04

2.1K 204 147
                                    

"Mansae mansae mansae yeah mansae mansae mansae yeah mansae mansae mansae yeah naega nareul bultaemyeon wo!" Yuta melompat di atas sofa. Winwin pula asyik dengan permainan di dalam handphonenya. Mansae pula diletakkan di dalam bakul. Member lain pula bertugas untuk membersihkan rumah,ada juga yang menunggu giliran untuk mandi.

Mansae merengek kecil apabila melihat Yuta. "Hyung..hyung.. Mansae nangis!" Kata Winwin namun matanya tidak lepas memandang Mansae. Yuta berhenti "berzumba" lalu pergi ke arah Mansae. "Iye sayang?" Digendongnya Mansae lalu ke dapur.

"Kun,bancuh susu untuk Mansae. Dia nangis ni.." Pinta Yuta kepada Kun yang sedang menanak nasi. "Hyung suruh bebudak lain bancuh,saya masih sibuk ni hyung.." Kata Kun sambil membersihkan beras di dalam periuk. Basuh,tuang,basuh, tuang,basuh,tuang.. Hampir 30 kali Kun mencuci beras tersebut.

"Lucas!!!!!" Panggil Yuta. "Ye hyung??!" Lucas melompat ke depan Yuta entah dari mana. "Bancuh susu untuk Mansae.." Serta merta Lucas pergi ke arah kabinet dapur untuk mencari susu Mansae. Habis kabinet tersebut diselongkar akhirnya dia berjaya mendapatkan secontainer tepung susu. Dengan gembira Lucas membancuh susu kerana itulah pertama kali dia membancuh susu bayi. Selama ni dia hanya membancuh susu untuk puppynya sahaja.

Taeyong yang kebetulan berada di dapur tiba-tiba terkejut apabila memandang ke arah Lucas. "Kau buat apa ni?" Tanya Taeyong yang mengenakan apron. " Bancuh susu untuk Mansae.."

"Lucas yah!!! Ni tepung untuk goreng ayam bukan susu!!!" Taeyong memekik. Muka Lucas confused. Dia meneliti bekas tepung tadi dan mencium baunya. "Eee!!!" Lucas segera membuang "susu" yang dibancuhnya tadi.

Taeyong facepalm. Akhirnya Taeyong yang membancuh susu untuk Mansae. "Nah,bagi kat Mansae.." Botol susu yang berwarna biru diberikan kepada Lucas. Dengan segera dia berlari ke arah ruang tamu di mana Yuta sedang mengendong Mansae. "Wahh shushu dah shampai!!" Kata Yuta gembira lalu memberikannya pada Mansae. "Woah hyung,dah boleh jadi appa ni.." Puji Lucas tersengih. "Kan? Tapi calon takde.. Duit pun tak cukup nak kahwin huhuhu" Yuta senyum pahit. Lucas segera berlalu,tak mahu melayan drama sedih Yuta.

"Kau tengok apa tu?" Tanya Jeno kepada Jaemin yang asyik merenung tv. "Lah.. Aku tengok Chef Wan masak.." Ujar Jaemin selamba. "Aku tahu aku bodoh tapi taklah sebodoh tu..Tu cerita hantu kan? Takkan lah masak tengah-tengah kubur?" Balas Jeno -_-

"Dah dah.. Meh join!" Tangan Jeno ditarik oleh Jaemin. Para Dreamies sedang menonton cerita Munafik 2. "ARGHHHHHHHHHH!!!" Satu dorm bergema dengan teriakan enam kanak-kanak tua.

Taeyong dan Kun yang sedang memasak di dapur terkejut. Hampir sahaja kuali terpelanting. Johnny yang sedang mandi jatuh tersungkur di bilik mandi."Adehhh tulang belakang aku!!!"

"Pehal korang ni?" Tanya Doyoung yang baru balik menjemur pakaian. "Tu hah.. Hantu.." Tunjuk Chenle. "Ceh.. Hantu je kot.. Belum jumpa Tuhan lagi.." Dengan savagenya Doyoung berkata sedemikian lalu pergi dari ruang tamu yang meninggalkan dreamies yang masih lagi mencerna ayat Doyoung sebentar tadi.

"Bro.. Jom ikut aku taubat.." Tiba-tiba Jisung berbisik pada Renjun. "Heol?"

