Maaf,
Pada mereka yang fikir aku sombong,
Atau mungkin banyak beri alasan,
Seperti mahu lari dari kalian.Maaf,
Aku tidak mahu terlalu rapat.
Kerana aku sedar aku tidak cukup baik untuk sesiapa.Maaf,
Bukan mahu mengungkit.
Tetapi sudah kerap aku makan hati berulam jantung.
Kebaikan yang pernah ditabur hanya menjadi kabur.Pabila sudah terlihat kekurangan & kelemahan ku,
Pasti kalian akan membenci pada manusia yang biasa ini.Maaf sekali lagi,
Kerana terpaksa letakkan jarak pada setiap perkenalan.
Aku tak mahu disakiti & menyakiti sesiapa lagi.