P҉L҉E҉A҉S҉E҉ C҉O҉M҉E҉ B҉A҉C҉K҉ J҉I҉N҉ H҉Y҉U҉N҉G҉ ✁ ₑₘₚₐₜ Bₑₗₐₛ

830 75 19
                                    

🥀P C B J H🥀



























Wey apa kata lepas kita dah bawa hyung balik, kita masakan untuk hyung amacam❞ cadang hoseok menunggu persetujuan dari yang lain.

emm boleh juga tu, aku setuju dengan cadangan kau❞ Mereka semua menyokong apa yang hoseok cadangkan tadi, kali ini biar mereka lagi yang memasakkan Seokjin untuk memujuknya dan meminta maaf padanya.

Mereka ingin masak makanan yang penuh dengan kasih sayang ikhlas dari mereka berenam untuk Seokjin, masing-masing tersenyum bahagia tidak sabar. Belakang badan bitou menjadi tatapan mereka penuh debaran, bitou menoleh ke belakang melihat mereka semua dengan pandangan yang agak susah untuk tafsir.

kenapa hyung❞ tanya namjoon rasa gementar tangan memegang payung.

Namun sayang pertanyaannya itu di diamkan saja tidak dijawab oleh bitou, yoongi rasa sedikit geram dengan kelakuan bitou itu. Dia berjalan melangkah menghadap bitou dengan wajah bengis sambil memegang payung menatap tajam anak mata bitou.

kau main────❞ Kata-kata yoongi terbantut ketika bitou tiba-tiba menyerahkan sesuatu yang dibawanya dari tadi dan kini di serahkan pada yoongi.

Yoongi hanya memandang kosong dengan pemberian bitou itu.

Hoseok,namjoon,jimin,taehyung dan jungkook jua turut memandang ke arah tangan yoongi. Mereka pandang dengan pandangan pelik, bahu yoongi ditepuk perlahan dua kali membuatkan yoongi tersentak dan terus teringat pada Seokjin.

Wajah mulus tapi bengis yoongi itu dipandang bitou sesaat lalu dia tersenyum, namun senyuman itu tampak sedih.

Pergi lah jin dah lama tunggu tu, sampaikan pada dia yang hyung dah buat apa yang dia suruh❞ ungkap bitou.

Selepas itu dia tidak berkata apa-apa lagi dia terus diam membelakangi mereka semua, hujan yang masih lebat jadi tatapan payung makin kuat digenggam dan sedikit diturunkan agar menutupi wajahnya. Dia hendak menyorokkan wajahnya agar tidak terlihat kesedihan itu.

Yoongi mati kata tiba-tiba sebab dia tidak faham maksud kata-kata bitou itu tadi.

;)

❝*Lap air mata kau tou ;)❞

Hoseok mendekati yoongi diikuti yang lain, keenam mereka berpandangan tidak faham tapi mereka ikutkan saja. Langkah di bawa lebih dekat pada sesuatu yang siap ada payung hitam bersebelah pohon besar itu dan sesuatu yang diberikan bitou tadi semakin kuat yoongi genggam, sebelum maju lebih ke hadapan lagi yoongi sudah rasa gementarnya semakin kuat.

❝*a────apa maksudnya ni❔* gementar hebat dirasakan dalam dirinya, dia serasa takut bayangan menjerit,menangis,membuang segala barang seketika berputar di mindanya.

Hoseok mengenggam tangan jimin kuat dia jua sama seperti yoongi gementar gila, gementar takut mungkin Seokjin sudah membenci mereka atau gementar sebab mereka memungkiri janji❔

Mungkin.

Yoongi menutup rapat kedua matanya nafas dihembus perlahan, dia menggelengkan kepalanya dia patut buang rasa gementar dan bayangan itu jauh-jauh, dan di ganti dengan satu senyuman manis yoongi berikan.

Jarang yoongi memperlihatkan senyuman manis seperti itu, ini adalah kali pertama dia tersenyum manis seperti itu. Seokjin pun jarang melihat senyumannya itu kerana senyuman itu tersorok oleh yoongi. Apabila dibelakang mereka saja dia akan menarik senyuman manis itu, almaklum kalau senyum depan mereka nanti dia jadi bahan pula.

P҉L҉E҉A҉S҉E҉ C҉O҉M҉E҉ B҉A҉C҉K҉ J҉I҉N҉ H҉Y҉U҉N҉G҉Where stories live. Discover now