CHAPTER 2

38 4 0
                                    

JANE POV

'Jack, you will be my partner today. And Jackie, you with Harold.'

'Yes, your Highness!' sahut Jack dan Jackie serentak.

Jack dan Jackie... mereka adalah the skulls. Mereka adalah rakyat tengkorakku. Setia dengan arahanku. Manakala Harold adalah orang kepercayaanku. Dia adalah penolong kanan di negara Skullvy Knight. Ya, ini bermakna, Harold adalah tengkorak. Dia telah menjadi sebahagian keluargaku.

Skullvy Knight, negara yang rakyatnya terdiri daripada tengkorak-tengkorak. Aku adalah pemimpin kerajaan Skullvy Knights. Mereka menyembahku dan menghormati aku sebagai pemerintah di negara mereka. Aku mengetahui hal ini setelah granny dan Harold menceritakan sejarah negara tersebut kepadaku. Sudah 3 minggu Harold dan granny menceritakan kepadaku... tetapi, aku masih diantara percaya dan tidak percaya... bagiku ini adalah perkara yang paling pelik dan tidak masuk akal selama 20 tahun aku hidup. Minggu lepas aku telah ditabalkan secara rasmi sebagai queen of the Skullvy Knight. Aku agak cemas, kerana... selama ini aku hanya rakyat marhaen di alam manusia.

Aku mengeluh. Aku rasa macam nak pecah otak bila memikirkannya. Aku tak nak benda ni terjadi... tapi, aku juga tak dapat lari dari takdirku ini. Setelah aku ditabalkan, granny berkata kepadaku bahawa kehidupan aku yang dulu sudah tidak akan sama lagi apabila aku menaiki takhta.

Sememangnya aku membantah sekeras-kerasnya untuk menjadi permaisuri kepada kerajaan misteri tersebut. Dahlah pelik, menyeramkan pulak tu!

Granny menceritakan kepadaku tentang masa depan negara Skullvy Knight jika waris pemimpin tidak ada. Tengkorak-tengkorak ini akan menghuru-harakan dunia manusia. That was so damn scary. Terkejut dengan kenyataan itu. Aku, aku tak sangka akan menganggu kehidupan manusia sekiranya begitu. So, akulah hero manusialah nii...Heh!

Tapi, takkan lah aku perlu korbankan hidupku sendiri kepada manusia menjadi permaisuri semata-mata ingin mengelak peristiwa berlaku? Bila difikirkan semula, aku rasa granny tak cerita full story nii... tak pe lah, ada masa aku korek cerita. Whatever it is, she will never kept this secret because I am a queen of Skullvy Knight sendiri. Hmmph! Be confident!

Aku kini berada di hutan Formosa. Bertentangan denganku Harold dan Jackie. Ya, aku sedang berlatih berlawan pedang dengan tengkorak-tengkorakku.

'Are you ready?!'

One! Two! Three! Go! James meniup wisel menandakan perlawanan bermula.

'Oh! Sh**! Aku berangan lagi!'

Aku mula membuka langkah apabila Jackie meluru ke arahku sambil menghunus pedang. Aku mengelak ke tepi. Pedang yang tersisip di pinggangku tarik dari sarungnya. Lantas aku mengilas pedang Jackie ke atas.

Ching! Bunyi pedang bergesel kedengaran. Serta-merta aku dan Jackie melompat ke belakang untuk mengambil ruang. Kali ini, aku pula yang memulakan langkah. Aku mengangkat pedang ke atas dan menghunus ke hadapan sambil berlari pantas ke hadapan.

Jack yang melihat aku ke hadapan terus menggelusur masuk ke celah kelangkangku laju sehingga dia terlanggar pokok di belakang. Aku membulatkan mata dan berhenti berlari.

Aikk? Sejak bila dia belajar teknik baharu? Terkedu seketika aku dibuatnya. Para tengkorak yang menyaksikan latihan kami turut bersiul dan menepuk tangan dengan aksi Jackie tadi.

Aku memetik jari apabila melihat tulang Jackie berkecai akibat terlanggar pokok.

'Hahahaha....today not your good day, your Highness. I'll win this match!'

'We don't know yet.' Aku mengerlip sebelah mata, serentak itu, aku membaling pedangku laju mengenai pedang Jackie saat dia masih lagi galak ketawa. Bukan itu sahaja, rangka-rangka Jackie hancur sekali lagi. Yes! Double action!

Prakk! Pedang Jackie tertusuk cantik di atas batu. Batu tersebut merekah apabila mata pedang itu tertimbus ke dalamnya.

Ini peluang! Aku segera menendang Jackie yang menerpa ke arahku secara mengejut. Dia terpelanting ke belakang. Tulang rusuk Jackie bersepai di atas rumput kering.Kepalanya juga terpelanting di hadapan tulang rusuknya yang hancur Aku kemudiannya mengambil pedang Jackie menggunakan tangan kiriku.

'Aduh! Jane mana aci tendang kasar seperti tu!' adu Jackie.

Aku tersenyum sinis. Pedangnya tadi aku lempar semula ke arah Jackie. Dia menyambut cepat pedang itu.

'Aku baru warming up. Takkan dah mengalah? Aku berjalan menuju ke arah Jackie. Dua jari dipetik dalam sekelip mata, tulang rusuk Jackie serta kepalanya kembali membentuk. Aku menggeleng perlahan.

'Kau tak perlu pun petik-petik jari nak cantumkan aku, Jane. Semalam, aku dah naik level two.'

'Oh ye ke? Suka hati akulah. Dah kau tu lembap sangat nak bercantum.'

'Macam mana aku nak kuat kalau aku asyik berlawan dengan tengkorak? Sekali tendang pecah, sekali tendang pecah.'Aku mengeluh kuat.

'Manalah saya nak tahu, dah Jane kuat memanglah macam tu. Aduh.. duhh... sakit tulang rusukku. 'Jackie berkata sambil memegang tulangnya yang terlihat di depan mataku.

Aku tersenyum sinis. 'Kaukan skull, mana nak rasa sakit ke tak'. Aku membalas.

Eleh, acah ja lebih!

'Aloo.. aku baru nak uji lakonan aku..'
Dia membalas.

'Your Highness, sit beside here.' James muncul di sebelahku lalu mengiringi aku duduk di atas kerusi kayu buatan. Dia menunduk lalu pergi ke arah Harold dan Jack yang sedang berlawan antara satu sama lain.

Jackie duduk di sebelah aku. Aku mengeluh.

'Why?' tanya Jackie.

Aku memandang tajam ke arahnya. Dia menunduk kepala. Aku mengeluh sekali lagi.

'Jackie, I'm not that great. Aku boleh kalahkan kau pun sebab kau ni skull level two. Aku rasa tak nak praktis dah dengan kau.'

'Oucchh! Sakitnya tuh di sini.' balas Jackie seraya memegang tulang rusuknya. Konon-kononya hati dia terluka la kat situ! Hmmph!

Aku mencebik.

(to be continue)

(dlm proses mengedit, harap dapat bersabar😅)

Don't forget to vote, comment and share! 💕💕💕

The Skulls (On-Going) Where stories live. Discover now