Menjadi seorang pendidik bukan lah mudah apatah lagi di era moden yang baru ni.
Aku mengeluh.
ringgg...
Loceng sekolah berbunyi menandakan waktu sesi persekolahan hari Jumaat sudah tamat.'Alhamdulillah..usai tugasku pada minggu ini' Kata hati aku.
Aku mengatur langkah ke bilik guru. Kini, aku ditempatkan untuk bertugas di SK Sri Keruing.
Aku melabuhkan punggung ke kerusi tempat mejaku.
"Hai Cikgu Imra, letih ke?" Tegur Cikgu Yerah.
"Tu lah letih sikit lah lately ni, tak tau kenapa.. kepala pun asik pening kadang-kadang" Jujurku.
Ya, memang sejak kebelakangan ini, aku cepat letih dan pening kepala.
"Ouh ye ke., maybe cuaca sekarang yang tak menentu" Kata Cikgu Yerah.
"Mungkin lah" Kata ku sambil mengemas mejaku.
Lalu, aku menyiapkan laporan sepanjang minggu ini untuk di hantar ke guru besar sebelum pulang.
* * * *
"How your day dear? muka macam keletihan je ni?" Tanya suamiku sejurus aku masuk ke dalam keretanya.
"Pening sikit, sebab cuaca kot dengan jadi guru bertugas pula minggu ni huu" jawabku.
"Nak demam kot " katanya dan meletakkan telapak tangan di dahiku.
"Panas... kita terus pergi klinik ya sayang.." Kata suamiku.
Aku hanya mengangguk.
Pulang dari klinik, dokter mengesahkan aku demam biasa saja dan perlukan rehat secukupnya.
Dalam kereta
"Tu lah abang dah kata duduk je kt rumah , sayang nak jugak kerja.. Haihhh" Kata Suamiku Fathul."Haihh Abang ni, dah cita-cita sayang kan , penat lelah sayang masa zaman diploma dulu pergi balik kelas, takkan nak berhenti macam tu je?" Kataku merajuk.
"Yelah, abang tak bahas tajuk ni lagi" Pujuk suami ku seakan tahu aku sudah mau merajuk.
Kereta di pandu oleh suami ku berhenti menghadap sebuah bangunan taska anak kami.
"Biar abang turun ambil waiz" kata suamiku.
Aku megiyakan saja.
Selepas 2 minit,
"Assalamualaikum.. umiiee" sapa Waiz dengan ceria setelah masuk ke dalam kereta. Yelah esok dan lusa hari minggu . Cuti Sekolah.
"Waalaikumussalam Waiz, hari ni makan apa dekat School" Jenis aku akan bertanya Waiz makan apa dulu bukan belajar. Pelikkan kemakkan jenis aku. huhuhu
"Hari ni Waiz makan mee sup dengan air koko minda" jawab Waiz yang kini berusia 3 Tahun lebih.
"Alhamdulillah, kenyang tak?" Sambut suamiku pula.
"Kengang!" Jawab Waiz.
"Umi.. umi.. balik nanti, waiz nak tengok cerita omar hana boleh? Esok cuti 2 hari " kata Waiz.
Ya, Minggu sekolah aku dan suami tak memberinya Gadget kecuali waktu cuti sekolah. Yelah , anak sorang, nak bermain dengan siapa kalau dah duduk rumah?
"Boleh sayang, nanti umi suruh babah bagi ya " jawabku sambil memandang suamiku yang sedang memandu.
"Sekolah hari ni , belajar apa anak babah?" Tanya suamiku pula.
YOU ARE READING
BILA HATI KATA SUKA 2
No FicciónSetiap kebahagiaan pasti akan ada dugaan, mampukah aku atau dia untuk menghadapi dugaan yang berat ini? Dengan segala, kami ada akan hancur segalanya kelak.