ZINA

142 5 0
                                    

بسم الله الرحمن الرحيم💕

*ﺍﻟﺴَّﻼَﻡُ ﻋَﻠَﻴْﻜُﻢْ ﻭَﺭَﺣْﻤَﺔُ ﺍﻟﻠﻪِ ﻭَﺑَﺮَﻛَﺎﺗُﻪُ.*☺

📿 الْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ أَمَّا بَعْدُ 📿

Segala puji bagi Allah Sang Penguasa alam semesta. Semoga salawat serta keselamatan tercurahkan selalu kepada Nabi dan Rasul termulia. Berserta keluarga dan para sahabatnya  📿                       

Tajuk usrah yang saya akan sampaikan pada malam ini ialah 👇🏻

🍃 *ZINA*" 🌈

Wahai sahabat ku,nak tau kenape sye pilih tajuk nih?🤔sbb sye nampak ramai dah orang islam melakukan zina sedangkan die tahu yang zina itu ialah haram,so saya nk tekan kan sikit tentang zina dan apa itu zina,ha meh dengar,
Zina adalah maksiat kemaluan yang dihukum sebagai dosa besar. Allah meletakkan maksiat zina sebaris dengan dosa-dosa besar yang lain seperti yang difirmankan dalam surah al-An'am ayat 151, yang bermaksud; "Katakanlah (wahai Muhammad); Marilah, supaya aku bacakan apa yang diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatu jua pun, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu-bapa, dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka; dan jangalah kamu hampiri al faahisyah (perbuatan keji), yang terang daripadanya dan juga yang tersembunyi, dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah melainkan dengan jalan yang hak (dibenarkan syarak). Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu supaya kamu memahaminya."

Hmm,dalam Al quran sudah mengatakan *jangan lah kamu menghampiri zina*
Okay,Firman Allah Yang maha Agung Pencipta manusia dan seluruh alam semesta yg bermaksud:
Dan jangan lah kamu menghampiri zina.Sesungguhnya ia(zina) merupakan perbuatan yang amat keji,sangat dibenci dan seburuk-buruk jalan
Surah Al-Isra ayat 32

Istilah zina sudah masuk dalam bahasa indonesia namun untuk memahami hukum syariat tentang masalah ini.Kita perlu mengembalikan ke pengertian menurut bahasa arab dan syariat supaya pas dan benar😊

Dalam bahasa arab,zina diambil dari kata: yang artinya berbuat fajir😌

Saya nak bagi contoh ii zina:
-bercouple-
Kenapa bercouple haram,dan lagipun tak pegang tangan pun.
Ha ok!saya nak tegaskan,couple tetap haram.sebab apa,bila bercouple kite akan tiap ii hari chat dengan die🐝fikir tentang die😬dan hati kite nih,kite letak untuk die,bukankah hati kite hanya lah untuk milik Allah sahaja?bukankah cinta kita hanya untuk Allah sahaja?hmm fikir ii kan lah
Ade banyak lagi situasi,ade orang nak putuskan hubungan tapi die taknak,sbb die nak jaga hati orang tuh,ok saya nak cakap,kite kene fikir betul ii,kite takut die marah ataupun kite takut akan redha Allah?Allah tak akan redha dgn perbuatan itu🙃
So,kite takut dosa kite takut die?kite takut Allah murka ke atau kite takut die marah?fikir ii kan lah☺
Ade yang berkata juga,nanti saya susah nak move on,ye move on ni mmg susah sebab kite dah lama letak hati die kat hati kite,hmm bertaubat lah,ingat Allah,okay?😊
*lupakan lah die sebagaimana kau lupakan cinta kau dengan Allah🙂

Contoh yang kedua:
Menonton atau membaca bahan lucah sama ada di dalam internet atau buku
Okeyh,ini dah termasuk dalam bab zina mata👁SUBHANALLAH,kenapa kene tengok bende ii lucah,untuk hilangkan stress ke?🙃syok sangat ke tengok bende tuh?🙂terutama yang lelaki,lelaki ni nafsunya amat lah kuat😞tolonglah lelaki jagalah mata kau tuh🙁
Zina mata ni ketika sedang memandang lawan dengan perasaan senang,hmm bila nampak bende ii yang tak elok,mulalah bukak mata luas ii,zoom gambar tu biar dekat,Ya Allah!pls,tak takut dgn azab neraka ke?
Pls lah stop😕kembalilah ke jalan yang benar.ingat Allah selalu,selalu baca Al quran,nanti bila hadap fon tolonglah jangan duduk sorang ii,nanti kau akan ade nafsu,okay?☺

