebut rupa-rupanya ada hati dengan aku.

Tak.

Aku bukan benci dengan pengakuannya.Cuma,aku terkejut.Sampaikan muka aku pucat tak berdarah sewaktu dia mengakui perasaanya.

Haih.

Alien planet Pluto suka sweet talker?

Aku ambil phone sebelum bingkas berdiri dari bangku.Phone disimpan ke dalam poket seluar sebelum aku mula melangkah berjalan di sekitar taman.

Aik?

Mata aku sedikit membesar melihat Harum yang sedang duduk di atas bangku sambil mata tak lepas menatap skrin phone sambil tersenyum-senyum.

Kali ini,barulah aku nampak seri senyumannya.Bukan seperti sebelum ini,seperti robot yang diprogramkan untuk senyum saja.

Aku mula berteka-teki dalam hati.Wajarkah aku mendekatinya atau berpura-pura tidak mengenalinya?

Akal memilih pilihan kedua namun kaki melangkah mengikut gerak hati.

"Eh,Syakir?"

Aku hanya senyum melihat riak kagetnya sebelum terus melabuhkan punggung di sebelahnya.

"Yow.Kau tengah buat apa?"  soalku ramah sambil senyuman masih kekal tergayut di bibir.

"Manis,siapa tu?"

Spontan,mata aku terarah ke arah skrin phone miliknya.Kelihatan seorang wanita yang berada dalam lingkungan 30 an,mempunyai wajah yang mirip dengan gadis di sebelah aku ini sedang merenung aku dengan wajah penuh tanda tanya.Pasti,ini ialah ibunya.

"Makcik,saya Syakir.Kawan Ha-eh Manis."

Aku senyum tayang gigi sewaktu ibunya tertawa kecil mendengar bicara aku.

"Erk,ibu.Inilah Syakir yang Manis selalu ceritakan.Kacak kan orangnya,ibu?"

Aku tayang muka terkejut melihat Harum mengenyit sebelah mata ke arah ibunya yang masih ketawa.Tak sangka,gadis heartless macam dia rupa-rupanya nakal juga.

"Kacak.Syakir,Manis ni kasar sangat tak dengan kamu?"

"Uish,bukan sangat dah makcik.Terlampau.Ish,kecik hati saya."

Aku tergelak saat melihat mata Harum mencerun tajam ke arah aku.Puas hati aku dapat mengenakan dia.Kira aku dapat balas dendam atas percakapan dia sebelum ini.

"Manis oh Manis,cakap tu jangan kasar sangat.Nanti,Syakir lari baru tahu."

"Ibu...."

Aku tergelak lagi mendengar rengekan Harum.Tak dapat diduga rupa-rupanya dia ni anak manja!

"Anak ibu betullah kau ni."

Aku menjelir lidah ke arahnya,sengaja nak mengusik dirinya.Tawa kecil terlepas dari mulut saat aku melihat cebikannya.Kelakar melihat gadis yang selama ini seolah-olah alien planet Pluto berubah menjadi manusia yang mempunyai perasaan.

"Biarlah aku anak ibu pun.At least,aku bersyukur ada ibu.Kau?"

Strike One!

Aku tergelak lagi.Pergh,pedih tusukan bicara usah dicakap.Sakit sampai ke hulu hati.

"Manis..."

"Ye,ibu..."

"Tak baik kata begitu..."

"Baik,ibu.Manis yang salah..."

Dan aku kembali tertawa.Geli hati dengan perbualan dua beranak itu.Sepanjang petang,kami terus berbual yang kadang-kadang diselangi dengan gelak tawa.

For the first time,aku bercakap selama itu dengan mak orang lain.Ulang suara,mak orang lain.Bukan mak aku.Tapi,aku tetap rasa bahagia.Terasa bagai ibu Harum seperti mama aku.Happy go lucky dan supportive mother.Memang semua wanita bergelar ibu macam ni ke?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 16, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Mr Sweet Talker Vs Miss SavageWhere stories live. Discover now