never be the same

29 8 1
                                    

choi hana pov

" ya? " aku memandang lelaki berkaca mata itu dengan pelik.

" saya kim namjooon. awak boleh panggil saya sir kim. saya guru bahasa inggeris awak merangkap guru kelas awak. "  aku menunduk hormat apabila mengetahui yang dia seorang guru. terlalu muda.

'jom. saya tunjukkan kelas awak." dia berjalan mendahuluiku. 

aku hanya akur dan mengikuti langkahnya.

+++

"sir datang! sir datang!" jerit seseorang daripada dalam kelas.

bunyi riuh dan bunyi kaki kerusi dan meja saling bergeser berbunyi jelas.

aku mengikuti langkah sir memasuki kelas itu.

seisi kelas terdiam dan menunggu suara daripada sir.

"okey, kelas. harini kita kedatangan seorang pelajar baru dari america.okey, choi hana. perkenalkan diri awak." aku terkedu dan mula cuak apabila mendengar arahan sir kim itu.

"um- annyeonghaseyo. nama saya, choi ha-" aku menggantungkan ayat aku apabila seseorang memasuki kelas dengan selamba dan pergi kearah mungkin tempat duduknya dan meletakkan kepalanya ke atas meja.

dia, kim taehyung.

bukan aku sahaja, tetapi dia telah mencuri perhatian seluruh kelas dan membutakan kelas ini heboh sekejap.

"oke, kelas. berhenti berborak. hana, tak apa. awak boleh ambil tempat." aku hanya mengangguk akur.

mataku melilau mencari tempat kosong. 

seorang lelaki melambaikan tangannya ke udara dan menunjukkan satu tempat kosong di sebelahnya.

dengan ragu ragu aku menghampirinya dan mengambil tempat kosong itu.

"hello. name me oh sehun." aku tersengih. cuba menahan tawaku dari meletus. kelakarlah sehun ni.

"choi hana." balasku ringkas.

dia mengangguk dan membuka mulutnya sedikit dan menutup balik.

"saya korean." terangku.

dia mengeluh lega.

"saya ingat awak tak reti cakap bahasa hangul." jelas sehun.

aku hanya tersenyum.

+++

bunyi loceng didengari.

seluruh kelas kelam kabut keluar dari kelas untuk membeli makanan.

"hana." panggil sehun.

"jomlah rehat dengan saya." aku hanya mengangguk memandangkan aku masih belum ada kawan lain.

aku bangun dan membetulkan skirt sekolah yang sedikit terangkat,

dengan tidak sengaja aku terlihat tempat duduk taehyung. manalah budak tu. dari tadi pergi tandas sampai sekarang tak masuk kelas semula.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 22, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

change Where stories live. Discover now