Sahabat,
Andai percintaan itu indah,
Indah lagi persahabatan kau dan aku,Andai bintang menyinar kerana cahayanya, Persahabatan kita menyinar kerana utuhnya ukhuwah,
Andai bunga itu indah kerana harumnya,
Hubungan kau dan aku indah kerana jalinannya,Biarlah persahabatan kita,
Tetap utuh walau badai melanda,
Biarlah persahabatan kita di landa masalah di mata dunia,
Yang penuh warna-warni.Indahnya persahabatan kita,
Tidak terucap dengan kata-kata,
Hanya kita yang tahu,
Ingin aku menggegerkan dunia,
Tentang persahabatan kita.Sahabat,
Andai aku sahabat sejatimu,
Janganlah kau berpaling dariku,
Sungguh aku memerlukan sahabat sepertimu.Jangan lupa bahagia ya sahabatku
KAMU SEDANG MEMBACA
Sajak Biasa
PoetryAllah memberi tahu kepada kita bahwa, Dialah yang memberikan segala-galanya kepada kita. Dialah yang menghidupkan dan Dialah yang mematikan. Dan Dialah juga memberi rezeki kepada kita. Dialah yang menggerakkan hati-hati semua manusia. Dialah jug...