how it's start

53 7 0
                                    

19 disember 2013

Hana's POV

Aku mengerling lelaki di sebelahku.

Dia asyik merenung kakinya.

"Tae. Tae dengar, tak?" Soalku apabila merasa penjelasan aku tadi diabaikannya.

"Hm." Balasnya. Masih lagi dengan aktiviti merenung kaki.

"Tae. Pandang na." Aku menarik dagunya. Memaksanya untuk mengangkat mukanya.

Aku berjaya membuatkan lelaki ini mengangkat mukanya tapi tidak membuatkan dia memandangku.

Mukanya menghadapku, tetapi bola matanya memandang ke arah lain.

Aku mengeluh halus.

Aku capai kedua pipinya dan tatap matanya lama walaupun dia tak memandangku.

"Tae. Please. Pandang na sekejap." Arahku.

Taehyung pasrah dan memandangku dengan muka hampanya.

"Na kena pergi sana sekejap je. Na janji na balik sini nanti." Aku memberikannya senyuman manisku.

Dia masih lagi dengan muka cemberut.

"Tae sayang na. Tae tak nak na pergi." Ucap taehyung.

Aku melepaskan pipinya dan pandangnya dengan penuh rasa bersalah.

Aku pun, kalau boleh tak nak tinggalkan dia.

Aku sayang dia.

"Na kena janji dengan tae, yang na takkan lama." Taehyung mengeluarkan jari kelikingnya.

Aku hanya menyambut jari kelingkingnya.

Na janji.

+++

Aku memandang sekeliling lapangan terbang incheon itu. Omma dan appa yang sibuk menguruskan passport dan tiket penerbangan di kaunter juga aku pandang sekilas.

Mana tae ni?

Dia dah janji dengan aku nak jumpa aku untuk kali terakhir kat lapangan terbang. Tapi batang hidung pun tak nampak.

Omma dan appa aku menghampiri aku.

"Hana, jom. Kita dah boleh masuk ruang perlepasan." Ujar ommaku lalu mencapai bagasi bagasi yang sudah kami susun di atas trolley.

"Kejap. Na nak tunggu tae." Pintaku.

"Kita dah tak sempat, sayang. Lagi 10 minit je pintu perlepasan nak tutup." Celah appa pula.

Tapi aku nak jumpa tae. Aku nak jumpa tae sebelum aku pergi america tu untuk bertahun-tahun.

Jam tangan aku kerling.

"Kejap ya, omma." Aku meminta diri aku sebelum aku berlari ke luar lapangan terbang.

Aku menjenguk tempat letak kereta kalau-kalau ada kelibat kereta milik keluarga taehyung.

Tapi masih hampa.

Aku terduduk di hadapan pintu masuk lapangan terbang itu. Mataku mula berkaca.

"Hana?" Terus aku berdiri dan menyeka air mataku yang hampir jatuh itu apabila terdengar suara itu. Itu suara tae!

Aku memeluk tubuhnya dan mengeratkan lagi pelukanku apabila dia masih kaku. Aku berharap sangat yang dia akan membalas pelukanku.

Lama-kelamaan aku terasa tangan hangatnya pada belakang tubuhku tetapi sementara sehingga tangannya naik ke bahuku dan menolakku kasar.

"Tae?" Aku terkejut dengan tingkah mengejutnya.

Dia menggosok belakang tengkuknya.

"Omma dan appa na dah panggil." Kata taehyung dengan senyuman yang dibuat buat.

Aku memandang omma dan appa yang asyik melihat kami dari jauh.

Aku memejamkan mataku. Aku juga merasa sedikit marah sebab taehyung tiba lambat. Aku masih banyak lagi benda nak borak dengan dia.

"Pergilah, na." Aku mengeluh pasrah dan mendekati omma dan appa.

Aku menoleh ke arahnya. Masih lagi dengan senyuman yang dibuat buatnya.

Aku menghampirinya dengan langkah yang agak laju dan terus memaut lehernya.

"Na janji, tae." Ucapku sebelum melepaskan pelukan dan menghampiri omma dan appa.

Aku sempat menoleh kearahnya sebelum bayang taehyung yang sedang berdiri kaku melihat pemergianku itu hilang daripada pandangan.

To be continue

+++

Edited by; vitaerus

change Where stories live. Discover now