Bagaimana aku nak selamatkan dia?
"Syakir."
Aku yang baru sahaja membuka topi keledar terus menoleh ke arah kanan.
"Yo,Risa.Wow,tudung kau jadi harini."
Arisa tersengih mendengar bicara aku sambil bersandar sedikit pada motorsikalnya.Tudung yang sedia jadi dia betul sedikit sebelum dia lebarkan lagi sengihannya.
"Kan!Aku rasa bahagia weh!Bukan selalu nak jadi!Tak sia-sia aku sapu lilin dekat tudung ni sewaktu menggosoknya malam tadi."
Aku hanya tersenyum mendengar jawapan penuh semangatnya sambil tangan menyandang beg sekolah jenama Body Glove ke bahu.
"Kalau kau bahagia,aku seribu kali bahagia."
Arisa tergelak kecil sambil kaki mula melangkah,berjalan beriringan dengan aku menuju ke kelas.
"Mulut manis!Nasib baik kita ni kawan dari tadika.Kalau tidak,dah lama aku jatuh suka dekat kau."
Aku yang mendengar hanya tersengih tayang gigi macam Fazura dalam iklan Colgate.Nak buat macam mana,seorang Zafyrull Syakir memang dilahirkan untuk menjadi seorang sweet talker.
"Eh hai Harum.Kau nampak cantik harini," tegur aku spontan bersama senyuman manis tertampal di wajah sebaik figura Harum melintas di hadapan aku ditangkap oleh retina mata.
"Ada nampak aku pakai gaun ke harini?"
Harum membalas selamba sebelum terus berlalu pergi,meninggalkan aku yang tercengang mendengar soalan balas daripadanya manakala Arisa pula sudah ketawa terbahak-bahak.
"Win lah budak baru tu.Savage kemain.Padan dengan kau yang suka bermulut manis.Inilah yang orang kata,buku bertemu ruas."
"Diam,Arisa diam.Jangan sampai aku cilikan mulut kau."
Aku terus berjalan pantas meninggalkan Arisa yang masih ketawa dengan perasaan marah yang membara.
Ish,Harum ni memang perempuan savage.Dia boleh beri ayat pedas kepada aku sambil tersenyum.What the heck,man?!Ingat lepas semalam dia makin baik dengan aku rupanya lebih kurang sahaja!
Sepagi,aku langsung tidak menoleh ke kanan.Memang harini aku fokus mendengar setiap patah perkataan yang cikgu ajar di depan.Apa yang tertera di papan hitam semua aku catit dalam buku latihan.Geram punya fasal,harini aku jadi budak baik.Sampailah loceng berbunyi,menandakan masuknya waktu rehat aku masih tak memandangnya.Hatta menjeling dengan ekor mata pun tidak!
"Syakir!!!"
Aku yang sedang mengemas alatan tulis dan buku bersepah di atas menoleh sepintas lalu ke arah pemanggil sebelum kembali memandang ke arah barang aku di atas meja.
"Yow,Aiza," tegur aku acuh tak acuh,sekadar nak lepas dari dicop penyombong.Malas nak melayan,takut nanti makin menjadi-jadi.Cukuplah sekali dia pernah declare kami ni couple hanya kerana aku selalu menegur dia dengan ramah.Aku takkan ulangi lagi kesilapan yang sama.
"Hey,budak baru.Aku ada tugas untuk kau.Harini aku kena denda cuci tandas.Tapi,aku malas so aku nak kau buat tau.Pastikan siap waktu rehat ni juga sebab petang ni guru disiplin nak datang cek."
Automatik,aku dapat rasa telinga kanan aku menjadi capang tatkala arahan Aiza sampai ke gegendang telinga.
"Kau tiada tangan ke sampai nak suruh aku?"
Aku senyum sendiri mendengar soalan balas yang keluar dari mulut Harum.Masa macam ni memang sesuai untuk seorang Harum Manisah keluarkan ayat savage padunya untuk seseorang yang layak macam Aiza!
