"Teringatkan siapa?" Tegur seseorang membuatkan aku tersentak seketika.
Fuh! Boleh sakit jantung macam ni,tiba-tiba dikejutkan dengan suara.
Nasib semangat aku kuat.
Tapi kuat sikit je la.
Tak banyak.
"A-aaa saya teringatkan rumah..sunbae buat apa kat sini?" Tanya ku apabila terpandang Rapmon sunbae yang berdiri di sebelah ku.
Sejak bila dia datang pun,aku tak tahu.
"Ambil angin...sejuk kan di sini"jawab Rapmon santai membuatkan aku selesa berbual dengannya.
Tak macam di sekolah,suaranya kedengaran datar.
Dan tiada perasaan.
Tapi lain pula,bila aku bersama mereka.
Mereka yang lain,tunjuk sisi mereka yang baru kepada aku.
Ke aku yang baru tahu?.
Yang mereka ini ada sisi lain selain memiliki wajah yang tegang?.
Muka ketat ala ala komander memberi arahan?.
Nak tercirit aku dengar mereka bertempik memberi arahan.
Kecut perut aku.
"S-sunbae tak kisah berbual dengan saya?" Tanya ku dengan perasaan yang bercampur.
Yela senior kan.
Adakalanya tak suka sangat bergaul dengan junior.
Jaga jarak la katakan.
Kang kalau rapat,junior pijak kepala senior pula.
"Maksud Hae?" Singkatan nama yang disebut Rapmon membuatkan aku sedikit berdebar.
Fuh! Cuba bayang,ada suara garau yang panggil nama kau,dengan nada lembut.
Meremang tu.
Fuh!!
Usah dikata.
Entah kenapa aku rasa,yang Rapmon sunbae nak aku selesa berbual dengan dia.
Ala macam berbual dengan member-member.
Tapi aku sedikit kekok.
Budak jarang bergaul la katakan.
"Yela saya ni jarang berbual dengan lelaki,jadi macam..macam janggal sikit hehe" dihujung ayat aku tersengih kekok.
Halamak.
Dah macam malu berjumpa bakal suami pula.
Tapi lain pula reaksi Rapmon sunbae,dia hanya tersenyum manis,hingga muncul lesung pipit di pipinya.
Dalam doh!.
Aku rasa nak cubit,tapi aku tahan sahaja.
Kang kalau aku terkam Rapmon sunbae ni,mati aku kena pancung dengan yang lain.
Lagi-lagi fans senior sebelah aku ni.
Fuh! Mati hidup semula pun.
Aku tak nak cari pasal.
"Hahaha awak ni kelakar la Hae-bin,tak kan seumur hidup tak pernah berbual dengan lelaki secara dekat?" Sambil ketawa,Rapmon bertanya.
Dan aku hanya membalas dengan sengihan malu.
Ala alaaaa...
Nampak macam budak jakun pula.
Tapi tu la,nak buat macam mana,realitinya aku begini.
Susah nak bergaul dengan golongan berjantina lelaki.
Kalau jantina perempuan,laju sahaja aku jadi peramah.
"Yaa...memang tak pernah pun,entah la saya segan kut" jawab ku dengan muka selamba.
"Jadi? Sekarang ni tak kekok la? Berbual dengan saya?" Ucap Rapmon dan aku mengelengkan kepala tanda tidak.
"Kekok saya hilang,sebab sunbae peramah sangat kut" jawab ku dengan tidak yakin.
Dan sekali lagi Rapmon sunbae ketawa,alahaii.
Mudah terhibur rupanya.
Comel ja Rapmon sunbae ni ketawa.
"I see...jadi..saya la orang pertama bercakap secara dekat dengan awak?" Soal Rapmon dan aku mengelengkan kepala.
"Saya bercakap secara dekat dengan lelaki,masa saya berjumpa dengan sunbae-sunbae yang lain,rasanya kekok saya pun dah hilang gamaknya" jawab ku dengan senyuman di bibir.
Mata pula ku pandang ke arah langit yang dipenuhi bintang.
Fuh! Cantik doh!.
Walaupun keliling istana ni dipenuhi hutan.
"Wahhh bertuah betul kami ya" kata Rapmon dan aku hanya ketawa kecil.
"Nampaknya begitu la" jawab ku sambil menghembus nafas perlahan.
"Dah malam ni,awak patut tidur Hae-bin" suara garau seseorang menyebabkan aku terkejut dari lamunan.
Suara siapa tu?.
Kini aku dan Rapmon sunbae menoleh ke belakang.
Dan mata kami melihat satu susuk tubuh,yang bersandar di dinding dengan kaki disilangkan,dan kedua tangannya diseluk ke dalam saku poket seluar.
Macho.
Dan kelihatan swag.
Aku hampir nak gugur jantung,bila nampak kepala putih melayang.
Rupanya tu Yoongi sunbae,fuh! Abang kulit putih rupanya.
Pakai baju semua hitam,mana aku tak terkejut.
Nasib aku tak arwah ja.
"Tapi saya tak tahu,bilik saya yang mana?" Jawab ku dengan nada blur.
Aku sendiri pun tak pasti,bilik aku yang mana.
Yela jaga sahaja dari tidur,aku berada di dalam bilik Jungkook sunbae.
Ni kalau fans dia tahu,mahu berdarah hidung.
Yela masuk bilik senior hot kut,satu dalam sejuta peluang keemasan ni.
"Biar aku tun-- Jangan risau kook akan bawa dia pergi bilik" satu suara menggoda mencelah saat Yoongi ingin bersuara.
Kepala ku pula menoleh ke arah sebelah ku,apabila aku menghidu wangian seseorang.
Dan dia adalah Jeon Jungkook.
Entah berapa kali ntah,aku punya jantung ni,kena kejutan budaya.
Fuh!!.
Memang senior aku jenis suka muncul macam hantu eh?.
Kalau ye pun nak muncul,bagi isyarat,tak ada la jantung aku berkerja keras.
"Tapi kook- Tak apa,kook ok ja" belum sempat Rapmon ingin bersuara,pantas Jungkook menyampuk.
Aku dah blur di tengah-tengah ni.
Ada sesuatu yang aku tak tahu ka?.
Musykil betul.
"Iyelah..Hae-bin ikut Jungkook,dia akan tunjuk bilik kamu"ucap Yoongi dan aku hanya menurut.
Tetapi di dalam hati.
Aku sudah mencarut.
Kenapa mesti dia?.
Sudah la aku ingin jauhkan diri,dari Jungkook sunbae.
Tapi sekarang aku rasa makin dekat pula dengan Jungkook ni.
Huh!.
BERSAMBUNG..
YOU ARE READING
The Alpha Male [OG]
Loup-garouHidup yang selama ini aman damai,kini bagai dilanda ribut. Sejak menolong senior yang ingin dijauhi,masalah semakin merumitkan keadaan. "Kau nak pindah sekolah atas sebab apa?"-Jungkook "S..saya nak pindah...sebab..tak nak jadi nurse sunbae.."- Hae...