Okay,zina mata saya dh senaraikan bukan?so,saya nk sentuh pasal zina hati,zina ucapan dan zina tangan

*ZINA HATI*
Zina hati(qalbi),ketika *memikirkan* atau *menghayalkan* lawan jenis dengan perasaan senang dan bahagia
Apa itu memikirkan dann menghayalkan🤔ha meh saya nak terangkan😬apabila kite sudah jatuh cinta pada seseorang itu,dan selalu fikir pasal die sampai lah kite lagha maka itu sudah jatuh *zina hati* begitu jugaklah dengan menghayalkan😄

*ZINA UCAPAN*
*membicarakan* lawan jenis yang diikitu dengan perasaan senang
Membicarakan itu bermaksud kite cakap bende ii lucah dan tak elok
Saya sarankan korang janganlah guna perkataan fu*k lagi😊bila kita marah mesti guna perkataan tuh kan😕apa kata kite tukarkan ayat tu menjadi zikir☺dapat pahala lebih kan🙂dan saya sarankan,kalau nak nyanyi lagu english tolong tafsirkan dulu maksud ii nya,zaman sekarang nih,bila dah keluar lagu ii english,hah mula lah membawang pasal tuh😴please tafsirkan dulu ayat ii itu😗

*ZINA TANGAN*
Ketika dengan *sengaja* memegang bahagian tubuh lawa jenis diikuti dengan perasaan senang dan bahagia terhadapnya

Hah!ini boleh dikaitkan dengan bercouple jugak!heh!hello!kau fikir pegang ii tangan ni syok ke,
"Wah syok nya pegang tangan die"
"Wah gebu nya tangan die"
"Wah putih nya tangan die"
Ehem ii,pegang tangan ni memang syok kan?tapi awak pernah fikir tak?kite pegang tangan die semetara je🙂sebab apa?sebab hubungan dah terputus🙄lepastu,rindu die lah,nak pegang tangan die,hello again!kau tau hukum tak!belom kahwin tapi dh pandai ii pegang tangan ye! *hukum die dosa wahai kawan ku* tapi dah tau dosa kenapa kena buat lagi?sebab tak takot Allah ke?fikir sikit pls😊
Dosa dh mmg dosa.jangan memandai ii tukar hukum
Maaf sebab teguran nih kasar tapi untuk menegur korang😊harap kite semua akan jauh dari zina ii yg tak memberi kebahagiaan ni😊

[13/12 21:41] ‪+60 19-275 0339‬: Now,saya nak masukkan perbuatan zina.
*PERBUATAN ZINA*
Bererti menumpuk dosa sebab zina adalah perbuatan yang di dalamnya terkumpul berbagai macam dosa sehingga merusak akhlak dan menghilang kan sifat wara'.Menghilangkan cahaya pada wajah sehingga mereka yang berbuat zina akan jadi muram dan gelap.Haram kepada para penzina mendapatkan bidadari di syurga kelak merusak masa depan.☺

*BALASAN KEPADA PENZINA*
Rasulluallah bersabda:
Dua kejahatan akan dibalas oleh Allah ketika di dunia;zina dan durhaka kepada ibu bapa(H.R Thabrani)

Igt lah di dunia cahaya akan hilang dari wajah orang yang berbuat zina dan umurnya akan semakin pendek🙃
Dan di akhirat pula murka Allah menanti,hisabnya buruk serta mendapat siksaan di neraka🙂
Alangkah banyaknya perkara yang mendorong kepada zina serba canggih ini.Alat komunikasi khususnya telefon bimbit menyumbang kepada berlakunya dosa tersebut.😌

Maka berhati-hatilah wahai manusia khususnya remaja yang mudah terpedaya dengan hasutan syaitan🙂

Berakhirlah usrah kita pada hari ini😃
Moga dapat dijadikan sebagai pengajaran dalam kehidupan seharian..

USRAH, DAKWAH DAN TAZKIRAHWhere stories live. Discover now