United Kingdom !

18 3 1
                                    

UK AKU DATANG !! 

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

UK AKU DATANG !! 

Selepas pemergian Mama, aku nekad untuk membawa diri ke United Kingdom. Mulakan hidup baru, lupakan semuanya, and yang paling penting is jadi Natasya yang lebih baik daripada sebelumnya. Umur aku masih muda, 17 tahun tapi bagi aku, tak kisahlah umur kau muda atau tua, but kalau kau dah pernah nampak sisi gelap dunia ini, kau akan jadi lebih cepat matang. Secara jujurnya, ya, pada usia aku yang masih 'mentah' ini, mesti ramai yang akan cop aku anak derhaka but jujur, kita kenal diri kita lebih daripada orang lain. 

Seusai memandikan,mengkafankan dan mengembumikan arwah Mama, Keluarga Uncle Saleem ajak aku untuk tinggal bersama mereka di United Kingdom. Memandangkan, kalau aku duduk di Malaysia pun tiada siapa akan menjaga aku, jadi aku buat keputusan untuk tinggal bersama mereka. 

Pada tarikh 9/11/2016, aku selamat sampai di Manchester Airport, United Kingdom. Ketibaan aku disambut meriah dengan sedikit jamuan makan makan di rumah Uncle Saleem. Pada awalnya, semuanya okay. Tapi manusia tetap manusia. 

Keluarga Uncle Saleem layan aku okay tapi biasa la, bila hidup menumpang ni, pada satu tahap aku akan rasa serba salah and rasa malu yang amat. Malu sangat sebab rasa macam menyusahkan orang lain. Dua hari lepas ketibaan aku, Uncle Saleem mendaftarkan aku di sebuah universiti untuk melanjutkan pengajian diploma. Segala yuran dan duit hostel aku bayar sendiri. Uncle Saleem ada menawarkan aku bantuan tapi...Aunty Afzan rasa macam anak anak dia dipinggirkan. Jadi, aku buat keputusan untuk tinggal di hostel University Of Manchester and buat kerja part time. 

 

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Tak, tu bukan aku. Aku belakang rak roti tu. Yeah, aku kerja dekat satu Cafe ni. Nama cafe tu Slavender's. Nama vogue sangat ! Hahaha. Aku kerja dekat sini daripada awal aku sampai UK sampai hari last aku. Bos aku nama dia,Sara. Dia baikla. Tak islamfobia ke apa. Dia open minded sikit la. Dekat UK ni, kene hati hati sebab negara negara Europe kadar Islamphobia dia sangat tinggi. Alhamdulilah, sepanjang duduk sini, takdela kene kacau teruk sangat ke apa. Tapi tempias tempias tu ada la. Hidup kene kuatla. 

Setiap benda yang terjadi tu ada hikmah. Dekat sini jugakla aku jumpa Shebby! Macam mana boleh jumpa dia? Well, satu hari tu, ada la sorang girl datang cafe aku. Rambut blonde, pakai shade, high heel 7 inci, kuku karat. Shebby order Caramel Macchiato time tu, nak jadikan cerita, aku lambat buat air dia sebab time tu customer ramai gila. And si Shebby ni boleh pulak time tu dia kutuk aku dalam bahasa Melayu. Aku apa lagi, tegur la dia, "Laaa, orang Melayu ke?". Ha macamtu la cerita kiterang. 

Borak punya borak, rupa rupanya dia pun student and amik course sama dengan aku. Lahai kecilnya dunia. Shebby ni kaki shooping sikit. Tapi dia bukan jenis yang clubbing, drugs ke apa eh. Mulut baik sikit eh!. Choi! Dia baik je. Lepas dah kenal Shebby for about two month macamtu, dia ajak aku jumpa parents dia. Shebby ada abang, nama dia, Shahir. Parents dia pun baik. Suka menderma. Kalau nak tahu, keluarga Shebby ni la orang kuat badan NGO yang menyalurkan bantuan ke Palestin, Syria and China. Baikkan?. Kalau ada masa terluang, aku akan ikut keluarga Shebby untuk buat kerja amal. 



Keajaiban di Langit BiruWhere stories live. Discover now