"Weh, please." Acap tiba-tiba bersuara. Seakan-akan ada sesuatu benda halimunan menghempap kakinya.
"Kau asal Acap?" tanya Pijoi. Berkerut dahinya. Setitis peluh mengalir melalui kerutan dahinya itu. Mungkin cuaca yang panas baru-baru ini telah menyebabkan kelenjar peluhnya bertindak aktif.
"Kaki aku wey. Tolongggg" Acap mengaduh.
"Kau kenapa tiba-tiba ni, takde apa-apa pun kat kaki kau," kata Apiz.
"Aku rasa aku lumpuh wey!" Muka Acap kelihatan serius.
"Kau biar betul, ni prank ke apa. Ade cctv di sebalik semua ini ke?" Pijoi mula menoleh-nolehkan kepalanya mencari cctv tersembunyi.
"OOOHHH AKU TAU. Kau prank pastu masuk Youtube an. Pastu buat tajuk "Prank Rakan Goes Wrong Kepalahotakkau," Pijoi masih mahu bergurau.
Gurauan Pijoi tertangkas apabila...
"Arkkhhh!" Lutut Acap mencecah tanah. Tubuhnya rebah ke bumi. Raut wajah Apiz dan Pijoi bertukar serius. Sedari tadi Acap kelihatan ceria malah mampu melompat-lompat apabila mendengar lagu Blackpink sambil menjerit"Blackpink!". Kini dia kelihatan lemah. Tangannya sendiri pun tidak mampu diangkatnya. Dia betul-betul lemah.
Apiz berhenti daripada kerjanya memasang skru, spanar yang digenggam rapat, dilempar ke tepi dan berlari ke arah Acap.
"Kau ni serius ke Cap? Weyyy asal kau tiba-tiba macam ni?!!!" Apiz mengangkat rakannya itu untuk bersandar di pehanya.
Pijoi tidak tentu arah mencari air minuman Cactus nya untuk diberikan kepada Acap."Bipp" tiba-tiba kedengaran bunyi yang pernah muncul sebelum ini. Mereka semua memandang antara satu sama lain.
Semua terdiam."Korang dengar tak?" Pijoi bersuara memecahkan keheningan.
Acap dan Apiz mengangguk sambil mata mereka kelihatan amat terkejut. Acap mula menggeletar dan menghalakan jari telunjuknya ke arah utara. "Tttuuu ttuuu, amende do" Acap gagap.
Apiz dan Pijoi menoleh ke arah utara.
"WOAHHH!" badan mereka tersentak kebelakang. Terlampau terkejut tidak mampu mengatakan apa-apa. Hormon adrenalina mereka mula mengalir aktif di sepanjang salur darah. Mereka melihat sesuatu yang tidak masuk dek akal.
"Skritttt skrttt" bunyi seakan-akan logam digoris dengan jarum.
"Be Craeflul. Tmie Is Rnunnig Otu" Satu ayat kelihatan terapung di udara. Seperti setiap perkataan diukir dengan bunyi goresan.
"Bi kre flul. Temi Is Rnunig Otu? Padiaq tu wey. Bahasa carutan pa tuuu?" Loghat utara Pijoi sudah mula keluar.
"Nokharey betui. Ni bukan typo ni. Typo is cute"
Apiz menampar perut Pijoi dan memberi jelingan padu yang mampu melawan kelajuan cahaya. Hahahaha.
"Be carefull time is running out" Acap bersuara lemah. Merungkai segala persoalan selama beberapa minit tadi.
Pijoi dan Apiz menelan air liur. Memaparkan muka yang jelas ketakutan.
YOU ARE READING
Buru?
RandomHidup ni mudah ke? Kita hidup untuk makan atau makan untuk hidup? "Nak makan mana?" soalan paling susah abad ini So, siapa buru siapa?