▪▪▪

Seorang wanita berpakaian gelap sedang berdiri di hadapan pintu dorm Nct. Dia seakan teragak-agak hendak menekan loceng ataupun tidak.

Jaehyun dan Jungwoo yang baru balik dari membeli sayur berasa pelik. "Siapa tu?" Bisik Jungwoo kepada Jaehyun. "Erm.." Jaehyun berfikir sejenak. "Jungwoo ah, kalau hyung beritahu sesuatu kau jangan takut eih?"

"Ada apa hyung?" Jungwoo memandang Jaehyun pelik. "Kan dalam Goblin, orang yang pakai baju hitam tu malaikat maut.. Aku rasa..." Jaehyun teringat akan malaikat maut dalam drama Goblin. "Hyung....." Mulut Jungwoo muncung sedih. "Hyung nak mati ke?" Tanya Jungwoo. Air matanya bertakung. "Yah! Aku main-main je lah! Dah! Jom tanya!" Jaehyun menarik Jungwoo agar dekat dengan wanita itu.

"Err,mak cik cari apa?" Sapa Jaehyun. Wanita itu terkejut saat ditanya. "Erm.." Wanita itu diam. "Maaf,mak cik salah rumah.." Wanita itu terus pergi dari situ. "Mak cik!!" Jungwoo terpekik memanggil wanita itu. "Dah ah,dia salah rumah tu.. Jom masuk!" Kata Jaehyun pula.

▪▪▪

Bilik Latihan SM Entertainment.

Seorang lelaki sedang asyik menari. Seluruh bilik bergema dengan bunyi muzik. Bajunya basah dengan peluh. Setelah habis berlatih,dia terduduk kerana penat.

Seketika kemudian,satu mesej masuk.

Unknown Number

Did you meet with your son?

What are you talking about?

Our son..

Stop disturbing me! I will sue you if you text me back!

Lelaki itu mengenggam handphonenya erat. Ingin sahaja dia membaling phonenya kerana geram namun difikir balik nanti tiada pula untuk membuka instagram.

"Eunji.... Kau ingat kau boleh ugut aku? Tsk! Kita tengok siapa yang kena ugut nanti!"

▪▪▪

Taeil,Mark dan Ten bersiap untuk balik ke dorm. Sudah seharian mereka bertiga di SM  Entertainment. Taeil berlatih untuk vokalnya,Ten giat memikirkan idea untuk video choreographynya manakala Mark sibuk menulis lirik.

"Nak buat video choreo apa pula lepas ni hyung?" Tanya Mark kepada Ten. "Entahlah.. Belum dapat idea lagi.." Ten menggaru kepalanya. Seketika Taeil join sekali. "Jom balik sekarang! Aku lapar ni!" Kata Taeil yang mengusap perutnya. "Nae hyung!" Mark dan Ten tersenyum sambil menggelengkan kepala melihat gelagat Taeil.

"Eo? Taeil,Mark,Ten!" Tiba-tiba ada seseorang memanggil mereka. "Hyung!" Mereka bertiga menyapanya gembira. "Korang dah nak balik ke?"

"Nae hyung.." Balas Mark mewakili mereka bertiga. "Sehun hyung pula nak balik juga ke?' Tanya Ten kali ini kepada Sehun. "Ha'ah.. Tapi ni lah,tengah tunggu Kai ngan Baekhyun hyung.." Jawab Sehun. Mark, Ten dan Taeil terangguk-angguk faham. "Alang-alang ni kan.. Singgahlah ke dorm kami!" Pelawa Taeil dengan girang. Serta-merta Ten dan Mark berpandangan antara satu sama lain. "Hyung..." Ten mencuit lengan Taeil namun Taeil masih tidak faham. "Uhuk uhuk! Mansae mansae mansae mansae yeah uhuk uhuk!" Mark menyanyikan lagu Seventeen untuk memberikan klu. "Ah!" Akhirnya Taeil faham.

"Apa salahnya? Jom lah!" Sehun dengan senang hati menerima perlawaan. "Hyung... Aigoo.." Mark dan Ten facepalmed. "Jap,nak text Kai.." Sehun menghantar mesej kepada Kai agar tidak mencarinya nanti.

"Kaja!"

Appa | NCT Where stories live. Discover now