"Eh kau dengar tak aku kata tadi aku malas?Bukan tiada tangan tapi malas.Lembap!Pergi cuci tandas,sekarang!"
Aku mengetap bibir melihat kepala rakan meja sebelah aku diketuk kuat oleh Aiza.Baru sahaja aku ingin bangkit melindungi Harum,Aiza lebih cepat berlalu.Dasar!
"Weh,Harum.Kau nak pergi cuci tandas ke?"
Laju aku menyoal dia yang sudah berdiri usai menyimpan alatan tulis dalam kotak pensel.
"Ya."
Aku mendengus sedikit mendengar jawapan sepatah yang keluar dari mulut dia.Ish,dia ni memang lembap ke sampai nak jadi kuli Aiza itu?
"Tak perlu,Harum.Biarkan sahaja.Orang macam Aiza jangan diikut sangat," nasihat aku lembut.Aku bukan apa,cuma kasihankan dia sahaja.Sudahlah ibunya sakit,dirinya pula dibuli di sekolah.
Harum pantas menggelengkan kepala,tanda menolak cadangan aku.
"Aku terpaksa."
Harum terus menapak keluar dari kelas,menyebabkan aku secara spontan bangkit dari kerusi lalu memegang lengannya.
"Jangan,Harum.Nanti dia akan jadikan kau hamba dia,selama beberapa bulan ini.Kau sanggup ke?"
"Lepaskan aku,Syakir.Aku tahu apa yang aku buat."
Harum cuba merentap lengannya dari pegangan aku namun aku kemaskan lagi pegangan aku.
"No!Jangan,Harum.Cuba dengar nasihat aku ni."
"Lepaskan aku,Syakir.Aku tak nak jumpa mak aku dengan muka lebam.Cukuplah sekali.Takkan aku nak kena lagi?"
Aku beliakkan mata mendengar jawapan yang keluar dari mulut dia.Muka lebam?Adakah Aiza pernah...
Ah!Kenapa aku tak pernah sedar?!
"Kalau begitu,report pada guru!Jangan berterusan tunduk padanya."
"Takkan aku nak menambah kerunsingan ayah aku kalau hal ini terbongkar?Cukuplah ayah aku dah cukup galau memikirkan mak aku yang tengah terlantar dekat hospital.Biar aku simpan semua sendiri.Selagi aku mampu,aku akan cuba.Kau tak perlu sibuk,Syakir.Jangan libatkan diri kau dalam masalah ini.Biar aku sahaja yang menanggung.Sekarang,lepaskan aku!"
Harum terus merentap kuat lengannya.
"Nasib baik berlapik.Kalau tak dah lama pecah muka kau."
Harum menjeling aku sekilas sebelum terus berlalu pergi.Aku terpaku seketika.
Aiseh,kenapa aku boleh overreacted tadi?Sampai terlupa hukum-hakam.Nasib baik dia pakai baju kurung.Kalau dia pakai pinafore,tercemar tangan aku.
Tapak tangan yang menggenggam lengannya tadi aku belek seketika sebelum diseluk masuk ke dalam poket.Mata aku meliar ke sekeliling sambil kaki melangkah keluar dari kelas.
Phew,hanya ada beberapa orang sahaja di dalam kelas.Itupun masing-masing sibuk dengan kerja sendiri.Bagus.Tiada berita palsu akan tersebar.
Tapi,persoalan sekarang...bagaimana aku mahu membantu Harum?
YOU ARE READING
Mr Sweet Talker Vs Miss Savage
Teen FictionZAFYRULL SYAKIR Sebaris nama yang cukup terkenal di Glassic HighSchool.Namanya sentiasa meniti di bibir pelajar perempuan.Jelingannya cukup memukau.Senyumannya cukup menawan.Belum ditambah lagi dengan bicara lemak manisnya.Membuatkan semua wanita te...